Ini cerita empat tahun lalu. Kisah benar yang pernah menyeram hidupku. Kalau anda jenis penakut, mudah terkencing, lemah jantung, sawan babi, selsema burung atau ada kurap sebesar tapak kaki di belakang, tolong jangan terus membaca. Jangan degil. Kalau mati aku tak mahu tanggung kos pengebumian.
Kami datang sekali. T.A Jeffri, PRAK Ayie, Boatman Awie, Driver Gulam, Juruteknik Bangunan Akita dan aku. Kami akses via bot dan tidur semalaman di kabin di tapak projek. Perjalanan ke Kg. Gusai empat jam. Kalau pulang memang kemalaman di atas bot la. Selesai selesai kerja-kerja periksa besi tetulang sebaik sampai, pagi-pagi berikutnya semua pulang kecuali aku dan Akita. Kami perlu tunggu untuk pantau kerja-kerja konkrit.
Kami datang sekali. T.A Jeffri, PRAK Ayie, Boatman Awie, Driver Gulam, Juruteknik Bangunan Akita dan aku. Kami akses via bot dan tidur semalaman di kabin di tapak projek. Perjalanan ke Kg. Gusai empat jam. Kalau pulang memang kemalaman di atas bot la. Selesai selesai kerja-kerja periksa besi tetulang sebaik sampai, pagi-pagi berikutnya semua pulang kecuali aku dan Akita. Kami perlu tunggu untuk pantau kerja-kerja konkrit.
Tempat tu memang hutan banat. Bikin bangunan sekolah di kampung yang lokasinya tengah-tengah hutan. Sungai selebar 25 meter adalah garis sempadan kampung tu dengan Taman Negara Pahang. Kadang-kadang ada beruang, gajah atau harimau lalu tepi kampung tu. Kancil pelanduk jangan cerita la. Bawa peluru tak habis sekotak. Dua jam saja pernah kawanku bernama Abang Din dapat empat ekor kancil. Panggang sedap.
Itu yang seronok. Yang siksa bukan main-main ada juga. Siaran TV dan radio susah. Buluh kena sambung dua batang. 50 kaki arial baru ada siaran. Itu pun bintik-bintik macam lebah nak buat sarang. Herot-herot muka orang dalam TV tu baca berita. Astro dapat la. Isyarat telefon gengam tak ada. Akhbar pun tak ada juga. Surat pos sebulan sekali sampai. Anda boleh imagin sendiri la betapa pening orang Eskimo kalau tiba-tiba terlontar ke tempat ni.
Ok. Sambung cerita. Dan malam tu memang nak duga aku. Jam 12.30 tengah malam. Rumah kongsi pekerja dah sunyi. Tiada lagi kopi dangdut. Akita pula macam dah lena. Semua sunyi sepi dan aku jenguk dari tingkap gelap gelita. Kampung dah tidur. Hanya ada 40 buah rumah yang jauh-jauh jaraknya. Pelajar sekolah pula hanya ada 38 orang. Ah, kampung yang sangat kecil. Tentu sekali sunyi. Aku kembali berbaring dan pejamkan ulas mata. Sulit sungguh untuk aku terlena walau sepicing malam tu. Resah mula menekan ruang fikir. Mati fikiran. Benar-benar mati fikiran begini.
Di luar macam-macam bunyi sayup-sayup berpadu suara menghentam sunyi udara. Helaian daun gugur pun serasa macam bom jatuh. Bukan setakat burung hantu, burung tukang atau burung kelicap, burung garuda kalau ada entah-entah ikut mengada-ngada sekali berbunyi. Pelik-pelik saja bunyinya. Kalau anda pernah ke hutan tentu anda faham la. Jantung aku dah mula berubah tempo. Hati macam-macam ayat dah baca. Entah betul entah tidak sebutannya. Tapi lena tak kunjung datang. Mata makin segar ada la. Tak kan nak jogging pula tengah-tengah malam buta untuk hilangkan bosan. Kalau ada funfair boleh juga naik cawan pusing-pusing sampai pening.
