Monday, November 17, 2008

Sebaris Kata Kadang-kadang Datang Membawa Kenang, Meski Tak Pernah Kita Undang...

Semalam sengaja aku belek koleksi puisi-puisi Asean Terbitan DBP. Kesemua penyair di dalamnya ada penerima Anugerah SEA Write dari Maharaja Thailand itu. Banyak puisi yang bagus-bagus.
Indonesia punyai ramai penyair besar. Dari zaman Amir Hamzah membawa ke Chiril Anwar hingga ke zaman Sutardji. Banyak puisi mereka yang pelik-pelik dan susah aku nak faham. Tapi banyak juga yang boleh difaham dengan mudah.

Ini contohnya. Entah milik siapa. Aku jumpa di dinding rumah kongsi pekerja Indonesia suatu masa dulu. Pernah juga aku bicara hal ini sama Dzul. Kami tak serius membicarakanya. Cuma tersengih-sengih dan melupakannya selepas itu namun sesekali hadir kembali dalam pikiranku.

Nikmatilah. Tanpa judul kedua-duanya.

1)

Waktu bocah jadi raja
Waktu muda berfoya-foya,
Waktu tua jadi kaya,
Bila mati masuk sorga.

2)
Cinta itu murni,
Murni itu emas,
Emas itu kuning,
Kuning itu tahi,
Jadi,
Cinta itu tahi?



Apa Jadah puisi macam ini? Ada sesiapa nak buat analisis?

33 comments:

WorkingMama said...

err..
aku tak tau nak analisis puisi ini
tekanan perasaan mungkin

Wardrobe kita said...

Dari segi hukum fizik aku rasa dia menggunakan tenaga kinetik serta tenaga keupayaan yang mungkin akan menyebabkan berlakunya arus yg berlebihan..(mmg x de kaitan)
Kita jugak buleh pakai rules of thumb untuk mendapatkan jawapan yg lebih tepat.

Formula yg berkaitan:
V=IR



Sastera??Analisis??Erkk....
Taxi..
Taxi..

ijan said...

kalo berbalik pd rangkap 1st, sbnrnye tahi tu murni...

amacam... padu x analisis aku...

hzrh said...

tahniah diucapkan kepada sesiapa yg berjaya membuat analisis tersebut..sekian.
xD

mrblind said...

gua punya analisa:
cinta itu tahi yang bewarna kuning keemasan..

k.e.r.i. said...

tahi memang murni apa.
kalau tahi takde, merana jiwa raga.

zairi said...

ni bukan puisi..ni tengah lapar kaki nama nyee..

Umie said...

Metafora nye terlalu mendalam la...kekeke

theblabber said...

menanges jap aku baca puisi kedua tu.
Tahi itu perlu apa. kan?

John Doe said...

puisi jiwa kacau

Darab Dua said...

puisi nih lu anta kt otai puisi pon deme tuh tak boleh nk terjemah.
lain macam nih.
haha~

Anonymous said...

salam

cinta jadi tahi bile bersulam dusta... huhu

yoshz said...

penulis puisi 1:
dia tgh stone. jgn kawan dia.

penulis puisi 2:
tak hensem. takde awek.

hoh? dua2 puisi sama penulis? gila malang nasib.

Anonymous said...

dia guna err
argument.
entah
ye kot
agaknya lah
dah lupa lah
alah yang macam

a ialah b
b ialah c
jadi c ialah a

macam tu lah.

tapi setuju dengan yoshz la. bagus betul analisis si yoshz tu.

Suka Bebel said...

tahi apa yg warnanya kuning?hehe

Anonymous said...

tukang tulis puisi tu baru putus cinta la..

Ojie said...

cinta itu tahi..

sebelum jadi tahi dia wangi tp bila dh jadi tahi ia busukk..lg2 kalau org kentut sekali.

errrr aku mau blh la..bende2 gini aku mmg lemah..heeee

dzul said...

mendalam sangat maksud dia. bukan pasal angan2 atau pun putus cinta. tp apa yg orang tak sedar hakikatnya sering berlaku dlm kehidupan sebenar..

kita mungkin ketawa membacanya sedangkan satu hari mungkin terfikir kebenarannya bila hal tersebut singgah dlm hidup kita..

penulisnya hebat..

Aku said...

Sungguh metafora sekali. Penulis ni hebat macam P. Ramlee, dalam jenaka ada sinisnya, dalam sinis ada maknanya.Kalau di pikir pikir, maka analisis panjang lebar aku adalah seperti berikut:

Puisi No. 1

1) bila kecik kita jadi raja sebab semua yang kita nak biasanya orang akan tunaikan, kalau kita buat perangai pon orang akan kata biasalah, budak-budak, kiut la budak merajuk etc etc.
2)bila kita menginjak dewasa yakni masih muda remaja, masa ni la kita nak merasai hidup dan berfoya-foya. maklumlah darah tengah panas.
3) bila tua pulak, biasanya masa ni kita dah establish dari segi material dan juga pengalaman. jadi ia membawa maksud manusia bila tua dah mmg kaya dari segi pengalaman, dari segi ilmu dan juga dari segi ibadah (mungkin) sebab masa ni juga kita kaya masa dan makin ingat nak mati, so kita akan makin memperkayakan ibadah.
4) bila mati, berbalik kepada yang nombor 3 tadi, yakni kita memperkayakan ibadah sbb kita nak masuk syurga bila kita mati.

