Monday, July 21, 2008

Geng Jahat: Hari Itu Kami Nyaris Kena Tembak!

Aku suka semua kawan-kawan aku. Romy Iskendy nama salah seorang kawan aku. Tapi kadang-kadang aku benci juga dengan dia ni. Kawan-kawan aku memang ada juga yang jenis muka tak malu. Tapi dia ni mukanya jenis tak malu tahap sangat-sangat. Aku pula yang jadi segan kalau jalan dengan dia. Rasa nak jarakkan lima kilometer saja kalau jalan dengan dia kadang-kadang.
Petang tu ada latihan merentas desa. Nak tak nak kena pergi juga. Minggu lepas punya latihan dah aku hanguskan. Padahnya kena jalan itik keliling padang. Entah apa-apa punya denda cikgu sukan rumah kuning aku tu. Rasa nak lumpuh kaki. Menggeletar lutut aku panjat tangga bas macam makhluk tak cukup zat esoknya. Mujur tak suruh jalan penyu keliling padang. Kalau tak, mau tiga hari tiga malam baru aku habis mengingsut.
Petang tu untuk pergi latihan Romy ajak naik motor. Biar nampak jauh lebih macho berbanding naik bas kuning oren tu. Entah motor siapa dia nak tibai petang tu aku tak tau la. Dia bukan ada motor pun. Harapkan ada lesen pun memang tak ada juga. Tapi lantak la. Kami sama-sama punya semangat kombat masa tu. Kalau selisih kereta polis atau trak askar memang selamba saja kami tabik hormat sambil berdiri di stand motor masa tu. Sebagai lambang cinta pada negara yang bukan main-main lagi.
Petang tu datang la Romy jemput aku dengan gaya mat sport sungguh seluruh. Entah motor RXZ siapa dia rembat aku pun tak tau la. Suka-suka makcik dia saja pinjam. Kami pun tuju la destinasi dengan penuh rasa tak ikhlas sebab memang anti sangat dengan acara merentas desa ni. Untuk menghilangkan rasa marah pada undang-undang sukan sekolah, kami pun menyanyi. Pilih la lagu ‘Peronda Jaket Biru’. Tak macam dalam kaset ‘Wings’ langsung suara kami. Muzik latar pula bunyi enjin motor yang macam nafas raksasa tu.
Tiba di pertengahan jalan, sebelum sampai sebuah stesen petrol pump tiba-tiba Romy bagi isyarat tangan kiri. Lampu isyarat Romy nyalakan juga. Cermat betul Romy ni tunggang motor. Aku memuji Romy dalam hati agar dia tak riak seperti selalu. Romy nak tuang petrol. Aik, tapi tolok meter minyak terpacak separuh lagi. Bukan nak pergi Lubnan pun nak tuang minyak banyak-banyak. O, motor pinjam. Pulang nanti mesti tuan dia rasa riang sikit agaknya. Lepas tu senang nak bagi pinjam lagi. Jauh di sudut sanubari aku meneka-neka lagi.
Romy berhenti betul-betul depan pam pertama. Makcik petrol pump pun datang dengan bersusah payah mengheret kaki. Enjin motor hidup lagi. Makcik petrol pump dah keluarkam pam dengan muka serius macam muka Romy juga. Romy pijak-pijak pedal gear untuk tukar motor dalam gear natural.
Tak macam kebiasaan orang lain yang nak tuang minyak pun. Romy masuk gear satu semula. Pecut deras-deras. Masuk gear dua, tiga dan seterusnya. Sambil tu Romy gelak macam bapak Iblis. Aku sempat pandang belakang. Hoi! Makcik petrol pump tu jerit marah-marah sambil acukan muncung pam ke arah kami. Mencarut pun ada gamaknya. Fuh, macam Inspektor Aleeza nak menembak geng jahat dalam drama Gerak Khas. Kalau kena memang terbakar!

12 comments:

S.YanaZ said...

Romy Iskendy
dari negara Isketambola.

Whoaaaaa!

Ojie said...

hahahahha...
lawak bangat la..
apa kes kwn ko pedajal makcik petrol pam tuh..
kesian dia..
huhuhu..
apa2 pn, aku sgtttt suka citer ko nih..
sempoi, tenang dan senang..
keep it up (huhu dh mcm gaya bg nasihat kt student pulak)

dzul said...

fuh romey iskendy..
lawak yg tak penah dibuat org mcm tu..hahaha

ijan said...

isk... x penah dibuat dek org...

nnt aku nk try wat pkai kancil supra aku plak. hihihi...

Rahimin Idris said...

s.yanaz,
woi, bukan isketambola la, dari negara setan!

ojie,
ah, tu gurau je tu. hahaha
aku memang suka buat karangan merapu untuk cikgu b.m dulu hahaha

zul,
lawak bewok tu!

sulta,
ha, buat la kalau berani nak maut! hahaha

zubeid said...

pagal dak romy nihh..
berani mati..wahahah

Denanz ... said...

salam. gua selalu link blog ni via ritahyahaya punya blog. skang gua dh link ke blog gua. gua bagi *** berbintang2.

Rahimin Idris said...

zubeid,
romy memang gila! jangan tiru aksi dia walau kat mana pun!

denanz,
huh, banyak bintang tu. duit tak nak bagi? hahaha
terima ksih. nanti gua link blog lu balik.
wah, lu dalam blog pakai 'saya', dengan aku lugua-lugua hahaha

Denanz ... said...

dalam blog ikut sedap. kekadang rasa nak guna aku, kekadang nak guna saya. lu ke, gua ke, aku ke, saya ke, ana anta ke ... takde hal kan? layan!!

Rahimin Idris said...

denanz,
hahaha gua takde hal punya..dulu-dulu pun lugua-lugua juga. sekarang pun lugua-lugua juga kadang-kadang. kalau dengan puan ritah gua guna 'saya' la! hahaha

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

woii..sapa budak romy ni..??cilakak betul..gua dah lama dapat laporan kegiatan romy dari makcik tu..

Rahimin Idris said...

pipi,
lu settle itu lampam punya kes dulu, jenayah romy tu dah tutup kes la! hahaha