Tiba-tiba. Dah nak mula jadi tragedi. Telinga aku dah tangkap satu bunyi gerakerja. Aku cuba teliti. Bunyi macam makhluk mengheret kaki. Tapi sangat aneh bunyinya. Debar aku mula kencang. Jantung dah menggelepar bagai layar ditampar ribut. Kepala dah fikir bukan-bukan. Bunyi tu makin lama makin hampir. Makin hampir lagi. Makin hampir. Entah apa la nak jadi. Tiba-tiba ada pula bunyi macam orang mamah benda. Bau busuk pula tiba-tiba mengganggu ruang udara. Otak aku makin haru. Aku takut hantu hutan saja. Orang cakap hantu hutan makan orang sampai licin tulang. Peluh dah mula terbit. Dalam perut dah berpusar macam ombak gila. Aku nak kejutkan Akita. Tapi tak sampai hati pula. Takut dia penat. Lagipun dia jenis penakut juga.
Ah sudah! Bunyi tu betul-betul sebelah dinding tempat letaknya katil aku. Badan aku dah mula berpeluh. Ah, gampang apa la di luar tu. Malam jahanam sungguh. Makhluk tu. Ya makhluk entah setan apa tu dah mula mencakar kabin. Seperti bunyi besi di gores ke dinding. Krung! Krang! Krung! Krang! Ahhh, teruk betul macam ni!
Aku pandang kaca tingkap. Celaka. Nampak pula gerak bayang-bayang. Rasa juga nak nyorok bawah katil. Tapi aku macam dah kaku. Mata aku masih terpacak ke cermin tingkap. Aku nak pejam mata. Tapi mata terbeliak juga. Benda tu memang dah dekat sangat. Cuma rupa belum nampak. Tiba-tiba di kaca tingkap ada sesuatu. Benda hitam. Sungguh. Benda hitam sebesar kepala lutut orang dewasa. Bergerak dari kanan ke kiri. Dari kiri ke kanan. Berulang-ulang kali. Benda tu menggesel-gesel cermin tingkap. Argh, peluh jangan cerita la. Macam air terjun Niagara tak ada la. Aku betul-betul nekad. Apa nak jadi, jadi la malam ni. Aku mesti berani. Tak ada apa perlu ditakuti selain Allah jua. Aku kumpul semangat dan kekuatan dalaman.
Aku terjah ke tingkap cepat-cepat. Buka laju-laju dan jerkah benda tu kuat-kuat. Menggelabah benda tu. Memang mula-mula aku takut dan cuak. Tapi aku tiba-tiba jadi berani pula. Berkat kekuatan yang dianugerah Allah tentunya. Benda tu memang besar. Hitam betul. Bertanduk macam setan. Berekor panjang macam setan juga. Lebih kurang rupa setan Red Devil yang aku tak minat langsung tu. Aku jerkah lagi berulang-ulang. Busuk haram jadah pula tu baunya. Rasa nak keluar pergi terajang perut buncit dia tu pun ada. Biar pecah terburai taik. Tapi takut kaki aku lekat bau busuk pula.
“Apa dia Mie?” tiba-tiba Akita bersuara. Fuh, terkejut aku. Ingatkan dah lena tadi. Pura-pura tidur sebab takut la tu. Apa la in charge aku ni. Biarkan aku ketakutan sendirian.
“Kerbau. Seekor pula tu. Ingat Jerangkung tadi.” Aku tutup tingkap dan tarik selimut semula. Entah jam berapa aku tertidur pagi tu tak tau la. Rupanya benda hitam menggesel kaca tingkap tu hidung kerbau tu. Bunyi krung krang tu tanduk dia la. Haram jadah punya kerbau!
Seram kan cerita aku? Kalau kalian jadi aku, ada berani buka tingkap tu?
33 comments:
Aku baca lg blog ko kat ofis...n aku gelak lagi...n kena marah lagi...bro, kalo aku, aku diamkan diri jea...buat2 mati ke...seram gak ah...tapi cne kerbau leh ada dalam htn pulak...kan ke kerbau kat sawah bendang jea..
p/s: da lama aku x tgk kerbau secara live...
