Bila kelas Darjah 2 Biru masuk jadual waktu Bahasa Inggeris memang semua senak. Macam-macam sebutan bila bersuara. Jadi semua pakat senyap. Maklumlah. Budak kampungan semuanya. Tak payah la nak berlagak. Semua kurang lebih. Dalam otak aku masa tu Bahasa Inggeris cuma satu ayat. Angkat pembaris panjang tinggi-tinggi. Jerit kuat-kuat. “Thunder! Thunder! Thundercattttt!!! Hoarrghhhh!!!”
Seperti cikgu-cikgu lain pagi tu Cikgu Wong Poh Teck (WPT) cuba menggalakkan kami untuk bercakap sebenarnya. Kami anak peneroka. Inferiority Complex memang menebal waktu itu. Itulah tugas beliau. Mendidik kami. Kalau tak apahal beliau nak sibuk-sibuk tanya kami yang entah apa-apa ni pasal hobi pagi-pagi lagi? Pengurus ladang tempat kami pun tak ingin ambil tahu. Semua Cikgu WPT tanya. Semua kena jawab, “My hobby is bla bla bla…”
Kami jawab ikut dan saja. Bukan susah. Sangkak itu saja kebolehan kami. Biasanya cikgu kami itu akan betulkan semula apa yang kami sebut sambil senyum-senyum. Entah apa la makna senyum tu. Beliau tak marah walaupun mungkin mengalami tekanan jiwa dengan kami ketika tu. Beliau ‘cool’ saja malah kadang-kadang buat lawak panggil aku Remington Steele. Aku pun tak tau apa benda Remington Steele masa tu.
CIKGU WPT : Fauzi, what is your hobby?”
POJI : My hobi is lastik burung teacher.

CIKGU WPT : Jamsari?
JAM : My hobi is mandi sungai teacher.
JAM : My hobi is mandi sungai teacher.
CIKGU WPT : Khairul Anwar?
ERENG : Mai hobi is panjat pokok teacher.
ERENG : Mai hobi is panjat pokok teacher.
CIKGU WPT : Remington Steele?
AKU : My hobby is mengumpul komik teacher.
AKU : My hobby is mengumpul komik teacher.
CIKGU WPT : Mazlan?
ABE DE : My hobi is mengumpul setem teacher.
ABE DE : My hobi is mengumpul setem teacher.
CIKGU WPT : Ahmadi?
AHMADI S : Err..mai hobi is..err..mengumpul taik chekgooo!!!
CIKGU WPT : What?!!!
HAHAHAHAHAHAHA
AHMADI S : Err..mai hobi is..err..mengumpul taik chekgooo!!!
CIKGU WPT : What?!!!
HAHAHAHAHAHAHA
Ahmadi S kena berdiri sebelah kaki atas bangku sampai tamat waktu. Muka Cikgu WPT jadi macam Wong Fei Hung pula waktu tu. Aku tak tau la Ahmadi S tu latah ke, kena sampuk jin Islam ke atau sawan panik ke. Tapi memang tak ada langsung riak wajah yang menampakkan dia kesal waktu tu. Sengih-sengih pun tak ada. Muka macam kanak-kanak suci saja.
Kepada insan-insan mulia yang diamanahkan jawatan Guru semua, tak kira la Cikgu S.Yanaz ke, Cikgu Lutfi ke, Cikgu Sahrunizam ke, Cikgu Ojie ke dan cikgu-cikgu lain yang aku tak tau dia tu cikgu, sila beri jawaban kalau kalian baca entri ni. Kepada yang bukan cikgu pun boleh kalau nak bagi jawaban. Digalakkan sangat-sangat.
Soalannya: Selain atas bangku, berdiri di atas apa lagi denda yang layak untuk Asmadi S ni? Kalau aku suruh berdiri atas atap sekolah saja!
Nota Ajaib: Masa tu Matematik dan Sains belum di ajar di dalam Bahasa Inggeris, dan dengan alat bantu waktu itu sangatlah daif tapi ramai di antara kawan-kawan aku yang berjaya juga. Jadi guru, peguam, doktor, perancang Bandar, pemuzik, pensyarah, wartawan bernama dan macam-macam lagi la. Bayangkan kalau semua subjek di ajar dalam B.I. Budak kampungan macam kami mesti makin bangang. Bukankah lebih baik ajar B.I guna cikgu yang baik macam Cikgu WPT tu untuk meningkatkan tahap B.I kami?

20 comments:
berdiri atas taik yg dia kumpul tu. haha...
ntah la. aku x reti nk jd ckgu ni...
erm...bediri sambil menulis 'aku takkan kumpul taik lg'...
hahahaha
buat aku teringat pada kawan yang suka buat lagak "he man and the master of universe" pegang pembaris kayu tu mcm kau juga :))
btw, cikgu pernah denda kawan aku pikul meja sebab dia mencarut. boleh la kut buat gitu pada ahmadi ni
Aku nak dengar apa komen cikgu s.yanaz...hehe...
Kalu aku aku suruh pegi basuh jamban. Dah alang2 hobi kumpul taik... hehehe..
skola aku xjalan kalo kene berdiri sebelah kaki ats kerusi nih..
silap2 kena saman ngn lawyer dia..
aku mana ada cukup duit nk bayar saman..
hahaha..
kang kena naik court lg..
free2 aku glamer tanpa dipinta..