Puisi No 2

Puisi no 2 simple jer maksud bagi aku. Cinta itu boleh jadi emas yang amat berharga bila semuanya berjalan dengan baik, tapi bila semuanya dah start tunggang terbalik, time tu la cinta akan jadi tahi. Dan kebetulan kedua-duanya (ada waktu dan ketikanya) berwarna kuning, jadi cinta itu adalah emas dan juga tahi.

Amacam, padat dan tepat tak analisis aku? hehehhee

tasekM said...

tahi emas... hmm... lebih kurang tahu bijih juga gamaknya tu min... :)

oyett said...

kekadang tahi itu berwarna hijau jika termakan banyak sayur bayam...kekadang berwarna coklat kalu asik sebat milo kaw aje.kekadang kaler merah kalu kena buasir..taik jadik kaler biru plak kalu terminum nila...jadi kesimpulannye taik yg pelbagai warna menghasilkan cinta yg perlbagai kaler juga..baru happening??amacam??bole terima tak boss???

Anonymous said...

mengikut kajian cuaca di greenland puisi ini mengenai cinta kerana tahi

FarhanaLicious said...

no 2. penulis dia baru putus cinta. aha~

Kikuri-hime said...

Nice!!!

Bocah means budak, kan??? Is this original? pekerja indon yg buat rasanya...

Rajuna said...

alah
dia pakai sauk je tu

aku engkau
kita burung
hijau
kahak hijau?
hulk hijau?

ha..jadi dah puisi!

KARKADEWA said...

dlu adik aok mase kecik die cirit ijou...
kunin dgn ijao mane lagi solid...??

Anonymous said...

ah ramai sungguh cikgu sastera kat sini olah puisi lu..gua budak vokay buta sastera..huhuhu! (berlalu pergi bersama angin bayu shuu..shuu shuu...)

tasekM said...

pembetulan.

*tahi bijih

ha ha.

Rahimin Idris said...

Farahsr,
Ye kot. Banyak imigran kena migrant. Bunuh diri pun ada!

Qaseh,
Sesekali layan ok juga. Nak baiki bahasa dan ayat. Hehe

Sultan,
Ok juga. Taik babi lagikan dibuat baja!

Thisisnotme,
Tahniah! Hehe

Mrblind,
Ah, lu memang kretif haha

Keri,
Woi, gila kalau tak leh berak!

Umie,
Hahaha ye la ko!

Miezi,
Woi, jangan la sensitive sangat! Haha

Darabdua,
Hahaha ambiguity!

Manje,
Hah, macam berpengalaman je.

Yoshz,
Kesian diorang. Rupiah teruk!

Yan,
Ambiguity ke?

Sukabebel,
Entah. Macam2 warna ada. haha

Hey ini kau,
Tak cukup bajet tu.. haha

Ojie,
La, macam tu ke?

Dzul,
Hahaha gila jiwa kacau diorang!

Hanim,
Hahaha ko memang rajin!

Tasikmerah,
Tak reti juga kak. Diorang tu kalau bercakap sedap2 ayat tau.

Oyet,
Kalau makan buah naga?

Encik bibir,
Ah, hahaha ada cinta macam tu?

Farhana,
Entahlah. Tapi tu la yang aku jumpa. Macam2.

Kikure,
Yes. Ori. Memang diorang kreatif bila bercakap. Tak ada slanga langsung.

Rajuna,
Ah, ko memang piutis!

Karkadewa,
Entoh. Aku tak dan tengok.

Che sue,
Hahaha lantak diorang la!

Tasikmerah,
Woi, aku baru nak balas komen. Mujur sempat taip semula. hahaha

Radius.F said...

cinta itu tahi. maknanya setiap orang ada rasa cinta, sama juga setiap org ada tahi.
itu puisi buruh indon ke?

Fadh Rahman said...

aku setuju gak laa bab cinta itu taik...sbb walau busuk mana pun...kita tetap kena hidu beb...tak hidu tak de feel berak...cuba koi tahan taik ko dari keluar...seksakan...sama laa macam cinta...kalau dah jatuh cinta kat seseorg...selagi tak dapat selagi tue laa kita akan kamikaze...tapi bila dah dapat...tak berharga dah...sama laaa macam taik tue...h hah ha ha ha ah

Anonymous said...

penggunaan metafora dan bahasa bombastik yang cukup ampuh.

pewarnaan setempat dan perlambangan yang amat kena pada ayatnya.

Contoh sajak dua.

Dia cintakan gadis bernama Murni dan sebagai manusia, tentunya Murni juga akan membuang air besar, jadi bagaikan emas, cintanya tidak berubah, tiada susutnilai walaupun ketika Murni keluar tandas.

.farah. said...

mungkin dengan cara atau ayat itu dia memberitahu maksud Cinta kot.