Wednesday, August 13, 2008

Kalau Jadi Polis Muka Mesti Serius 24 Jam Ke Pakcik Sarjan Misai??

Suatu malam aku balik makan. Dengan kawan aku. Dia lebih tinggi dari aku. Tiba-tiba ada sekatan jalanraya. Apahal? Tiba-tiba saja. Ada gajah terlepas dari Perhilitan Kuala Gandah Lanchang Pahang ke? Itu bukan kerja polis setahu aku. Kami sama-sama ada lesen. Topi keledar macam FRU pun ada atas kepala. Nak takut apa.
Kawan aku yang bersaiz tinggi tu yang tunggang. Aku bonceng. Dah motor dia. Mula-mula aku suruh lompat saja palang sekatan jalanraya tu sebab dia pernah cakap dia keturunan Mat Kilau. Tapi dia tak mahu. Dia cakap hari tu dia makan capati. Ilmu dia jadi tak berkesan. Macam baghal punya alasan. Bila aku tanya dia keturunan Mat Kilau ke, keturunan M Daud Kilau? Cepat-cepat dia suruh aku diam.
Dah kena tahan kami. Tapi ada juga yang tak kena tahan. Main lepas saja. Entah apa-apa main pilih-pilih pula. Kalau nak tahan, tahan la semua. Orang jalan kaki ke, basikal ke, cakcibor melintas ke, baru adil. Tapi tak ada apa-apa pun sangat. Minta tengok IC. Tengok lesen lebih kurang. Belek-belek cukai jalan. Itu saja. Buang masa betul.
Tapi lama juga polis dua tiga orang lagi tu keliling motor kawan aku tu. Semua ada mesingan. Aku pun buat-buat la muka macam orang baru lepas baru balik taubat dari qiyamullail. Nak bilang-bilang jari macam orang bertasbih tu kira over sangat dah. Nak zikir apa benda baju aku pun ada cap Led Zeppelin.
“Motor siapa ni?” tiba-tiba polis yang seorang tu tanya. Suara buat garang semacam ala-ala pengurus gusti WWE pula tu.
“Moto saya la encik. Kan road tax ada ni.” Kawan aku yang lebih tinggi dari aku tu beri penerangan sambil tunjuk cukai jalan yang di keluarkan dari dompet guna ibu jari. Cis, sopan santun sangat la tu. dengan mak bapak tunjuk barang pun pakai kaki. Rasa nak hantuk saja kepala aku ke perut polis-polis tu masa tu sebab menyampah sangat tengok gelagat kawan aku tu.
Tengah-tengah sibuk beramah mesra tu lalu la sebuah motorsikal. Macam kenal. Siapa lagi. Bob la. Kawan kami juga. Tapi dia tak kena tahan pula. Tak puas hati betul. Muka Bob ada iras-iras Ketua Polis Negara ke? Ah, jauh sangat. Macam Sean Kingston ada la.
“Hoi, panjang. Apahal? Hahaha!” Bob jerit kami sebaik saja lepas dari sekatan tak sampi tiga meter pun. Sialan. Berlagak punya Bob!
“Hoh! Apa panjang panjang? Gemok! Hoi, Gemok! Nok kena?!!!”
Huh, terkejut aku. Ingat kawan aku yang lebih tinggi dari aku dan kami panggil ‘Panjang’ tu yang menjerkah. Rupanya ada seorang polis di tepi tu yang jerkah. Kus semangat. Kuat betul suara. Kalau azan tak payah pakai spekar satu kampung pun belum tentu boleh dengar rasanya.
Tapi muka polis-polis tu semua masih serius. Sungguh. Aku dengan panjang masa tu jangan cakap la. Muka dah nak separuh hodoh tahan gelak tengok muka Bob nak berlagak tapi tak berapa menjadi bila kena jerkah. Dia pecut cepat-cepat pula tu. tak pandang belakang dah. Kalau polis-polis tu gelak mesti kami gelak sama.
Elok-elok tak sampai lima belas meter bila polis-polis tu suruh pergi gelak kami pun meletup lebih kuat dari bunyi enjin motor.