*ojie yg penuh dgn kesabaran :-)*
comment deleted,
harap maaf. aku tak tau ko komen apa. sebab ko cakap orang putih!
sultan,
hahaha idea bagus!
manhelang,
ahmadi s bercita-cita nak buka kilang baja hahaha
life,
hahaha pikul meja? macam orang dulu-dulu jual kacang putih hahaha
zuldeanz,
ala, bro la komen. baru bes..
kikure hime
hoi, mana boleh..nanti habis taik kat jamban tu dia curi! hahaha
ojie,
o, nama ko sebenar sabariah kan? hahaha
rahimin,
aku dendam dgn ko sampai krismas tahun depan. aku baru nak tulis pasal cikgu BI aku esok, ko dah tulis dulu.esok aku nak tulis aper??
comment deleted,
can i link ur blog? thank you.
aku rasa hukuman tuh dah cukup ler,,
aku bukan cikgu,,jadi tk tau apa hukuman yg nak di bagi,,
yoshz,
i can read your mind. watch out man!
(ala, tulis je mat. itu pun nak dendam sampai hari natal. macam iblis la! kahkahkah!)
ira,
tak cukup lagi tu. patut suruh dia berdiri pakai ibu jari kaki je! hahaha
suruh die berdiri selang2 kaki sampai habis sekolah.. pastu suh die lompat bintang plak kat atas kerusi tu sambil cakap' my hobi is..bla.bla.bla..'
haha. aku suka baca!
Kalau dekat sekolah aku, gerenti esok cikgu tu kena mengadap lawyer. Tapi, dalam banyak-banyak gempak ibu bapa, kadang-kadang ringan juga tangan aku.
Aku, bila nak masuk bab medenda - biasanya spontan saja. Kalau dekat, merah la dekat muka dia. Kalau jauh, taik telinga yang tersumbat boleh keluar. Aku rasa la kan, setelah beberapa menjadi guru ni, ketika seseorang guru mendenda muridnya, ia didorong oleh satu perasaan yang bercampur-campur; antara rasa nak mengajar dan rasa spontan. Maknanya, satu didorong oleh tanggungjawab, satu lagi didorong oleh nafsu marah. Cikgu manusia biasa, dak?
As a teacher, kadang2 aku boring gak... kalu denda budak dikata mendera. Budak jahat, tak berdisiplin n bodoh guru dikatakan x menjalankan tugas dengan baik. Abeh camne? Balik2 suruh anto kaunselling. Kesan kunseling tdk 'immediate'... jd sebelum ape2 budak2 akan ulangi kesalahan dia...
Salam Bro.,
YOSHZ=>
gua dh link kat blog enche comment deleted, dia ckp omputeh le...x fhm gua.Cheh!
Sekrg, kalau nk denda, koman2 dlm bank kena ada RM30,000, bro.
Sekali sentuh je tuhhh.
Ahh, gua dulu che gu cubit, tarik dan pulas isi peruttt..elleh, no hal laa.
Budak2 sekrg MANJA...Tp Ahmadi S tu budak zaman lu,kan...Jgn suh berdiri atas atap sekolah.
Kalau gua, gua suh berdiri atas atap rumahhh dia je..Tak payah p sekolah menyusahkan che gu yg jujur lg berhemah mcm gua nih je.
Err, apa ke soklan bro. tadi???
suruh je dia junjung kerusi jalan keliling sekolah macam cikgu math aku buat kalau tak dapat hafal sifir.
cikgu ckin,
apa, ko ingat kelas aku tu kelas raian ballet ke? hahaha
t.k sebab komen. nanti aku belanja apam balik kihkihkih
alinaabdullah,
hehe terima kasih!
lut,
dalam doa, lepas ibubapa, guru la yang kita mohon tuhan ampunkan dosa. besar dan mulia kan tanggujawab guru. aku tak layak jadi guru. mak bapak aku kalau aku ngadu pasal cikgu aku yang kena. kawan aku yang nakal-nakal dulu bila jadi cikgu, baru depa tau betapa susahnya. haha
kikure hime,
aku pun tak tau nak cakap apa. aku dulu nakal je. tak jahat. hihi kau sabar je la yek!
s.yanaz,
ahmadi s tu pelik budaknya. dia tinggal dengan nenek. nenek dia pun pelik. dia akan bercakap ikut suka hati. jadual waktu selalu ikut semalam punya! hahahahaha
dzul,
hafal sifir? nama moyang dia pun tak hafal!hahaha
dulu kami (aku & kengkawan 5,6 org) bengang dgn sorang cikgu cina. sejak tu, asal ada saja buat karangan yg ada nama org, tak kira la BM @ BI, macam2 nama keluar. cth: tai kam beng (taik kambing), tai lim boo (taik lembu), tong sam pah (tong sampah), hang boo doo (hang bodoh), hoo tak loo (otak lu), kaw ken tot (kau kentut).
denanz,
hahaha aku pun pernah buat macam tu. "ah tee poo" hahaha
Post a Comment