Aku tak tahu tau makhluk benua mana la yang mula main benda alah ni. Ingat dalam gusti WWE saja ada tag ni. Blog pun ada. Maka aku pun kena la tag dengan Sultan Negara Batu Pahat tu. Tak ada kerja betul Sultan yang satu ni. Kalau tak ada kerja sangat pergi jadi badut hiburkan anak-anak yatim pun bagus apa. Sultan, Sultan. Aku nak lastik nanti takut dia cakap aku penderhaka pula.
Ikut perasaan malas sangat nak layan. Tapi ini titah walaupun mengarut sangat aku rasa. Maklumlah, Sultan. Fikir tiga setengah kali juga nak engkar walaupun aku tak gentar. Ok, aku buat juga la aktiviti kurang berfaedah ni sebab sultan ada bodek sikit-sikit di mesej dia tu. Aku ni tak makan bodek sebenarnya. Apam balik ke, tepung bungkus ke, nasi kerabu ke aku suka la.
"ANDA HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU UCAPAN BERANGAN"
It has been done according to the following rules:
1. The winner may put the logo on his/her blog.
2. Put the link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put the link to the blog.
5. Leave a massage for your nominees.
"Assalammualaikum dan holla...Hahaha! Memang dah agak pun. Tahun ni anugerah Oskar kategori skrip terbaik saya yang menang. Jiran saya tak percaya bila saya cakap hari tu. Dia kata skrip saya tak akan menang sebab entah apa-apa. Memang entah apa-apa pun. Saya tahu. Kami bertaruh putu bamboo sepinggan. Jangan lupa Hap Ma Lau. Padan muka lu!
Oh, ya. Terima kasih juga kepada pengarah dan penerbit tersohor Profesor B. Rajak Mohidun yang sudi menterjemahkan skrip saya “I’m not singlet” ni kepada bentuk filem hingga menjadi box office walaupun satu sen haram dia tak bayar lagi tu.
Dan terima kasih juga la untuk seluruh keluarga yang banyak menyokong. Kawan-kawan yang selalu pow dan anggap saya kaya sangat. Terutama Albert yang kerja bawa taktor tu. Bila nak pulangkan kasut Red Wings aku? Ke dah jual kat kedai bundle? Tak lupa juga Ajiz yang dah tujuh tahun tak balik raya tu. Jangan jadi anak derhaka la Ajiz. Tumpah konkrit satu badan kang jadi tugu kau.
Ha, ni penting juga. Kepada juri-juri yang buta seni. Terima kasih daun keladi jepun juga saya ucapkan. Sebenarnya skrip tu bukan saya yang tulis. Saya jumpa di tempat pembuangan sampah masa buang kulit udang hari tu. Tu pun mak saya yang suruh. Kalau tak saya buang atas atap rumah jiran je. Tapi hari tu hati saya ada rajin sikit. Saya jumpa buku tulis ada gambar lencana Sekolah Menengah Padang Saujana Jerantut. Saya ambil sebab nak hafal sifir dan rukun Negara di kulit belakang tu je mula-mula. Nama pemilik buku tu Nur Asyikin bt. Mat Yasin. Tingkatan 1 Ixora. Menatang apa Ixora entah? Moyang Ezora tu kot. Macam-macam cerita karut ada. Cerita macamana nak bernafas dalam minyak tanah ada. Cerita cara-cara menjadikan cekodok tahan 20 tahun ada. Cerita sotong bertempur dengan landak pun ada. Macamana tu? Hahaha.
Apa-apa hal pun terima kasih juga buat Nur Asyikin bt Mat Yasin. Saya Cuma padam, tukar nama dan hantar saja pada Profesor B. Rajak Mohidun lulusan UMW tu. Tak sangka boleh menang macam ni. Chup, chup, chup. Juri dah tak boleh tarik balik tau. Keputusan adalah muktamad.
