Wednesday, August 6, 2008

Drama Sebabak: Lagi Lagi Inflasi...

Semua orang cakap pasal ekonomi sekarang. Islam dah lama cerita. Berjimat cermat salah satu cara. Kos hidup memang makin sengit. Keluk ekonomi ada macam-macam bentuk. Barangan Geffen juga akhirnya jadi pilihan golongan proletar. Sedih bukan? Kalian tak belajar ekonomi? Dey, rugi taw! kata menteri ekonomi kita.
Semalam ada iklan di radio kerajaan. Lebih tepat lagi kempen la. Suruh belanja ikut kemampuan. Kepala hatuk dia. Sebetulnya belanja ikut keperluan. Kalau ikut kemampuan, orang miskin bagi anak-anak minum air sungai saja la. Bukan air susu. Kadang-kadang aku tengok ada yang nak beli sayur pun macam nak beli jongkong emas tulen. Nak tanam sendiri? Baja sekilo pun dah RM5. Lepas tu nak tanam dalam pasu? Nak gantung sampai dalam bilik tidur ke? Sekali lagi: kepala hatuk dia!
Orang bujang terasa juga. Tapi badan sendiri yang tanggung. Tak la sedih sangat. Kalau awal bulan makan di luar. Hujung bulan pun makan di luar juga. Cuma kepenuhan meja saja yang berbeza. Tapi kalau ada duit, bab makan aku tak kira sangat. Kena pula dengan Albert. Memang tak mahu kalah dia. Selera macam dinosaur buka puasa pula.
Albert memang pandai cari tempat makan sedap-sedap. Tapi paling penting ada pelayan cantik-cantik dan mesra-mesra. Dan kalau boleh tonggek-tonggek sikit. Albert, Albert. Tapi aku ikut saja. Walaupun aku rasa kurang lebih saja menunya. Ah, semua rasa Ajinomoto. Bukan sedap sangat pun. Tapi makan di kedai Suhaila bagus. Pelayan dia cantik-cantik. Tak marah kalau lambat sebut order. Di tempat lain ambil order saja kadang-kadang macam nak ajak kita bersilat. Keturunan pendekar ke semua pelayan ni?
Nak order pun memang jadi masalah kadang-kadang. Biasanya aku dah bayang-bayangkan menu yang bakal di ‘ngap’ sebelum sampai. Kalau tak ada tukar plan ‘B’. Senang cerita. Kalau tak, sampai panjat papan tanda harga la nak pilih menu. Menyusahkan bukan?
Ini drama sebabak hujung-hujung bulan. Eh, tak ada la. Siapa cakap poket kami dah demam? Saja nak ubah keinginan tekak.
IDA : Makan apa bang? Minum? (sambil pensel bersedia di buku kecil)
ALBERT : Bagi sup perut la. Sambal belacan. Telur dadar. Air, err..air suam yea.
IDA : Abang pulak?
AKU : Makan sama je la. Erm…(buat gaya seorang pemikir agung)
IDA : Air sama juga?
AKU : Eh, tak, tak. Apa kelas minum air suam. Bagi Nescafe ‘O’ suam.
(muka Albert dah macam bengang saja dengar ayat aku. kahkahkah)
IDA : OK. Tunggu yea. (berpaling dan nak pergi)
AKU : Eh, Ida, Ida. Kejap, kejap.
IDA : Apa dia lagi? Nak tambah menu? (mengerutkan dahi)
AKU : Tak la. Tak mahu bubuh gula tau.
IDA : Aik, takut kencing manis ke? Suka hati la. (berpaling dan nak pergi lagi)
AKU : Eh, Ida, Ida. Satu lagi!
IDA : Laa, apa lagi? (muka dah nak bengang)
AKU : Nescafe pun tak payah bubuh tau! (muka serius saja)
IDA : Yeeee..nak kena? (senyum sambil tunjuk penumbuk sebelum berlalu ke dapur)
ALBERT : Cheh! HA. HA. HA.
Aku saja nak jaga hati Albert. Masa susah sama susah. Senang tak lupa kawan. Lagi pun air suam bagus untuk jaga suara!

