(OK aku habiskan kisah ni hari ni juga. Sebab aku sibuk esok dan terasa malas nak berfikir pasal blog. Yang merah part 1, yang hitam part 2. K. Bye. Selamat terhibur!)
Suatu waktu dulu aku suka tengok gelagat Jambul. Bukan sebab dia badut sangat. Tapi dia pandai buat macam-macam mimik muka. Memang kalah la Jim Carey tu. Pelik-pelik mimik dia buat. Boleh jadi pelakon sampai tahap Hollywood kalau betul gaya asuhan.
Bila ke ladang tolong mak ayah toreh getah atau kutip sekerap aku lalu depan rumah Pak Anjang. Satu jam sampai la. Selalu juga arwah ayah punggah bila sampai sekerat jalan. Bas memang tak lalu dalam ladang kami.
Maka setiap kali lalu, aku memandang Jambul yang tak macam kita itu. Tak pandai cakap. Akal pun sifar. Pak Anjang rantai Jambul di pohon rambutan di depan rumahnya. Aku lalu jauh-jauh saja. Sipi-sipi pun tak langsung. Aku takut Jambul terkam. Buatnya Jambul rampas seluar baju aku macamana?
Tapi kalau musim buah sambil lalu situ, di tangan ada rambutan, langsat, duku, manggis, koko atau lain-lain aku baling juga ke arah Jambul. Bukan nak buat dajal. Saja nak kongsi rezeki sikit-sikit. Jambul memang cekap sungguh. Jambul tackle dan tangkap sebiji macam Canavaro. Kalau jadi goli pasukan bolasepak Malaysia jangankan piala Tiger, piala Dunia pun boleh juara. Malaysia tak akan bolos dan jadi juara secara penalti. Rasuah Jambul tak main la.
Jambul ni pun beradab sopan juga. Dapat saja rezeki dari aku dia buat muka dan bunyi-bunyian aneh. Agaknya Jambul bermaksud; “terima kasih!” Aku pula tak reti la nak jawab “sama-sama”. Tak kan nak tiru mimik muka Jambul. Buatnya ada yang tangkap gambar dan hantar dalam majalah Bujal ke, Bambino ke, Kuntum ke, mana aku nak letak muka? Tak kan nak letak dalam botol bedak Cuticura?
Part 2

Petang tu seperti Ramadan tahun-tahun sebelumnya. Asal puasa saja berdentam dentum. Lebih sebulan main mercun. Hari raya lagi teruk. Penganut Budha pun tak puasa dan raya sampai main mercun macam kita. Sekarang ni, masalah ni makin menjadi-jadi. Mudah betul benda terlarang masuk dan jual di Malaysia ni. Apahal?
Oleh kerana tahap ekonomi kami gitu-gitu saja, maka arwah ayah larang kami main bunga api dan mercun. Membazir dan bahaya. Memang betul. Rumah jiran sebelah terbakar gara-gara cucunya main bunga api atas tilam. Namun sebagai kanak-kanak tentulah aku nak berseronok juga.
Ayah tetap ayah. Kerana sayang, arwah ayah beli juga bunga api cap ‘Kucing Hitam’ tiga bungkus untuk kami. Harganya 20 sen. Di dalamnya ada 10 batang. Tangkainya dawai. Kami akan bengkokkan, bakar, pusing-pusing dan baling ke pucuk pokok mempelam depan rumah kala malam tiba. Seronok dan indah betul. Macam pokok krismas, aku cakap pada abang dan adik. Kalau ada air batu kepal perisa sarsi dan oren seguni boleh main baling-baling bola salji malam-malam.
Tapi diam-diam aku beli juga mercun sikit. Belanja sekolah masa bulan tak puasa 40 sen. Aku selalu sisih 10 sen untuk beli kasut Aliph Lefhanded. Kasut raya selalunya mak dan arwah ayah beli yang jenama Bata tapak hijau. Warnanya putih dan boleh di bawa ke sekolah lepas raya. Mujur la seluar baju warna-warni. Selain itu aku hanya ikut kawan-kawan yang berkemampuan dan suka membazir. Tak dapat main mercun pun tak apa. Dapat tengok dan tolong cucuh pun jadi la.