Dan akhir sekali, sebab penerbit pun dah nangis tu, saya terpaksa la tamatkan ucapan ni. Ikut hati nak berucap sampai kiamat ni. Kejayaan ini adalah kejayaan buat semua. Bila dapat duit menang ni nanti saya belanja roti bawang ya? Mana yang tak suka roti bawang jangan makan bawang tu. Letak tepi dan kumpul banyak-banyak. Kepada jiran-jiran yang suka mengutuk kereta saya buruk, rambut saya panjang atau seluar baju saya selekeh, saya nak belanja juga. Saya nak bagi makan bawang-bawang yang orang tak makan bawang tu kumpul.
Sekian terima kasih. Peace. Fuck you la Bush!”
Sekian terima kasih. Peace. Fuck you la Bush!”
Ha, itulah serba sedikit ucapan berangan aku setelah di tag oleh Sultan dan aku pun telah memilih lima individu di bawah untuk di tag. Aku saja nak tag mereka ni. Biar mereka rasa betapa bosannya kena tag. Aku setakat kena tag ni tak hairan la. Taip pakai kaki sambil main gitar lagu “Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu” saja ni.
Man Helang
Poyotitos
Kikure-Hime
Don Balon
Aliff Mikail
Mesej: Blog mereka ni memang ada gaya tersendiri. Mereka sangat bersahaja dan berusaha menjadi diri sendiri. Ah, malas puji lebih la. Pergi la jenguk-jenguk blog kawan-kawan kita ni. Mereka pun ada falsafah kehidupan sendiri juga. Ciou!
Man Helang
Poyotitos
Kikure-Hime
Don Balon
Aliff Mikail
Mesej: Blog mereka ni memang ada gaya tersendiri. Mereka sangat bersahaja dan berusaha menjadi diri sendiri. Ah, malas puji lebih la. Pergi la jenguk-jenguk blog kawan-kawan kita ni. Mereka pun ada falsafah kehidupan sendiri juga. Ciou!
31 comments:
WAAAAAA!!!! I LOVE U MR. RAHIMIN. MUAHHHH! THANK U SO MUCH! I terharu tahap gaban ni!
P/S- Errr... pasni aku kene wat ape ek? Aku kene nominate lagi 5 blog feveret ake ke?
pergh.. meme confirm menang..aposal blog koi kena tag jugak.. alalala.. takpo takpo.. tunggu....
weh..apo kobondo ini sume??? tag apo? name tag? tag team? tag hoyer? tagxas? apa yg perlu aku lakukan??? perlukah aku melompat katak sepuloh pusingan, balik kuang??? arghhh tdkkkkk
=)) =)) jangan kata cikgu kamu, saya pun sudah berguling gelak cara silat pulut dah ni :))
what a speach! :))
muehehehe,,,gelak guling² aku baca ucapan ko tuh,,,ko mmg sungguh,,,ntah ler,,makhluk apa ler aku nak gelar kat ko nih,
tapi yg pasti aku sungguh gumbira dapat kenal ngan makhluk paling sewel cam ko nih,,,muehehehe,,ammmponn,,,larikkkkk
i loveeeeeeeeeeeeee ur speech..
hahaha..
gile la..
err kalo aku pinjam speech ko nih then aku liquid nama ko tuka nama aku bleh?
bukan takat cikgu BM ko je..haku pun rasa nk awuuget je ko..
err..silambam perasa oren satu ek!bungkus nk makan depan tv...
ko la makhluk yang curi buku aku tu ek..patut puas aku cari..sampai menang anugerah..marah betul aku..:))
kikuri-hime,
hahaha welcome. ala, tag je la sape2..
alif mikail,
saja nak susahkan ko haha
manhelang,
hui, sampai buat balik kuang! haha
life,
hahaha ada gaya pemenang oskar tak?
ira,
makhluk tuhan paling seksa ke? hahaha
ojie,
tak leh pinjam! ko kan cikgu BM hahaha
che sue,
abugit? ah, aku tak takut! haha
comment deleted,
ah, tak ingin aku tag ko!
cik nur asyikin mat yasin,
hahahahahahahahahahahahahaha
haha..
speach, speach jugak tapi respek jugak aku kat Cik Nur Asyikin bt Mat Yasin sbb hasil tulisan dia berjaya mempengaruhi keputusan profesor B. Rajak Mohidun lulusan UMW.
