Tuesday, December 9, 2008

Fragmen: Amarah Murad #2

Murad membeliak-beliakkan mata. Kelopak mata Murad terasa semakin berat. Seperti ada tersangkut lesung batu pula di bulu mata Murad. Semakin berat dan memberat. Sedangkan ketukan mesin taip Murad pula semakin lemah dan perlahan. Yang semakin kuat hanyalah dengkur Lokman.

“Tak boleh jadi ni. Tak siap pula nanti.” getus murad dalam hati.

Murad buka tingkap luas-luas. Murad cucuh kretek buat halau kantuk yang menghinggap kelopak matanya. Rokok Murad sedut dalam-dalam. Baranya nyalang garang. Dan asapnya Murad hembus ke luar tingkap.

Di luar gelap. Murad tak nampak ke mana asap di bawa angin. Murad harap ke Colombia. Murad tersengih-sengih membayangkan asap kreteknya di sedut Shakira – penyanyi seksi dari Colombia itu.

Sambil melayan kretek Murad sengih dalam macam-macam gaya. Entah apa akal murad pagi itu. Kalau orang nampak, mesti ingat Murad sedang praktikal cara-cara sengih depan bakal mentua

Murad sengih lagi sambil kembali menyambung kerja-kerja menaipnya. Mata Murad kembali segar. Darahnya mengalir laju. Tugasan ke tiga juga hampir siap. Murad taip laju-laju. Keletap-keletup ketikan mesin taip Murad berlawan-lawan dengan dengkur Lokman.

Murad benar-benar gembira. Semua tugasan sudah dijilid kemas. Di susun elok-elok di meja dan bakal dihantar sebelum ke kelas nanti. Senyum murad melebar..

Murad padam lambu. Tepuk-tepuk bantal sebijinya itu kurang lebih. Dan tersenyum lebar lagi dalam kegelapan berbalut gebar. Tidaklah Murad mahu tidur lagi. Lama juga Murad berkelakuan begitu.

RINGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!

***

OK. Itu sebahagian dari petikan cerpen aku yang masih dalam proses pengeditan. Setakat ini sudah ada lapan buah cerpen semuanya. Dua buah lagi masih dalam proses penulisan. Kalau sempat pun mungkin tahun depan baru siap. Itu pun kalau aku tak sibuk sangat.

Aku cadang nak bukukan dan terbit secara DIY sahaja dan jual secara pos sahaja. Jumlah muka surat mungkin dalam 60 ke seratus. Memang kumpulan cerpen jarang mendapat perhatian pembaca berbanding novel. Nak jual mahal-mahal takut orang tak hendak beli. Silap-silap orang juih-juih bibir saja. HA HA. Agak-agak kalau aku bukukan, berapa harga yang sesuai orang sanggup beli?

P/S: Kalau nak bagi cadangan harga pun, agak-agaklah. Kalau seposen sebuah buku tu melampau la. Tampar kang!

28 comments:

Darab Dua said...

RM21.60 Termasuk kos penghantaran.
amcam?

tp gua nak kulit buku lu tuh pesen kaler. taknak hitam putih.
isi kandungan perint lawa. bukan pesen potostat kedai Ah Ki tuh.

haha~

slamat bercerpen bro! kan siap roger gua. gua bersedia nak beli ni!

Rahimin Idris said...

darabdua,
hahaha mahal sangat tu. tak laku nanti. aku letak rega berpatutan la. untuk sebarkan idea je ni.

ijan said...

harga ikut harga kertas semasa dunia. haha...

dlm rm12.50. amacam...

Rahimin Idris said...

sultan,
dalam lingkungan tu la aku rasa. mungkin murah lagi. kertas cover je dah 35sen. cilakak!

aku chi said...

hmmmm... sebenarnya ramai jugak org yg suka cerpen. tak melalut sangat. kalau antara RM20-RM35 berpatutan rasanya kalau boleh dapat tandatangan esklusif penulis :P

Rahimin Idris said...

aku chi,
cerpen lebih pantas temponya. perasaan di dalamnya pun tunggal selalunya. untuk percubaan ni aku tak nak buat tebal sangat.

mesti la ekslusif hehe

Hajime said...

free!
hantar ikut email je...
=op

Antusabun said...

Rm10 siap shipment? Amacam? Logik tak?

yoshz said...