(tidak mampu buat ape2... masih lagi menggigil keseraman di dalam selimut...)
:D iyolah.. panjang berjela den baca.. keras perut den.. good story..
"Aku kaca pandang tingkap. Celaka."
Makhluk ghaib jenis apakah kamu ni?
Ala, kalau aku langsung tak takut. Siap ambik gambar dgn kerbau tu letak kat myspace lagi.
woi... tercabut bulu roma aku bc cite ko ni...
kalo aku bila dh takut sgt pn akn jadi berani..
aku bukak gak tingkap tuh..kena jerkah gak bende tuh..hehehe tp bleh jadi jugak aku akn berpura2 mati..muahahaha..
qaseh,
kalau kau kena buang kerja jangan salahkan aku. salahkan pencipta blog ni.
kerbau memang ada di hutan. tapak projek aku tu di kampung. kau QS? mesti kau tau tentang civil engine kan.
hajime,
aik, kenapa komen kau ada kurungan? puas aku fikir.
alif-mikail,
saja aku tulis panjang. biar kau leka. haha
yoshz,
kesalahan teknikal. maafkan la aku yea. aku insan biasa. kadang-kadang demam juga.
bergambar dengan kerbau? siap letak kat myspace? citarasa jenis apakah kau ini? hahaha
sultan,
kau jangan nak tipu aku. aku tau kau baru bercukur satu badan! hahaha
ojie,
woi, ilmu apa kau ni ojie? bila takut jadi berani, bila berani jadi takut hahaha
pura-pura mati? kalau pura-pura jadi selipar tak boleh? muahahaha
Mie, tengok tajuk je aku dah tak jadi nak seram..
Sebab aku dah pernah seram hampir dua tahun dulu bila kau ceritakan misteri ni kat aku. Sampai sekarang pun aku masih lagi gigil2.
Apa kabo akita n ayie..
[Quote="Rahimin to Oji"]
(kalau pura-pura jadi selipar tak boleh? muahahaha..)[quote]
Kalau jadik selipar mau dipakai dek lembaga bertanduk ehhehe
aku penah tidur dalm hutan. masa daki gunung tahan. seram siut. malam2 bunyi macam2 ada. pulak tu menber lain dh lama membuta.
ah!
kurungan itu bermaksud ianye perbuatan...
bukan percakapan...
(masih lagi di dalam selimut...)
alif-mikail,
hahaha pergi tanya ojie. kalau jadi kereta kebal boleh tak?
deehan,
yup! kau benar-benar faham. aku respek sama kau. memang betul-betul seram. aku selalu tidur di pasir sungai terenggan, jeram perahu, malah pernah jalan kaki dua jam malam-malam buta dalam hujan hanya berdua sebab 4x4 aku sangkut. betul-betul takut dan menyabung nyawa. pernah bertembung harimau, gajah, panther, tapir, babi hutan, badak, landak, rusa, seladang dan macam2 semata nak cari rezeki halal. entri aku ni mungkin lawak. tapi semua tu aku tempuh penuh insaf dan hampir nak menangis serta putus asa. selain kau mungkin dzulkarnain mohamad blogger seram tu faham juga situasi aku. pengalan ini bukan baham lawak. saja aku nak buat hiburan. salam kenal deehan!
hajime,
o, macam tu. salam kenal. kau handal main bass yea? influenced siapa?
Alamak ... silap la pulok! Sory Min. Komen deehan tu sebenarnya aku. Wife aku tngh buka blog dia. Lps tu aku link ke blog aku. Trus aku link ke blog ko. Trus aku komen. Tu yang kuar nama dia. Haha. Apa barang la aku ni.
laaaaa, hahaha aku ingat siapa tadi. sumo kang baru tau. kalau aku tau ko tak la aku emosi sangat sampai ke tapir semua tu kahkahkah. tak apa la. kira wakil bini kau la komen tu. hahahahaha
Wahaha. Kalau awek kemain lagi jwb komen. Panjang lebo. Haha. Ko dh tengok ke blog bini aku tu? Bleh la promot sket. Hihi.