32 comments:

Denanz ... said...

wahahahaahah,
wahahahahhaa,
wahahahahaaa.

Wardrobe kita said...

salam kat bob tu...bro, kalo polis tu dok gelak2 jea kat jalan tu ada ke ko rasa nk takut??so, kesimpulan disini mmg sape2 nk jadi polis kena lalui ujian keseriusan dulu...

p/s: mak aku pantang tgk polis.panik..sib baik ayah aku bukan polis..kalo x ari2 panik la dia..

Ojie said...

aku paling benci bila polis buat roadblock..muka masing2 tunjuk ganas..tp ada pernah sekali tah apa angin aku, aku lambai2 kat polis yg buat roadblock..hehehe..dia senageh2 je tenguk..naseb baik tak kena jerkah mcm kwn ko bob tuh..

qaseh..
mak sy pn panik kalo nmpak polis..lg2 kalau masa tuh sy xpakai seat belt..lg kalut + panjang ceramah dia kt sy..huhu..

Anonymous said...

wahahha...terhibur aku pepagi ni ngan cite ko...wa tarak panik ngan polis..bapak polis beb! angkuh aa aku bila tgk polis2 tepi jalan..huhuhu...brani tahan? gua lambai ngan kaki je julur kot tingkap...

alif-mikail said...

Ojie..
kasi koi masuk email koi : alifmikail@gmail.com

Bro rahimin..
meme lawak ehehe..

Fadh Rahman said...

satu lagi rasuah...mengapa polis dan rasuah begitu sinonim...amat akrab...bagai aur dengan tebing...seakan saling memerlukan di antara satu sama lain...seolah-olah bukan polis namanya jika tidak "makan" rasuah...sampai sekarang aku tidak faham dan memang tidak ingin faham...sedap sangat ke rasuah nie...ada rasa macam kambing panggang yang dilanggar lari hari tue...

biskutrajin said...

jap sy tanye ayah sy...hahahha...btw, slmt kenalan..;)

Kikuri-hime said...

mr. Rahimin,
Thanx for the story. Si Bob tu mesti terkucil2 takut. Aku mmg takut polis. Nampak polis je mesti pucat, especially time roadblock. Time tu plak gak muka diorg cam *tooot*! Sori ye pak polisi...

P/S- Ape2 hal, tak mungkin aku akan berlakikan polis! Tak mungkin!!!!

Hajime said...

(sedang berguling2 gelak)

yoshz said...

Makan capati ilmu tak berkesan?
Demm...patutla Mimi tak mkn guna2 aku lagi.

poyotito said...

setan punya bob!!
sengih sorang aku baca entry ni.babi!

Rajuna said...

nasib baik kau tak kena ISA ha ha..bila mau buat forum peluk orang gemuk ni? ha ha

kuIna said...

kolo pmpouan gedik2 sikit sure terlepas

man_helang said...

bro...aku ngan polis memang tak pernah takut...sampai ade sekali tu aku langgar lampu merah betul2 depan radiocar...ha ha...bodoh punya polis...pesal ko saman aku...SAMPAI 300 pulak tu...chehhhhhh...

saat omar said...

Gua pernah kena sound dng polis pompuan time road block...Dia suruh aku cepat belah lepas dia check lesen aku....macam cilake...tapi aku rasa dia sound aku sebab aku duk usha seorang lagi polis pompuan yag comel (yang sound aku tu tak comel ) ahak...

dzul said...

hah bob,.tu la..main-main lg tunjuk ek dpn sarjan misai..haha

Anonymous said...

akak memang tak suka bila tengok polis tahan dan saman motor @ kereta kecil @ kereta yg dah separuh nyawa. kete2 besar laju2 tak pulak ditahannya. kete parking tepi jalan kat petaling street KL(kws cina) tak berani pulak nak saman. pegi la saman kalau berani.

umie said...

hahaha...another n3 yg menggeletek ginjal haku...nape kite nmpk polis nak jd sopan santun plak??...psiko betul la..kenkdg nmpk kete polis kat atas jln pun takut nak potong pdhal polis tu bwk 60km/j jer..harus arr kita potong kan...lg nak bersopan2 duk follow kete polis tu...chait!!! mcm panjang plak keemosian haku nie..kekeke

Wardrobe kita said...

bro, mintak link blog...tapi da link pon...ahaks..

l.i.f.e said...

