Masa tu Khamis malam Jumaat. Jarum jam kurang lebih sembilan sepuluh minit lagi nak panjat sebelas tepat. TV tak ada cerita bagus. Rumah sewa kami tak ada Astro. Kalau ada pun jemu juga nak tengok cerita ulang-ulang. Kedai mamak dekat saja. Tapi malas pergi.
Semua rakan seterkutuk sibuk main SMS. Ada yang sengih-sengih sendirian. Ada yang menyundal kaki naik sampai cecah tingkap. SMS sambil makan keropok ubi warna-warni bentuk bintang pun ada. Tengok aktiviti mereka aku terasa cemburu. Dalam hati rasa macam nak SMS sambil berlari setempat pun ada.
Apa lagi. Aku pun dapat la satu ilham cemerlang punya. Baik aku SMS satu awek yang dia punya senyum manis-manis apam balik ni. Harap-harap dia balas. Selalunya memang dia balas walaupun kadang-kadang lambat. Mana ada jalan. Semua layan SMS. Aku pun nak juga. Aku pun mula la menyusun aksara dengan penuh tertib. Kasi layang satu keping dulu.
AKU : Dah tido ke?
DIA : Lum lagi. Nak gosok gigi dulu.
AKU : Aku ada kejutan untuk ko malam ni.
DIA : Kejutan apa? (laju je balas macam tak sabar)
AKU : Cuba on TV3. (saja balas lambat sikit bagi dia saspen)
DIA : Hampeh. Gusti WWE. Kejutan sangat la tu. Lucu. Tak nak tido lagi?
AKU : Nak tido juga ni.
DIA : Tido dulu ek? Selamat malam. Sweet dream. :-)
AKU : Selamat malam. Sweet dream too :-)
Malam tu baru aku benar-benar sedar. Romantis juga aku ni rupanya.