Nape ko tak antar kat bro denanz je?..harhar
Pergh power! siap berucap lagi tu. hahaha!
wei..
apahal gua pulak kena ni?
takpa!gua layan.
gua akan speech sampai tahap berdarah hidung.
Bro.,
Gua kasik ini ucapan 568 bintang di dasar lauttt.
Lu bikin gg gua tanggal laa bro...
Cheh!:))
I was blog-hopping td tuh..tetiba ter-landing kat blog nih... gila lawakss speech nie..haku dah bergolek kat lantai nie..har har har
Oh..koi ditag-team oleh rahimin bro seleb kita?
Aduss..cam tak cayo yo den.. baru ada 2 entri masa tu.. hehe
tadi baru siap lagi satu..ada 3 ..haha
apopun..mekasih rahimin..
entri koi dah siap tu..selamat la koi dari dilastik dgn bijik elaeis guineensis aok tu.. purrr...
bagus...padat...bernas...lemak dan berkrim disukai ramai...teruskan usaha menciplak dan melalut...he he he
dzul,
bro denanz tu nak artikel serius je. tunggu la aku ambil alih bangunan DBP tu!
daniele,
hahaha ni sultan punya pasal ni!
poyotitos,
hahaha layan sampai keluar otak pun tak apa! lu punya ucapan mesti lagi celaka tu hahaha
s.yanaz,
ambik lu ini kali. itu pasal gua takmoh masuk pollitik kahkahkah
umie,
hahaha nanti datang lagi yea?
don balon,
hahaha koi memang nak bagi aok susah tu.
akumasihdisini,
ya. terima kasih. saya memang suka melalut. sebabnya? saya tak mahu jadi "hang nadim"... :)
Salam good morning selamat pagi...wa mau baca sajak KALAU KITA MENJADI KAYU boleh? ni request ni...ahak
saat omar,
kau google la..tak pun search guna yahoo ke 'dunia penyair'. atau beli antologi puisi HSKU 2005 yang tajuk 'Kalau Kita Menjadi Kayu' tu. buku tu banyak lagi. hehe
bro & dzul,
hampeh! gua pun kene. si "ira" sudah tag sama gua. tunggu la. blum karang lagi.
bro denanz,
lu pun kena? nasib la hahaha
bro..aku senyum ank2 kambing jea baca ucapan ko nih..ape pun mmg best ah ucapan ni..aku rasa x lama lagi ucapan ni akan menang award jugak lah!!huk huk huk...
qaseh,
ko dah belajar tahan gelak ke? haha
aku blaja cara untuk tahan nafas time gelak..tapi leh effect kat pundi kencing dan ginjal...so, x leh nk amalkan selalu..cara lain aku guna, senyum sumbing..aku da praktis dpn cermin, hodoh beb..macam jerangkung..x nk buat...cara ketiga, senyum simpul...tu la yg aku amalkan skang ni..
haya.... pemenang anugerah copy paste.
tera jgak ko berangan yer!
kali nie bukan melawat aje...haku dah link gak blog nie dlm blog haku...bole x tuan tanah kedaun??keh keh keh
hoi... kate malas nk lyn tp tulis panjang cam ular gak. bagus2...
aku br igt nk pancung ko td...
alamak..sudah tak perasan kamu sudah tag alif dulu..isks..harus cari lain ni
Qaseh darwisy,
Bahaya cara ko ni. Nanti masuk medik TV pulak. Haha
Kuinajentayutiara,
Ko punya pasal la ni. Huh!
Umie,
Nak link? Boleh Puan tanah kadaung!
Sultan,
Saja puan panjang bagi audiens bosan! Haha
Life,
Tag je blog George W Bush tu!
Post a Comment