28 comments:

man_helang said...

eleh bro...ko bkn nak jg hati member...ko saje nak kenen kat si ida pelayan tu...blah la mcm aku tak penah buat...huarghhh

puteri said...

cian kat ida...
nakal betul budak ni....

Ojie said...

hampeh tul la..ko mmg suka pekena org..hahaha aku stuju ngn man tuh..aku tau ko nk manja2 ngn si ida tuh kan..
heheheh..
man, ada can dpt mkn free nih..hahahaha..

Anonymous said...

kalo gua jadi pelayan..ada yg kena smackdown berpusing dah tuu...

♥~ir@~♥ said...

ko mmg jahat,.,.hahaha,,

kalau aku jadi ida,,tk tau ler apa kena ngan ko,,,hahaha

ijan said...

woi... ko nk mkn ke nak jamu mata. hahaha...

Denanz ... said...

paham paham. ko memang sengaja buat drama tu. ida? cun ka?

Rahimin Idris said...

man helang,
ko pun pernah buat? teruk betul perangai ko ni. aku sekali tu je. lepas tu tak pernah buat dah! hahaha

puteri,
aik, cian kat ida je? aku yang lapor tu tak cian?

ojie,
woi, woi! tak ada maknanya nak bermanja dengan ida tu. ingat aku jenis macam kucing garong ke? hahaha

che sue,
garangnya! kau kalau nak jadi penggusti wanita kena pakai seksi taw. sebab kau perempuan melayu, dan untuk identiti timur kau, aku cadangkan kau berkemban kain batik masa bergusti. nak anggun lagi pakai tudung saji sekali! boleh che sue? hahaha

ira,
nakal je la ira, bukan jahat. kau nak buat apa? nak suapkan ambuyat kat aku ke? ngaaa..aku nganga ni hahaha

sultan,
hoi, ni buruk sangka ke buruk siku ni. albert la, albet! ahahaha

denanz,
cheh! sibuk je. report kat kak deehan kang haaa. tak pasal-pasal kenan hempuk dengan kek bentuk unta! hahaha

saat omar said...

Salam perkenalan cik Rahimin..saya dah lama layan blog tuan, cuma tak komen je. bagi saya cik Rahimin memang pandai menulis dan penuh dengan komedi.
Saya pun baru cuba belajar2 nak menulis dan seperti juga encik saya amat meminati Latif Mohidin.
semoga kita boleh terus bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dalam sastera :)

p/s: nama betul l.i.f.e tu Shila...hehehe

l.i.f.e said...

kesian kat ida tu. lain kali bawak air sendiri saja sudah :))

*emot tepuk dahi*
oihhh la saat...iklan eh..jaga kau!

Rahimin Idris said...

saat omar,
kau ni sekejap cik, sekejap encik, sekejap tuan..kejap lagi panggil yang dipertuan agung pulak agaknya. ada yang murka nanti. ko aku, lu gua, saya saudara dah la.
mana ada komedi la. semua serius la. haha
tapi aku memang minat sastera dan puisi walaupun aku bukan budak sastera!

l.i.f.e,
bawak bekal? kau ingat aku nak pergi menoreh ke?
o, shila mambo nama dia ye..hahahaha

ZulDeanz said...

aku dapati, makin lama makin ramai pula peminat mr. Rahimin ni... termasuk cik Ida tu...huhhhhhh

Ojie said...

min, ko dh semakin glamer skrg..kalo ko dh glamer nnt, dh ada buku sndiri, jgn lupa aku ek..bg aku 1 copy..mau original punya..sign skali tau..hahaha

Marjerin said...

hahahahah

Rajuna said...

rahimin, rahimin..
ko penah tengok tibi rasmi mesia tak?yang ade sorang dak cine dia hang out kat mamak siap bawak milo 3 in 1?

ini pekare bodoh tau rahimin. kalau la perkare bodoh ini disambut oleh segenap lapisan masarakat, ape ke tak bungkus kedai2 mamak dan kedai makan secara amnya?


apekebangang sangat. kata ekonomi kapitalis? ni kalau tade orang nak minum milo ape semua mcam mana kedai nak roll modal?


agak2 la nak buat iklan. oh, ye mungkinka negare kite ini suda sampai tahap negare kebajikan?

jawab eh min eh?

