Wednesday, July 23, 2008

Dia: Bukan Osman Kering Rupanya...

Pagi tu Ahad. Cita-cita besar aku nak tambah tidur lagi. Jarang sekali aku dapat tidur ekstra ni. Pukul 10 pagi nanti bangun la layan ‘Dragon Ball’. Adik dah bersiap sedia. Awal betul dia. Entah apa-apa. ‘Selamat Pagi Malaysia’ pun dia tergamak nak layan.
Tapi kawasan rumah mak aku memang hingar sikit. Lokasinya di depan jalan utama. Jalan tu la orang hantar dan jemput anak-anak sekolah, Bang Dolah hon-hon sambil jual ikan sayur, orang lalu-lalang hantar getah sekerap, bas sekolah dan bas kilang berhenti, kutu-kutu melepak main gitar di hentian bas dan macam-macam lagi. Demonstrasi jalanan dan ‘tiger show’ setakat ni belum ada lagi la. Jadi Ahad menjanjikan sekelumit kedamaian.
Tapi yang paling bengkek budak-budak motor suka sangat buat pusingan U depan rumah mak aku. Uji meter la tu kononya. Tolok meter mati pun nak uji meter. Apa barang. Kalau motor tu bunyi macam basikal tak apa la juga. Ni macam ekzos concord. Bengang la aku. Nak gali jalan depan rumah tu buat kolam udang harimau tak boleh juga. Nanti mana aku nak lalu pula.
Dalam banyak-banyak motor tu pula, motor Osman Kering (nama separuh sebenar tapi bukan seorang pelawak) la paling aku menyampah tahap sampah. Sakit betul jiwa raga dengar bunyinya. Dia punya bunyi, kalah petir. Dia punya laju pula, tak payah cerita la. Memang tak laju gila. Burung Raja Udang pun boleh pintas. Motor Yamaha CDI togel buruk tu diwariskan oleh arwah ayah dia. Hampir setiap petang Osman Kering buat uji meter dan pusingan U depan rumah mak aku. Dengan muka serius pula tu. Dia ingat dia Kesatria Baja Hitam agaknya.
Dan pagi tu Osman Kering buat hal lagi. Bukan main-main kuat deruman motornya. Lama pula tu dia pam minyak ke karburetor. Tak gerak-gerak. Statik saja bunyinya. Aku dalam selimut dah mula bengkek. Semua mengantuk yang aku seru-seru dah hilang terbang pergi mana entah. Aku syak memang Osman Kering punya la tu walaupun bunyi motor dia dah lain sikit. Dia tukar ekzos la tu. Peduli apa aku. Kali ni memang aku baling juga dengan batu budak Osman Kering ni kalau dia tak jalan-jalan lagi. Tapi tak jalan-jalan lagi. Sabar aku pun dah pupus. Memang tak ada kerja betul budak Osman Kering ni. Kali ni kau dah pijak periuk api la Osman Kering. Aku bangun dan duduk.
“Woi, gampang betul Osman ni. Main minyak motor depan rumah kita pulak. Jalan je la. Memekak je!!!” aku jerit separuh kuat dengan separuh kaki pula dalam selimut.
“Weh, bukan Osman Kering. Kawi la. Mak suruh Kawi mesin rumput. Rumah dah semak!” adik aku dengan muka selamba membela Osman Kering sambil menonton Selamat Pagi Malaysia lagi.
Laaa, bukan Osman Kering rupanya. Aku kemas-kemas tempat tidur. Pergi dapur cari makanan. Lapar betul. Motor Osman Kering masuk bengkel agaknya. Mak pun kalau nak suruh Kawi mesin rumput bagi la arahan suruh buat petang-petang sikit!
Pengetahuan Am: Osman Kering dah meninggal dunia lebih kurang lapan tahun lalu sebab sakit jantung.

12 comments:

~Cinta Cukulet~ said...

Hehe..biasalah lah tu..kesilapan sebegitu sering terjadi dimana2 jua..yang penting adalah tindakan pantas untuk cover malu ehehe

zubeid said...

keh keh..
rajin adik ko eh..nk harap kn ko dok tarik slimut je lah..pisss

dzul said...

haha..bayang aje la bunyi moto osman kering dah sama tahap bunyi mesin rumput..

Ojie said...

terbayang pg2 ahad di zaman dulu kala pun aku selalu layan Dragon Ball..

hehehe tu la ko..
suka suki buat andaian..
sket2 nk marah..
apa cer?
hahahaha...
naseb ko malu dpn adek ko ajer..
huhuhu...

ijan said...

x patut la korang panggil dia osman kering. kesian dia...

patutnye panggil dia osman keling, sbb dia bwk moto cam keling mabok. wuhahaha...

Rahimin Idris said...

cinta milo ais,
ha, terima kasih singgah blog aku pulak. dah motor dia je paling bising! hahaha

zubeid,
rajin menda tunggu nak tengok dragon ball pagi-pagi! baik tido hahaha

zul,
lebih kurang je bunyinya hahaha

ojie,
woi, mengganggu ketenteraman awam tu. jenayah apa! hahaha

sultan,
woi, orang dah arwah tu! kang dia pergi rumah kau kang haaa...

man_helang said...

salam...

seminggu nih aku asyik jumpa blog yg best la...luck aku ade kot minggu nih...tp nak bli nombor tak leh, haram...hu hu

S.YanaZ said...

Ah,
lu ponn...jgn la benci sampai tahap sampah.
Tahap abu rokok udahle.

Woitt!lu crite pasal org dh xde nih,kan...
iskh..iskh..

Rahimin Idris said...

manhelang,
woi, blog ko pun bes apa! cerita pasal angkat level atas sump tu..pergh, sakit perut aku..aku dan zul tu budak civil engine, mesti gelak gila la hahaha! aku dah link blog ko..

s.yanaz,
ah, bukan benci..nyampah je!
p.ramlee dah mati orang cerita lagi juga apa..manusia mati tinggalkan nama apa..

dzul said...

Pengetahuan Am: Osman Kering dah meninggal dunia lebih kurang lapan tahun lalu sebab sakit jantung..

eh..aku nak confirm balik, osman kering yg kau maksudkan dlm pengetahuan am ni..osman kering pelakon ke,osman kering org kampung yg kau cerita nih.

aku kurang ngerti.

Rahimin Idris said...

zul,
laaa, dah cakap tak ada kena mengena dengan pelakon tu kan..

HAMIDI BIN SARIF said...

laah kalu nk tau aku dulu cemas nk terlanggar osman kering masa nk gi stesen k.api pasir mas , mase tu di nk lintas jalan , aku pun gerpok di, orrr pok osman kemana, dijawap dgn keringnya , sy nk gi berkempen, tika tu ms pilihanraya kecil permatang pasir ,pasir mas