Showing posts with label Indie Label. Show all posts
Showing posts with label Indie Label. Show all posts

Friday, November 20, 2009

Bulat Si Hantu Lilin

Waktu itu petang yang sangat ceria. Rasa macam Ultimate Warrior nak tampar orang pun ada. Dah sepagi aku cari bassline lagu-lagu Greenday album Dookie dengan gitar tong hasil beli guna duit Yayasan Pahang. Aku bukalah masuk sangat lagu-lagu punk ni. Kena pulak yang macam Greenday tu. Tapi Madi dan Pendi yang mintak tolong main bass sebab diorang tak ada bassist. Tapi bila dah dengar-dengar banyak band-band macam Sonic Youth, Radiohead dan Ramone yang Madi sogok tu, rasanya orait juga. Lantaklah. Muzik kan Universal?

Entah macamana tiba-tiba ada seorang budak dekat-dekat rumah aku. Tiba-tiba mendekat. Budak baru tingkatan satu. Kami panggil dia Bulat. Takkan aku nak halau dia walaupun dia nampak naïf sangat lagi.

“Tunggu Madi ke? Nak pergi jem ke?” Bulat bertanya. Madi memang glamour juga dekat Jengka masa tu sebab sebelum tu dia dah ada band nama 'Silence'.

“Ha’ah. Hari ni bukan sekoloh pun,” jawab aku acuh tak acuh sebagai senior melayan junior.

“Bila nak beli gitar karen sendiri. Baru sedak sikit. Keh pun boleh tumpang main. Belajor la dengan aok,” kata Bulat yang menunjukkan minat nak main gitar juga. Kalau suruh mengaji siap berambat prentan sibat senja. Bukan main liat nak mandi.

“Mana keh ada duit. Belanja sekoloh pun mak ayah tanggung. Aok la beli, keh main. Aki aok kan paling kaya dekat Jeram Landok,” kata aku yang dah jemu menunggu motor Madi tak sampai-sampai.

“Beli la ‘lilin’ dulu. ‘Lilin muroh sikit dok?” pertanyaan anak jiran aku itu menyentak pemikiran kreatifku. Aku ingat; jangankan aku, Uli Jon Roth pun boleh sasau dengar pertanyaan dia ni.

“Lilin? Nak buat apa lilin?” tanya aku kehairanan. Entah apa kaitan ‘lilin’ dengan gitar elektrik tak tahulah. Nak bakar studio masa main jamming ke?

“Laaa, nak bagi bunyi gitar karen jadi sedak la. Nok bagi bunyi ganas ‘jrenggg, jrenggg’(distortion) tekan pedal,” Bulat memberi penerangan entah apa-apa dengan ikhlas sekali.

Rasa nak menyengkeh dan menghempas kepala Bulat sama banyak je dah masa tu. Entah siapa la yang ajar dia main gitar elektrik pakai lilin macam orang nak hisap dadah pulak.

“Woi dak Bulat, bukan ‘lilin’ la. ‘Delay’. Sebut betul-betul – DELAY!” aku jerit kuat-kuat dekat budak Bulat tu sebab memeningkan kepala aku yang dah bersiap sedia nak pergi enjoy.

“Mana keh tau. De-lay…hihihi” kata Bulat sambil tersengih-sengih.

Kalau Madi dan Pendi lambat datang memang menangis budak tu aku kutuk. Kui Kui Kui!

Sekadar foto hiasan: Blantans Death (r.i.p). Kelihatannya Jugah Gogorot, menunjukkan demonstrasi bagaimana seorang vokalis band Grindcore yang ganas haruslah memamah mikrofon sewaktu yell. Selalu juga Jugah kena penampar dengan tokey studio tu sebab aksi gediknya itu.

Monday, August 10, 2009

Realiti-realiti Yang Aneh Tapi Realiti (entah hapa2 tajuk)...

Setiap kali tiba hari besar orang Melayu (baca: Islam); Ramadan dan Syawal – macam-macam barangan pengguna yang hilang. Tepung gandum, gula, minyak masak dan segala barangan keperluan dapur pun ghaib dari pasaran. Peminat cekodok pun mengeluh panjang. Yang pendek nafas peruncit – pening nak menjawab bila kena tuduh sorok bekalan.

Maka berduyun-duyunlah pengguna yang kebanyakannya bermuka Melayu mencari gula. Wartawan TV pulak berduyun-duyunlah temuramah dan buat kecoh untuk menambah panik dan menambah laku gula di pasaran. Tak nak pula depa berduyun-duyun pergi temuramah tokey-tokey besar gula. Tanya; kenapa hari raya Melayu baru nak naik harga barang?