:)) :)) :)) :)) (bila nak berenti gelak ni)...macam c*bai ah itu bob :)) :))...tapi, padan muka

ehhh...napa eh kalau saya kena tahan dengan encik polis, lepas tu saya senyum, encik polis mesti kata 'lain kali jangan buat lagi' dan terus suruh jalan.

tp polis pempuan mesti terus saman punya :|

Redz da Tsar said...

Pegh... Bagus betul...
Aku pernah kenat tahan dekat road block jambatan Ferry dulu... Mase tue aku dgn mak aku.... Aku bawak kete... Mentang2 muka aku macam budak PMR, die tahan.. Muka macam gergasi nak makan sotong mintak lesen aku... Aku dengan bangga bagi lesen aku... Polis tue dgn muka kerek pandang aku dan keliling kete akak aku macam aku baru pas curi kete tue... Bodoh beul...
Last2 bagi gak aku lepas... Bukan ape, ak kesian kat kete belakang aku, kena tunggu lame...

Sekarang, dah takde road bllock kat situ siang2... Polis tak nak berjemur kot....

S.YanaZ said...

Bob baca Bismillah 21X.
Sbb tuh dia tak kena tahan laa, bro.

Enche Polis tuh misai dia melintang tak? Ntah2 Polis Yusop Selam bikin penggambaran...
Cheh!

Danielle_Corleone said...

kalo tak, tak polis la. hahahaha!

Don Balon said...

Hahaha..gelak dulu..
Selamber sound depan enche' polis tu.. kikik..

Koi tak tau la budok Rahimin ni..
Ari tu masa dia buat entri kambing.. koi kebetulan pagi tu nak terlanggor budak kambing dua ekor main terajang-terajang di Jelebu..

Hari ni dia buat entri roadblock, ada jugok roadblock di jalan masuk Cyberjaya masa koi nok masuk keje syif malam tadi..
Tapi budok polis tu suluh roadtax je pastu suruh koi jalan..

Aok ada pasang kamera macam cita Jim carrey tu ke rahimin? heheh.

Rahimin Idris said...

Denanz,
Hehehe sis deehan, tengok la bro denanz ni gelak! Hehe

Qaseh Darwisy,
Hahaha kalau bapak ko polis, dia tak layan la. Bapak ko kena jadi undercover pulak kalau nak ngurat.

Ojie,
Lambai je? Ke buat muka macam Lan Pet Pet? Hahaha

Che Sue,
Lambai pakai kaki. Tak senonoh. Kaki ada cagu tak? Hahaha

Alif-mikail,
Laaa, masuk rumah ojie ikut e-mail? Macamana nak masuk, e-mail tu kan kecik? Kihkihkih

Akumasihdisini,
Panjang betul nak taip nama ko ni. Rasuah bukan di intitusi polis sahaja. Di mana-mana pun ada. Mahkamah syariah punya staff pun ada kena baru-baru ni. Tak adil kita bom satu-satu intitusi tu sebab segelintir pesalah. Pasti ada yang masih jujur dengan amanah. Aku faham maksud kau. Tapi aku selalu menghormati manusia yang jujur dan amanah. Sebab nama ko panjang aku jawab komen ko panjang sikit! Hehehe

Biskutrajin,
Kau anak polis? Bagus. Hari-hari tabik kat ayah tau. Cium pipi sekali pun tak apa. Selamat berkenalan juga Inspektor biskut! Ahaks.

Kikure-Hime,
Hahaha rilek la. Aku selalu buat biasa je. Dalam wagon ada pelan, safety boot, tukul, sapanar, chain saw, semua tool la. Bila diorang tanya aku jawab balik kerja. Muka penat dan serius. Lepas je la.
Kalau polis tu muka cam Detektif Conan?

Hajime,
Woi, berterabur rumah kang!

Yoshz,
Demm.. syirik unholy black rose!

Poyotito’s,
Gila apa sengih sorang-sorang. Kanser otak ke??!!!