Masuk separuh Ramadan kami dah jemu main mercun. Main meriam karbaid la. Baru ada pertempuran. Riuh rendah seluruh Felda kami dengan gema geng Meriam Karbaid. Kami memang kreatif dan utamakan keselamatan. Kami tak main la guna buluh. Kami cantum-cantum tin Milo besar jadi macam batang paip. Tanam dalam tanah dan tindih dengan batu berguni-guni. Dia punya bunyi, berdentum!
Maka kecoh la golongan tua yang dah tak rebel ni. Dimarahnya kami. Dan petang tu aku, Ereng, Asan, Alek, Madi, Atan dan beberapa orang kawan lagi berhijrah la menjauh dari golongan yang dah tak rebel tu setelah diusir. Kami berhajat nak main di kawasan ladang saja. Biar terkejutbabi; babi, tupai, semut, segala unggas serta mergastua.
Dan entah apa kejahatnya petang tu nak jadi tragedi; sedang dalam kembara menuju medan tempur lalu depan rumah Pak Anjang, Ereng buat hal. Entah bila dia keluarkan mercun katak. Mercun ni dah susah nak jumpa sekarang ni. Warnanya hijau. Ada empat bahagian dan dililit benang. Ia boleh melompat empat kali dan sekaligus letupannya empat kali juga. Aku pula macam biasa membuang pandang ke arah Jambul masa tu.
Tanpa amaran Ereng cucuh mercun katak seraya baling ke arah Jambul yang mencangkung merenung kami. Maka dengan gaya Canavaro, Jambul sambar mercun tu dan sumbat ke dalam mulut cepat-cepat. Kami hanya memandang. Tak sampai sepuluh saat mercun tu meletup-letup dalam tekak Jambul. Kami bertempiaran lari. Aku tak rasa lucu walaupun ada yang ketawa berdekah-dekah. Pak Anjang mesti menyumpah!
Sejak Jambul kojol Pak Anjang tak bela beruk lagi untuk petik kelapa. Dia kecewa dan bela itik serati saja buat hibur hati. Cukup masa boleh jual. Dan aku pula bila dengar dentuman mercun sesekali teringat juga peristiwa menyayat hati itu. Mungkin itu takdir Jambul. Tapi ada juga rasa kesal. Manusia la yang merabakkan erti kemanusiaan selama ini. Bukan binatang.
Buat Jambul yang pandai buat lucu macam Jim Carey tu, tentu kau sedang damai di Sana. Tak perlu lagi memburuh memetik kelapa untuk upah tak seberapa untuk hidup di dunia yang semakin hodoh dan kelam ni.

Tamat
Aku sayang semua kawan-kawan aku. Peace!
27 comments:
warghhh entry sedih berbaur kemanusiaan.. meme suspek respek.. pakai spek sama bro rahimin..
"jambul...jgn TELAN mercun katak 2"
perghh..sedey beb
betul aku sedey..
budak-budak mmg suka mencuba. kawan kau ereng baling mercun tu utk menyakat tp lain pulak jadinya. mcm kes bunuh tanpa niat la ni..
ahh entry psl binatang mati mmg menyayat hati..isk aku sedih la bang min..
ganas gila. nanti dekat neraka biar Jambul masukkan mercun katak kat mulut di pulak.
aduh sedih bace entri ney
aduss..aku sedih betul baca entri ni tapi kena mulut aku gelak aaa??
huh...td aku suspen...memang ade petanda rupanya...
La..min..
Madi tu aku kenal rasanya..
leper-leper suka layan punk kan? hehe
Member akrab aku masa kat SMJP sulu yang dah lost kontek kat felda nko tu Azron Mamat..