Kemudian ditemuramahnya pula Persatuan Pengguna. Sekadar bagi nasihat bolehlah. Kemudian temuramah Menteri Pengguna. Ini lagi tenat. Bukan pandai bagi alasan. Reka alasan bukan-bukan bolehlah. Balik-balik salahkan orang seludup gula. Bukan tiap-tiap hari orang seludup gula. Tak kan lah bila tiba bulan puasa, orang sibuk seludup gula ke Thailand, Singapore dan Indonesia? Thailand ada pasar Ramadan ke?

Lepas tu bagi pula alasan sebab gula kita murah kerana bagi subsidi. Itu tak ada kerja lainlah selain nak menghapuskan subsidi. Kalau hapus subsidi, kerajaan dapat ‘menyelamatkan’ banyak wang rakyat untuk membangunkan ekonomi negara secara lebih efektif. ‘Selamat’ macamana tak tahu. Itu kan wang rakyat? Nak buat projek, bukan dapat ke semua rakyat. Macam konon nak naik taraf jalanraya dekat KL dulu, tapi jem juga. Mak aku, dah dekat 10 tahun tak jejak jalan KL, tapi cukai dia bayar juga.

Inilah benda-benda berulang-ulang yang kita lihat setiap tahun. Kita sedar. Tapi kita tidak berminat pun untuk cuba berbuat sesuatu. Kita cuma diam dan mengeluh sahaja dengan kesempatan yang diambil orang. Akhirnya kitalah juga yang ditindas.

Berbalik kepada soalan utama tadi: mengapa hanya apabila Raya Melayu Islam? Sebabnya: orang Melayu Islam ramai. Kalau naikkan masa raya bukan Islam, diorang bukan ada pasar Ramadan pun. Lagi pun, pengeluar/pengilang itu kebanyakannya bukan Islam. Diorang mesti nak tolong sesama diorang. Sedikit sebanyak sentiment itu ada juga terselit. Bukan macam orang Islam, nak cakap arak ni ‘boleh jual’ atau ‘tak boleh jual’ pun bergaduh sesama sendiri dalam TV.

Jadi hari ini, menyedari betapa pentingnya gula; marilah kita membuka kilang gula. Ala, tak kan banyak sangat modal. ‘Kan tanah Malaysia ni luas lagi. Katakanlah; orang Islam (baca: Melayu) ada 16 juta. Kalau kita kongsi RM10 seorang, sudah ada RM160 juta. Itu kalau kongsi RM10. Kalau RM100? Tak kan tak boleh buka ladang dan kilang gula macam Robert Kwok itu? Boleh juga kita beri kerja kepada semua rakyat Malaysia ini.

Tak adalah macam sekarang, nak kerja sedap-sedap sikit, mesti terer cakap Mandrain (setakat bahasa PPSMI tu, mintak kerja dengan mahathir je boleh la).
Lagi pun kepada siapa lagi kita nak harapkan? Cuma kita-kita sendiri yang boleh menjaga sesama kita. Nak harapkan pemodal yang memang kapitalis, memang terbukti tak boleh. Nak harapkan Menteri Pengguna, kerjanya nak menghapuskan subsidi saja dan menolong golongan pemodal sahaja? Ajak buat ladang, kilang dan kedai rakyat tak berani – takut pemodal marah – modal dia air liur saja! Kalau ada kilang gula, tepung, susu, minyak masak, beras dan segala keperluan, silap-silap tak payah mengundi pun tak apa. Ye la, YB nak hulur bantuan segera, beli beras cap naga kat kilang kita. Tak ke kena ludah? Tak ada YB pun tak apa!
Tetapi macam biasalah. Orang kita ni memang payah. Jangan kata nak jadi pengeluar tepung, susu, gula dan minyak masak, nak buka kilang pasir – sedut pasir tepi sungai itu pun bukan main susah. Banyak gila nabi nak kena sembah dulu. Main bedal pacak pam, tak sampai sejam kena tangkap – ada yang report. Kalau orang lain tak apa! Lagi pun boleh ke kita yang berjuta-juta ni nak kumpul RM10 seorang untuk buka ladang gula?

Hik! Hik! Hik!


P/S: Tulisan ini bukanlah untuk membangkit rasa benci terhadap kaum-kaum yang lain. Kapitalisme tak ada kena mengena dengan bangsa. Dan Islam tak semestinya milik Melayu. Kebaikan dan keburukan ada pada semua bangsa kerana manusia dibentuk oleh tradisi yang mengarah ke situ. Jadi buanglah tradisi-tradisi yang buruk dulu, barulah boleh nak cakap pasal 1Malaysia ke, atau Malaysian Malaysia ke. Sekarang perangai masing-masing macam 1Palat belaka nak buat apa?!