dzul,
alamak, aku lupa jawab komen ko. ko pun saspen dulu hahaha. tapi memang aku seram masa tu. akita dan ayie aku baru jumpa minggu lepas. kami ok je. ada trip ke gunung ais nanti. 4x4. aku malas ikut.
denanz,
woi, aku tak tau pun deehan tu pompuan. kena pulak dia cakap panjat gunung tahan. jarang sangat orang pompuan buat kerja macam tu. aku jawab la panjang lebor sebab pengalaman takut tu sama macam aku hahaha nanti ada masa aku jenguk la blog deehan tu. sungguh aku tak pernah jenguk. sebab ko promote, aku jenguk la hahaha.
kobau ko? aiseh men.. aku ingatkan betul2 la antoo. Chezzz! Kobau liar ke? sbb duk kat utan?
erk!
aku hanyelah picisan sahaje bermain bass...
tp aku mempunyai band...
di mana aku hanyelah backup dancer sahaje...
ah!
link band aku ade di blog!
dengarlah ya!
tk dapat aku bayangkan ketakutan ko masa tuh,,kalau aku,,ntah ler apa nak buat,,
tapi apa pun,,entri ko nih wat aku gelak kesekian kalinya,,muehehehe
kikure hime,
kerbau orang kampung juga. kerbau ni makanan ada putaran juga. macam roadcare potong rumput hehe
hajime,
bagus ada band. aku dulu kaki bass juga ahaks. nanti aku dengar yea.
ira, buat tak tahu je la! hahaha
keh dulu masa naik gunung tahan solo..
pipiyapong,
cheh, jangan nak borak laaa..satu lipis tau cerita firdaus abdillah sesat 3H2M kat hutan penjom hahahaha
kenapa aku kene jadi kereta kebal?
selipar jopun lg la aku tanak..
asek bau masam kaki org je..
hahaha..
salam...punyalah panjang criter dia, buat suspen aje, tapi part yang last tu akak dah mula gelak sorang-sorang
ojie,
aku dengan aliff ingat ko boleh buat teknik penyamaran ninja tadi. ko boleh tukar jadi apa? aiskrim boleh? apam balik? hahaha
crazy beauty,
salam, cerita seram memang kena panjang baru saspen..macam gerak khas tu. ahaks!
makkk aiii.
bro aku bagi nama pena kau.
ini kalau budak2 unholy black metal dari sweden dengar mau renggang dagu dengan gigi geraham atas.
KURMA JALIS.
amacam?
salam bro...aku ingat ko dah nak bertukar tempat ngan brader Dzul td...dlm seram ko sempat melawak ek...hampes kelapa tul...
Ah, kerbau pun takuttt...
Gua baca perenggan nk dekat2 tamat, bkn pe,cepat skett...
Ehhh!Gua mana ada takuttttt.
Mula2 baca ni aku dah dpt agak.ini bukan cerita seram.baca lagi dan lagi.aku teka lembu. baca lagi smpi abis rupenye kobau.ok la tu kan.dekat2 ler tu lembu ngn kobau.hehehe..pandai tak aku teka :D
aku nyaris koma sbab terputus urat perut td sebab takot sgt...pas habis bace, ingat aku dah selamat, rupenye aku nyaris mati tak bernapas sebab gelak 10minit tak berenti... rahimin, jgn la bunuh orang dgn penulisan ko...
rajuna,
eceh, budak unholy black metal pun takut? tukar jadi unholy dangdut la haha
kurma jalis? ko bagi dzul je la nama tu. haha kalau apple jalis? hahaha
man helang,
haha tak de nya aku nak tulis seram sokmo. mana boleh makan zul tu haha
s.yanaz
eleh, tak ngaku. haha
zakiyah,
haha kalau masuk kuiz memang tak menang la kau ni.
redzwan,
woi, aku tak bertanggungjawab tau kalau ada yang mati. mati akal tak apa...
den : mati kutu...
aliff-mikail,
apasal mati kutu? kau pakai ubat kutu ke?
Post a Comment