Muka skima tapi bila dia cakap sepatah aku gelak sepertiga malam..
harhar
bagos budak rahimin ni
animal liberation apa omputeh cakap.dalam kias2 prihatin jugak dengan hak asasi haiwan.
aliff,
biasa la bro..dunia ni utk semua makluk sebenarnya.
biskutrajin,
hahaha apa la ko ni...
dzul,
ahhh, biasa la..budak2 pelik haha
ojie,
ala, sikit cam ni pun sedey? hahaha
yoshz,
wah, wah, wah..pandai kau cerita pasal neraka ya? haha
kikiey,
haha masa budak2 memang selamba.
don balon,
hahaha gelak je..
man helang,
hahaha tu ingat nak buat siri tadi. malas pulak...
don balon,
bukan mader..tu madi lain..madi yang minat punk tu line, dia line up band silence. kawan aku juga.
bila dia tau aku boleh main gitar, dia panggil aku main bass untuk satu band baru nama P.I.N.E. mesti tak pernah dengar kan?
fanzine 'morbid dymphony'? femes tu. sampai israel nu. ganas budak jengka masa tu! hahaha
zaman 'parasite' happening kat sudut selera into tak? hahaha
rajuna,
haihhh, ko komen masa aku balas komen. hahahaha
lagi pun kena respek haiwan ni..kalau tak buat apa Allah suruh Nabi Noh suruh letak sekali dalam bahtera dulu2..
arghh... apasal aku terbayang byk darah kuar dr mulut ni...
gua pun sedih juga beb!
tapi apahal taip sambil tersengih2?
sian jambul~
sedih arr haku banyak entry nie.. apsal lu x jd penyelamat seluk mulut jambul tu??? huhuhu
sian jambul tk sempat nak beraya,,
sedih lak cte neh :|
Pak Anjang penah bawak jambul naik baskal tak? Jambul dok depan ke dok belakang?
min,
kesian la kat Jambul tuu...jahat tau korang!
Ko kena sedekah doa kat dia tiap2 bulan pose nih...semoga roh Jambul dicucuri rahmat....
ohh okey baru faham...
jambul tu monyet ke?? mati2 ingat watak joe jambul sdg di-elaborate.
sorry.. lambat sikit.hihihi
Mana ada Jambul mati wehhhh...
Canavaro tu laa Jambul. Biasak la, dah p Italy mesti kena tukaq nama...
lahaiiii citer sayu ke
isks
rasa nak menitik air mata, tapi pesal bibir herot2 tahan sengih ni?
Sultan,
Aik, mana ada darah pun masa tu. hahaha
Poyotitos,
Hahaha sengih je la. Beria nak bersedih buat apa! Hahaha
Tasikmerah,
Simpati je…
Umie,
Ah, lantak dia la! Haha
Ira,
Ah, dia bukan puasa! Hahaha
Ryn cobra,
Laaa, apsal nak sedih?
Bro denanz,
Naik motor la! Hahaha
Nita,
Aik, apahal kami jahat? Kami la lasykar yang menjaga keselamatan Negara masa tu. haha
Eireen,
Hahaha taka pa. sebab tu aku malas tulis panjang2…
s.yanaz,
aik, mana kau tau? Kau skandal ngan canavaro ke? Ke skandal ngan jambul? Hahaha
life,
hahahaha gelak je la kak. Ha, kalau mat2 hensem akak tu ada ciri2 ganas, tolong jaga2 tau! hahaha
memang tragis lagi sadis tragedi yang menimpa jambul...tapi aku rasa awak ada kena mengena dalam pembunuhan yang tak dirancang tue sebab awak selalu baling2 buah2an kat jambul jadi jambul pun dah terbiasa...asal ada jer benda yang bergolek kat depan dia...mesti dia ingat tue makanan...sebab tue laa dia sambar mercun yang ereng baling tue...
sedih.
kasihan jambul.
Post a Comment