Ada derma untuk panda tak hasil jualan ni?

FarhanaLicious said...

ada student price sekali tak? hoho~

Anonymous said...

abang tomi
berapa pun snaggup beli lah
tapi jangan lah melampau cekik darah. nanti saya hantar darah berguni-guni pada abang tomi!!
ehe ;)

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Kalau cetak 1000, tebal sekitar 100, blck and white, kos tak sampai 2 hingit bro. Darab tiga nam hinggit. Ko jual sepuloh arr. Then ko hntar je kat pengedar mana2 tunggu hasil masuk nam bulan kemudian. Online sale kira bonus ler tuh. Amacam!

Bagi aku uruskan publishing, with profesional touch! ISBN jangan lupa k. Heheheee ... ada komisyen tak? hehee

Denanz ... said...

min, 10 - 15 ringgit senang jual.

eRiNa said...

betul denanz..sayer sokong~

hegira said...

kalau diy, nak book satu!

Rahimin Idris said...

Hajime,
Pergh…tak mahu jadi penulis pro la gua macam ni.

Antusabun,
Aku pun piker cam tu!

Yoshz,
Panda tu dah kaya. Dia niaga water kaler panda apa.

Farhana,
Ada. untuk budak taska je. Haha

Yan,
Mana ada cekik darah. Sebab tu buat survey ni. Nanti aku buat bagus2 dulu. Baru le sedap nak jual. Hehe

Rozlan,
Hui, banyak sangat tu lan. Takut tak habis. aku print pakai laser jet je haha
ISBN? Malas la. Lagi pun di underground je ni.senang ke nak pohon ISBN?

Denanz,
Ah, kalau tak laku nanti aku jual kat Dewan Budaya je! Hahaha

Erina,
Kau sokong denanz? Ada skandal ek? Hahaha

Alina,
Memang 100% DIY kot. E, segan gak aku hahaha

tasekM said...

cadangan nan tu ok rasanya.

eRiNa said...

haha~
mane ade scandal lorrr...
mmg betol la..aku sokng jer..
kalau ko jual mahl pun nanti org tak beli ...sebb bukn ko je wat cerpen..emmm~ ape2 pun gluck eh bro.yuhuu~
pastu bleh r ak blajr wat cerpen ngn ko..

Rahimin Idris said...

tasik merah,
eleh, kalau murah ok je dia ni haha

erina,
hahaha ye la weh!

mrblind said...

lu letak dalam 10-15 siap pos..dah boleh dah tu..

Rahimin Idris said...

edi,
ok edi. gua set dalam harga tu la!

Anonymous said...

100 dinar ok tak?

Layla Haq said...

blog yang baik, cerita yang baik, nilai yang baik.

Bila cadangnya nak kuarkan buku antologi cerpen tu?

nak simpan duit dari sekarang.

Rahimin Idris said...

che sue,
eleh, ko memang tak leh harap. kena kang!

bayan,
tahun depan kot.

Zakiyah said...

aku rasa sesuai rm 9.90. utk org mcm aku camana? berapa ko nak letak harga kalo nk beli bro? :D ke ko nak suh aku jadi pengedar kat sini buleh jugak.hehehe..offer bagus ni kekeke.. ;)

Fadh Rahman said...

dalam rm18.90 termasuk kos penghantaran...tapi ikut ko laa nak jual berapa tapi jgn lebih rm20 laa...itu dah taraf novel apa?

Suka Bebel said...

kalu seposen kena tampar?kalau aku cadangkan sembilanbelasen macamana cerita?hehe...siapkan dulu, kira2 modal pastu amik untung plg ciput pun 5 percent ke 10 percent pastu naikkan kat sini.mesti ada orang beli termasuklah aku.hehe

Anonymous said...

Nak letak harga pada usaha seni mmg payah...selalunya pembelilah yang nilaikan, mmg betul lah cara Rahimin Idris buat servey, tapi barang belum ada, maka susah jugak nak nilai. Sila buat cerpen penuh untuk percubaan.

Dulu masa bersekolah menengah vokasional ampangan seremban negeri sembilan pun aku biasa menulis cerpen, pastu bertukar-tukar dgn awek2 yang sama minat. Bila dibaca dan dikomen, perghh...mmg perasaan yg sukar dibayar dgn RM12.50 (perli Sultan)!