Showing posts with label Patriotik. Show all posts
Showing posts with label Patriotik. Show all posts

Friday, August 29, 2008

Mari Kita Renungkan Kembali

Tahun ni sambutan ulangtahun Kemerdekaan macam tak meriah sangat saja. Aku tak tahu kenapa. Rakyat Malaysia sudah tak patriotik agaknya. Tapi itu bukanlah sebab utama aku fikir. Mungkin tema tahun ini tak kena.

Ye la. Sekarang ekonomi macam roda sebesar gunung yang sedang menggilis hidup. Majoriti rakyat pula golongan marhaen. Pendapatan tak seberapa. Pengangguran tinggi. Harga bahan bakar melonjak ke tahap tak masuk akal. Barang-barang keperluan harian jadi tambah mahal. Sudah 51 tahun Merdeka. Tapi rata-rata rakyat masih bergelut dengan perlumbaan ekonomi yang tidak adil. Kerajaan pula pilih tema macam tu.

Padi tetap murah walaupun Pak Tani susah payah tanam. Baja, racun, sewa jentera dan segala output pertanian membebankan. Tapi Taukey kilang beras hentam harga suka-suka hati sambil goyang kaki bila jual kepada pemborong. Orang tengah jadi lintah darat pula. Rakyat kecil nak makan nasi pun jadi gementar. Bernas buat apa? Kerajaan perlu fikir dulu sebelum guna tema macam ni. Tapi sudah terlambat. Hanya beberapa hari saja lagi sambutannya. Lagu tema pun sudah berkumandang.

Tapi walau macamana pun, ‘Perpaduan Beras Kejayaan’ tetap tak sesuai bagi aku sebagai tema sambutan ulangtahun Kemerdekaan tahun ni. Macam menyokong persatuan pengilang-pengilang beras saja. Cuba nyanyi lagu ‘Perpaduan Beras Kejayaan’ tu. Bukankah janggal bunyinya?

Apa-apa pun, selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan dengan fikiran dan jiwa yang BESAR. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Saturday, July 5, 2008

Sekali Kena Belasah Dengan Bahasa...

Pernah suatu ketika aku tanya kawanku. Dia Melayu. Perempuan. Mengapa tulis cek guna Bahasa Inggeris? Dia jawab, lebih mudah. Ringkas. Ruang cek terhad. Aku angguk-angguk saja tanda faham. Tak kan aku nak cakap banyak dan suruh dia tulis Bahasa Melayu dengan huruf kemetot-kemetot pula. Pada hal ramai lagi orang lain boleh buat. Nak cakap macam tu takut dia tak nak senyum padaku lagi. Senyum dia manis macam apam balik taruk kismis pula tu.
Di suatu ketika yang lain aku belek-belek telefon genggam kawanku. Dia Cina. Tunggang terbalik otak aku layan telefon tu. Telefon genggamnya guna tulisan dan Bahasa Mandrain. Aku tanya, mengapa tak guna Bahasa Inggeris saja? Ramai orang faham. Dia jawab, kalau semua orang Cina tak guna Bahasa Mandrain dan tulisan Cina, suatu hari nanti tak ada lagi bahasa dan tulisan mereka itu. Sebenarnya Bahasa Mandrain lebih luas penggunaannya di seluruh dunia, katanya lagi. Aku fikir pendapat kawanku itu memang benar.
Bahasa bukanlah alat komunikasi semata-mata. Ia sekaligus mengungkap fikiran dan perasaan penuturnya. Perasaan yang bersarang dalam otak kawanku yang berketurunan cina itu tentulah bangga dan sayang dengan bahasa nenek moyangnya. Bimbang bahasa asal keturunannya musnah kerana sikap ambil mudah. Ke mana-mana pergi pun dia berfikir dalam bahasanya sendiri. Dia lahir, bangun, berjalan, berlari, jatuh dan berdepan dengan kematian pun barangkali bersama bahasanya sendiri. Tanpa memahami Bahasa Inggeris kecuali ‘fuck you’, ‘bastard’, ‘stupid’, ‘idiot’ ‘bitch’ dan lain-lain kata-kata kesat dan ayat-ayat mudah, dia tak pula menjadi sohai dan mundur.
Dengan tidak menafikan kepentingan Bahasa Inggeris bagiku Bahasa Melayu juga sebenarnya sangat unik dan indah. Punya nilai ekonomi dan kekuatan untuk membina tamadun serta budaya bangsanya sendiri. Malah ia juga boleh jadi belantan yang bisa menghentam kepala perasaan. Pernah sekali arwah ayah pukul aku dengan bahasa saja aku dah rasa macam nak taubat nasuha.
Kisahnya terjadi pada suatu petang yang damai. Aku melepak-lepak dari Asar lagi. Melarat-larat ke Maghrib. Dah nak masuk Isyak baru hegeh-hegeh mata aku nak cari jalan pulang. Sampai rumah arwah ayah nyandar nonton siaran berita. Dia tanya, pukul berapa sekarang? Aku jeling TV. Berita dah masuk bab sukan pun, aku jawab la; pukul lapan lebih. Arwah ayah cakap; bagus, esok cuba balik lagi lambat dari hari ni yea?
Aku jamah telinga. Fuh, ada lagi. Ingat dah meleleh ke lantai. Arwah ayah guna bahasa terbalik. Arwah ayah tak pernah langsung pukul aku. Tapi bila bahasakan aku, pedihnya bukan main-main. Dan di hari-hari damai yang lain, dengar saja beduk Maghrib, aku pun cepat-cepat kembali ke pangkal jalan.

Thursday, June 26, 2008

Pembikin Iklan NST Tu? Mereka Memang Laknat!!!

Hal ni dah ramai tegur. Ritah Yahaya antara awal. Ruangan surat pembaca di Utusan Melaysia semalam pun ada. Di blog Shamsudin Othman pun ada. Adik aku tonton kali pertama pun dah menyampah dengan iklan ni. Tak kreatif langsung iklan NST tu, katanya. Aku pun pada mulanya malas nak tulis sangat. Tapi sebab iklan tu membangsatkan bangsa aku sangat, dan aku pun terasa, tulis juga.

Ramai lagi ke sekarang orang Melayu tak pandai berbahasa Inggeris? Kalau fasih sehebat Oprah Winfrey tu mungkin tak semua. Kalau setakat nak tunjuk arah, opah-opah kat kampung pun boleh. Kejadian dalam iklan tu pun berlaku kepada pelajar-pelajar sekolah di Kuala Lumpur. Kalau pelajar-pelajar sekolah di Kuala Tembeling tu selamba boleh cakap orang putih walaupun jalan sangkut-sangkut, tak kan orang kolumpo boleh rebah teruk!

Memang la menghina bangsa Melayu. Kenapa tak guna sahaja pelakon budak-budak cina atau India atau bangsa lain? Kawan aku yang keturunan cina tak minat pergi Mc Donald. Pergi KFC boleh la. Sebabnya? Dia kandas nak sebut Mc Donald. Balik-balik yang melompat dari mulut dia Mek Tonnel, Mek Tonnel, Mek Tonnel . Kalau Madonna jadi la Matonna. Maradona jadi la Maratonna.

Ada ke kalau tak baca NST susah dapat kerja? Tipu la tu. Suka cakap tipu iklan sekarang ni. NST dah jadi agensi cari kerja ke? Memang satis (sadis)!

Rahimin: Suka sajak ‘Iklan’ - Sapardi Djoko Damono tu.