Rahimin Idris said...

zuldeanz,
peminat? eh, mana ada bro. gua bukan artis la. kawan-kawan je.

ojie,
glemer menda macam ni haha. mana ada buku. buku utang nak? aku bagi satu copy ek? tak lupa pun. tah2 bila kau pindah mumbai nanti kau pula lupa orang-orang malaysia tak? hahaha

marjerin,
hahahaha

rajuna,
ya robbi..banyak betul soal budak ni! england pun negara kebajikan. tapi bengong la kalau nak makan ikan kena jadi nelayan atau pelihara dalam tangki najis. apa gila ke semua nak produk sendiri?
baik tak payah cipta duit!
kalau pakai sistem barter lagi pening. kita tukar spenda kita dengan mercedes MB ganu boleh? hahaha

yoshz said...

Rajuna,
Anti kapitalisme adalah ideologi org2 miskin shj. ianya tak praktikal. Tanpa juak2 kapitalis, mampukah kita memblog?

Rahimin,
Kita nak mintak maap. Kita geng balik eh? nanti kita bagi pinjam robot. nak tak?

S.YanaZ said...

Ahh, ini gua tak setuju...

Gua wakil kpd kaum-kaum aweks membantah Enche Rahimin mem'bully' kaum sejenis gua, Ida bertempat di bla bla bla menurut akta bla bla bla...kamu dihukum tak boleh pekena neskapi selama 38 thn.

Hukuman bermula 2mins dari sekrg!

Letting the time pass me by said...

Inflasi memang inflasi tetapi harga thumbdrive turun lagi ape citer?

Rahimin Idris said...

yosh n rajuna,
kapitalisime salah satu alat imperialis juga. aku ada baca satu artikel dato' hassan ahmad tentang cara sederhana yang membina ketahanan masyarakat manusia dan alam sekitar. aku tak ingat pulak istilahnya sebab lama sangat dah dewan masyarakat tu aku baca. tapi aku setuju dengan konsep tu sebab ia menghindar perlumbaan hidup yang karut dan tepat dengan aku sebagai muslim.

yoshz,
robot? robocop ada? robocop!

s.yanaz,
cheh, order neslo!

lettingthetimepassmeby,
uiks, apahal nama ko ni panjang sangat? harga kadang memang ada turun naik. dari rm2 jadi rm8. lepas tu turun seposen jadi rm7.90. nak buat apa? pengangguran? orang kena buang kerja? kemiskinan? tertinggal dalam pendidikan? firma lingkup? korupsi? bangkrapsi? jenayah dalam segala lapangan?

Kikuri-hime said...

Bila baca entry ni, tetiba je rase lapar. Da lama x makan kat kuar ni sejak duk ngan parents. Sedapnye sup perut... pastu makan ngan roti perancis! pergh!!!!

Rahimin Idris said...

kikuri-hime,
wah kau..sebut makanan lapar terus! kalau aku sebut apam balik lapar tak? haha

Ki Kiey said...

haha.kesian dkt ida 2!

zubeid said...

lagi jimat kalo air suam tu lu bwk dr rmh knn..skrg ni air suam pnn kene byr la.. jd order mkn je..:P

Rahimin Idris said...

kikiey,
sian la kat aku sekali..tak sian?

zubeid,
hi zubeid. lama tak jumpa? bawa bekal? macam nak noreh getah je hahaha

zubeid said...

uik..penah jmpe aku ke..
sbb tu tauke getah kaya sbb bawak bekal..

poyotito said...

ciss jaga ati mendenye.
tu lebih ke nak manje ngn ida tu je gayenye..
gua link lu.
apa nak jadi jadi la

Rahimin Idris said...

zubeid,
jumpa kat sini la haha

poyotitos,
link la. gua tak marah.