Thursday, November 20, 2008

Rekabentuk Kehidupan

Dalam banyak-banyak subjek Kejuruteraan Awam, Rekabentuk (design) paling aku benci. Dulu-dulu orang design tak ada guna komputer lagi. Kena buka kitab entah apa nama. Aku lupa. Selak sehelai-sehelai cari clause. Kejap-kejap jilat jari. Selak-selak.

Jadi aku banyak memonteng subjek ini. Sudah peperiksaan akhir adalah 50%. Maka markah banyak bergantung kepada kerja kursus. Jadi aku skor kuiz, ujian dan projek sahaja. Memang senang hati sebab aku masuk peperiksaan akhir dengan markah lebih 40%.

Cuma satu aku tak puas hati. Kebetulan satu kertas kuiz, waktu diberi keputusannya, aku dan Menthol terlewat masuk kelas. Pensyarah merangkap geng tabligh itu sudah tunggu dalam kelas. Dia memang kurang suka aku. Tak apa.

“Kenapa lambat.” Pensyarah aku.

“Lambat bangun encik.” Aku.

“Awak tak solat subuh?” dia tanya lagi.

“Tak.” Aku tak berani bohong. Menthol pun jawab sama macam aku.

“Apa nak jadi? Kamu berdua ni kalau design bangunan mesti runtuh. Pergi balik solat subuh!”

********

Di hadapan Politeknik Kota Bharu banyak kedai makan. Pelajar mundar mandir berbagai rupa dan gaya. Macam setan pun ada. Pelajar perempuan terhiling-hiling jalan bersepah pun ramai. Pak Cik Jaga cari motor tak ada stiker dan parkir tak tentu arah. Nak rantai tayar.

“Ah, makan je la dulu. Dia bukan tau.” Menthol ajak. Perut memang lapar.

Menthol makan seorang. Aku kena balik rumah juga. Nanti kalau pensyarah itu tanya nak jawab apa?

Apa gila nak solat Subuh di surau politeknik tu pukul 10.30 pagi?!!!

35 comments:

Rajuna said...

qadha la rahimin..qadha!!!
PAMALAS!

Kikuri-hime said...

Alang2 qadha, kau semayang dhuha terus!!! kekekek...

Yg pakai computer tu, autocad ek???

ijan said...

ckp la tgh praktis PAFA. haha...

WorkingMama said...

kau qadha'?
ke balik tido?

FarhanaLicious said...

hahaha. budak kelas aku pun pernah kena macam tu ngan ustazah kelas aku. hahaha!

Umie said...

Qadha la woi...tak baik menipu!!

hohohoho

John Doe said...

ha ha ha..lu pun kantoi beb

zairi said...

ape nak jadi lu ni?patut la x terang hati...

Hajime said...

ala...
ko basahkan rambut sket sudah...

tasekM said...

solat je dalam surau. lu kunci dari dalam. ha ha.


.

yoshz said...

pergh. tak solat subuh. patutla blog ni takde sinar. haha.

lawak je mi...

Pok Li said...

Cerita ini mengingat saya sesuatu. Tapi apa dia.. ha.....

Suka Bebel said...

aku dan sekutu tak berani escape kelas design sebab lecturer tu brutal giler.dia pegi ngajar selamba beruk dia pakai jeans ngan selipar jepun.pastu t shirt bkolar kaler ijau rumput atau biru langit.dua tu je baju dia ada kot.patut kaya gila.hehe

hegira said...

reminis cerita lama ke?

Anonymous said...

hahaa...so skang ni runtuh tak bangunan2?

dzul said...

betul, design manual mmg rumit. tp skang aku dengar dah ada mcm2 program utk design..budak2 skang lebih beruntung kot..

KARKADEWA said...

bgs la lu terus terang...
kire lu ni pon suci la gak...

KARKADEWA said...

bgs la lu terus terang...
kire lu ni pon suci la gak...

Anonymous said...

aku kira markah kau 90% pastu bile kira pukul bape kau masuk kelas pukul 9 dan lecterer kau semayang subuh selalu pukul 10:30

pandai tak maths aku?

theblabber said...

haha..
aku pun penah kena, disruh cikgu bersubuh lepas zohor. Erk.Layankan je~

Darab Dua said...

lu buat gaya solat dhuha la.
cantek apa?
haha~

Wardrobe kita said...

Hemm..ape nk jadi..Cakap jea kat lect tu nti ko buat Jamak Takdan skali ngan Zohor nti..biar lect tu lagi hangin..hahhahaa...