Rajuna,
Kalau kena, gua nyanyi lagu Zubir Ali je; ‘Balada Orang Berdosa’. Ha ha. Tentang forum tu gua dah ada idea. Tinggal nak draf je lagi. Sebagai tanda protes. Cuma gua tak dapat cara nak sampaikan mesej tu secara tersembunyi je lagi. Takut juga kena ISA. Kalau ISA tu macam makan aiskrim keladi tak apa juga! Ha ha.

Kuinajentayutiara,
Huh, nama. Berpusing mata aku mengeja tadi. Perempuan gedik? Entah la. Cuba kau twist sekali depan dia kuina. Ada berani? Hahaha.

Man_helang,
Ko henjut depan dia? Itu dah masuk bab menghina bro. ko ingat dia buta ke? Kahkahkah.

Saat omar,
Ko ada terima bungkusan misteri tak? Polis tu bukan tengok tarikh luput lesen ko. Dia tengok alamat ko! Ahaks.

Dzul,
Tak ingat la pulak aku polis tu ada misaim ke tak ada. Tak ingat. Saja buat tajuk tu rujuk pada A. Galak! Ahaha.

Deehan,
Betul sis deehan. Selalu juga macam tu. tak pe. Akak ada untung jual kek nanti, suruh bro denanz top-up sikit, beli je kereta kebal! Setuju? Hah!

Umie,
Aku biasa je. Kalau polis polis tu naik basikal atau jalan kaki tak kan aku nak ikut pandu kereta 5km/j. Mahu jem 1000km nanti! Hahah.

Qaseh Darwisy,
Laaaa, kau lagi. Link la. Aku tak link lagi blog ko tu. tak dan. Nanti aku link.

Kepada kawan-kawan,
Kepada sesiapa yang link blog aku tapi aku belum link blog dia, minta maaf ye. Bukan sebab aku berlagak atau eksen. Nanti aku link satu-satu. Aku tengah banyak kerja. Entri ni semua aku curi-curi masa buat walaupun siksa. Mujur tak kena tangkap curi masa!

Life,
Kalau polis angkasa gaban dia tak kira. Semua dia saman tau!

Redzwan Abdullah,
Polis tak buat roadblock situ dah. Dia tinggal papan tanda je. Kadang-kadang bercampur dengan papan tanda Roadcare. Hahaha!

S.Yanaz,
Ala, kalau polis usop selam aku kenal. Terutam detektif lim yang kuat ajak geng dia belanja teh tarik tu!

Danielle,
Eh, polis dalam cerita ‘Polis Academy’ tu lawak apa! Hahaha!

Don balon,
Koi psikik la bro. dapat ilmu masa loding sawit! hahaha.

zubeid said...

hahaha... polis mmg gitu.. muke seyes gler.. buat lawak pn muke siyes.. aku yg x tahan nk gelak...

p/s: aku penah keje ngan abg2 polis..18a-z

Rahimin Idris said...

jangan2 ko pun polis tak? haha

ijan said...

kalo aku jd polis dah lame bob kena tembak. haha...

Rahimin Idris said...

sultan,
ko memang amerika la!!! haha

lutfi said...

Rahimin, aku kenal beberapa orang polis. Mereka ni kena 'yes bos' je. Kalau kau melawan, tak samapi 24 jam, kau kena tukar. Yang bawah-bawah ni, biasanya kena perah betul-betul. Tambah-tambah yang berada bawah d7. kadang-kadang, aku lihat, baru nak tidur, tapi dah ada call. kesian.

Rahimin Idris said...

lutfi,
aku ada 3 orang rakan sekelas yang grad dan masuk polis. pangkat mereka boleh tahan. sudah tentu la macam2 cerita aku dapat dari mereka. kerja mereka memang teruk. tapi yang bawah-bawah memang paling teruk la. tu belum cabaran kebendaan lagi. sebab tu orang tua aku larang aku jadi polis.

paksu didie said...

yg ambik rasuah 2 yg imanya x kuat.. sy x penah ambik pown... jgn nak samakan smua polis ye... sebab kita islam bukan kafir...