Wednesday, June 18, 2008

Pak Cik Drebar Lori Cuba Buat Lawak Param Di Saat-saat Kecemasan!

Part 1

Aku kecemasan. Nyesal hisap rokok dalam kereta. Masuk pejabat tiba-tiba perut tunjuk perasaan. Tak kan aku nak belasah perut aku dengan belantan pulak. Layan la juga. Tapi permintaan perut aku tu dah tak mampu dipujuk lagi. Perut aku. Aku tahulah. Kalau diabai mungkin terjadilah sumpitan sakti ditempat awam. Sudah tentu reputasi aku juga yang bakal calar. Khabar buruk memang cepat dibawa angin!

Aku seluk poket cepat-cepat. Nak hisap rokok sambil lari-lari kecil ke Agro Bank cawangan pejabat aku. Ada dua mesin masuk duit. Aku tak la risau tentang ruang dan waktu. Tak kan ada antrian panjang.

Tiba-tiba, tak guna! Rupanya rokok akhir jadi abu dalam kereta. Alamak, habis la. Tak aman lah Agro Bank nanti. Sebelum muka lebam baik aku cergas.

Kebetulan ada Pak Cik Drebar Lori. Dia gangster tahun 70an sebelum jadi drebar lori tempat kami kerja. Hobinya suka buat lawak kejam lagi memijak hati. Siapa tak tahan memang boleh bungkus. Silap-silap nangis teresak-esak sambil bersimpuh. Tapi aku tak tunduk. Mana boleh. Cuba la cucuh sumbu aku!

Aku beranikan diri. Alamak, dia pun hisap rokok sambil baca akhbar daa.

“Pak Cik, ada rokok?”

“Ada.”

“Mintak sebatang?”

“Kat kedai runcit Perumal bawoh nu. Ambik la berapa kotok awok nok!”

“Macam gampeng…”

*****

Part 2

Sambil menikmati rokok Pak Cik Drebar Lori tu dalam Agro Bank dengan mata yang redup aku terpikir, ada lagi ke orang buat lawak macam tu zaman-zaman barang mahal ni?

Rasanya tak lucu langsung masa aku cemas sebelum tu.

Hahaha!

TAMMAT

2 comments:

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Baler..memang kerayan takde rokok saat saat genting gitu..

Rahimin Idris said...

pipi,

ko penah kerayan tak berokok ke?hahaha