Friday, May 22, 2009

Melawan Buruh-buruh Asing

Dulu-dulu British bawa masuk orang asing. Mereka dikerah melombong dan toreh getah. Alasannya orang Melayu pemalas. Kuat duduk kedai kopi dan sabung ayam. Sampai ke raja pun laga ayam masa tu. Macamana rakyat tak ikut?

Berbalik kepada orang Melayu malas. Ye la. Dah tiba-tiba datang sini jajah, buka tanah dan lombong – suruh kerja dengan upah murah. Siapa nak? Lepas tu bayar pula cukai ke Inggeris. Tak ke bodoh?

Hari ini ada 2.2 juta buruh asing. Itu belum campur yang masuk ikut pintu belakang. Alasannya sama. Orang kita pilih kerja. Dan tak reti cakap orang putih. Tak mahu kerja teruk dan kotor.

Memang la betul. Kalau dah masuk Universiti, apahal nak jadi buruh kasar jolok lubang jamban yang tersumbat tuala wanita. Ngeri gila. Baru tengok sudah ngeri. Belum buat lagi. Mahu tak makan seminggu.

Katanya kerja berlambak di Malaysia. Ekonomi stabil sangat. Tapi apahal banyak bangla merempat bawah jambatan? Mat Indon pun macam dah banyak jadi perampok. Kenapa? Haaa, kenapa?

Dulu aku pernah jadi kuli kontrak di tapak bina masa cuti semester dua bulan. Gaji RM35 sehari. Kerja teruk macam celaka. Hari pertama kerja aku terpaksa beli sirap 2 bungkus. Sebab bekal air dalam botol semua aku curah atas kepala bila masuk jam 1 tengahari. Macam nak mati kerja. Panas jaga lemang pun tak macam itu.

Jadi bila habis belajar, tak kan la kita nak kerja macam tu? Namun kalau terdesak aku sanggup. Bukan aku saja. Semua pun sanggup. Tapi jangan la bagi upah RM35 sehari lagi. Bangang-bangang bagi la RM60 untuk kuli paling kodi pun. Buat apa kerja mati-mati tapi bos saja hidup.

Sebab apa orang kita tak nak kerja teruk-teruk? Upah murah sangat la. Sekarang Indonesia punya buruh pun sudah kalah. Di tempat aku geng Vietnam pula sudah mari ramie-ramei. Mat Indon pun sudah kecut telur. Dulu tukang-tukang Cina dan Melayu saja yang bengang bila Indon mari. Sekarang tukang Indon pun jenuh bersilat ala-ala Jaka Sembung!

Tukang Cina kalau bagi kurang RM100, jangan harap dia nak plaster dinding rumah kau licin-licin macam skrin komputer. Tukang Indon hulur RM60 dah cukup. Nah, sekarang Vietnam mari – RM30 pun sudah okey!

Apa kata peniga-peniaga tenaga manusia pula? “Orang Vietnam manyak bagus maaa!”

Dulu british bawa masuk orang asing ramai-ramai. Hari ini kerajaan kita benarkan pekerja asing masuk ramai sangat. Aku rasa, ramai sangat la. Menyampah pun ada tengok. Yang untung cuma peniaga tenaga-tenaga manusia ini. Mereka goyang kaki dan kutip telur sahaja.

Tapi kalau tak ada buruh asing susah juga kan? Owh ya, dulu aku dan adik kait sendiri tandan-tandan sawit di ladang mak aku. Meracun, potong dan susun pelepah pun aku buat sendiri. Sekarang tak lagi. Ada kawan-kawan yang balik kampung sebab kilang banyak tutup minta upah buat kerja itu semua. Aku suruh mak aku bagi pada mereka saja. Mereka terdesak mahu wang. Aku dan adik boleh rehat saja. Rehat macam raja.

Kalau Indon Lombok Felda, satu ton RM25. Orang kita, kami semua bagi RM40. Ala, Felda sudah sub-sub-sub-sub- sub semua kerja ladang. Semua mahu makan atas angin. Lombok dan Bangla tu kerja teruk dapat RM25 satu ton. Kontraktor ladang dah makan banyak sangat. Bodoh, bodoh dan bodoh. Blah la main sub-sub ni.

Maka tinggal la ladang-ladang persendirian macam mak aku, mak Don Balon dan mak Dzul saja yang bagi budak Melayu buat. Siapa kata budak Melayu dah tak boleh buat semua itu? Janji upah okey jadilah.

Woi, bawa la lagi orang asing masuk ramai-ramai. Nak untung sangat. Otak letak kat mana? Bodoh punya bahlol!