Best x poly KB?aku ingat pas abis master nk apply jadi lect kat sane..Hemm..perancangan la tu namanye..

Ki Kiey said...

haha:]

2 la sape suruh bangun lambat!

Fiziy said...

aku tidak terucap apa apa! karang kalau complaint sikit, comment sikit aku bpun lebey kurang jugak.. HAHA

no comment!

Aku said...

alaaa...10.30 pagi. bukannya 10.30 malam...rilek aaa. heheheh

Anonymous said...

saya tertanya-tanya..
saya dah comment ke belum eh entri yang satu ni..
rupanya..
belum..

oh pasal sembahyang subuh..
ish..
praktid pafa?
hahaha

Fadh Rahman said...

pensyarah tue kan geng tabligh...tue yang sampai ko pun terbelit nak solat subuh pukul 10.30 mlm...mcm2 ha ha ha

K-ReXz said...

semayang jer... paling kuang oang lagi respek cakap nko semayang dhuha...heh

apek terror said...

boleh ker semayang kul 10..selama nie gua x terlepas la jadi nyer...rugi2..

Farid Abu Talib said...

kahkahkah. apa kejadahnya subuh pukul 10. dia hanya ingin memerli kamu. kahkahkah.

SATIRA + KACAU said...

Sdr: Saya datang tengok-tengok.

Satira + Kacau

Anonymous said...

aderkk.....

citer ko nie memang terimbas kembali kisah aku masa kecik2 dulu...

hampir perkara yg sama berlaku, tapi masa tu aku sekolah rendah. dan watak en. pensyarah anggota tabligh itu adalah ustaz Johar....hahahahah

~^^^^^~~~^^^^^~ said...

muahehehe... okeh la 2... wa masuk kelas lmbt br duduk lecture ckp okeh kelas tamat...cam hampeh!

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

dek mari kita cari islam...

tanpa pakatan rakyat... tanpa bn

mari bersama abe berjuang dalam gerakan netizen perkasa di

http://aberamly.multiply.com

Rahimin Idris said...

Rajuna,
Woi, aku qadha la tu!

Kikure,
Ah, tak berapa in masa tu. haha

Autocad lain. Apa nama tah program tu.

Sultan,
Ah, praktis sorang2? Segan weh!

Farahsr,
Qadha la. Kalau tidor baik tak yah datang kelas terus.

Farhana,
Eleh, tah2 ko kena tak? Hahha

Umie,
Hait, mana ada nipu.

John doe,
Ala, sekali je. Haha

Zairi,
Hui, kalau terang hati, mau jadi PM skang ni.

Hajime,
Alamak, masa tu remos dah bikin baik la.

Tasikmerah,
Hahaha nak gi surau pun masyarakat dah pandang serong masa tu!

Yoshz,
Ah, lecturer aku pun cakap perut aku gelap!

Pok li,
Ah, bikin la entri satu!

Sukabebel,
Pergh, aku memang malas menda ni. Ngarut!

Hegira,
Haha tiba-tiba takde idea!

Che sue,
Woi, teguh2 semua weh!

Dzul,
Tu la. Siak!

Karkadewa,
Woi, memang la suci dari hadas wei!

Bibir,
Pandai. Macam menthol kawan aku tu! haha

Miezi,
Hah, ko lagi teruk! Hahaha

Darabdua,
Aku mana reti niat semayang dhuha masa tu. haha

Qaseh,
Kalau belajar tak best. Kerja tak tau la. Cuba la. Pastu cari ayat ‘Tomi wuz ‘ere’ kat sana. Hahahaha

Kikiey,
Ala, nagtuk. Tengok tv siam masa tu sampai larut malam. Hahaha

Fiziey,
Ala tak apa. aku bukan alim sangat. Tapi cuba juga tak nak buat jahat sangat. Haha

Hanim,
Woi, subuh menda 10 malam?

Yan,
Belum komen. Sila komen. Hahaha

Fadh,
Ah, memang pening lect tu. aku susah nak join geng tabligh ni. Tak in.

Jembalang,
Respek menda. Kena kutuk lagi ada. tak pasal2 jadi dosa. Lagi pun solat aku bukan untuk orang. Thanx sebab komen.

Apek,
Sila rujuk pakar.

Farid,
Mendidik tu weh. Haha

Satira kacau,
Terima kasih sebab tengok-tengok bang!

Maza,
Hahaha masa kecik tak pe. Ni dah besor pun malas semayang. Dosa tau!

Allelujah- alle,
La, baik tak yah masuk!

Otai,
Ok. Good luck!