Thursday, September 2, 2010

Mintak Ferrari 1000 Bijik

Allah datangkan Ramadan untuk mendidik hamba-hambaNya jadi penyabar. Jadi; baik kecik besar, tua muda, cerdik bahlol, elok la belajar-belajar bersabar. Tapi kadang-kadang hati panas juga. Terutama tengok budak-budak jaras atau atau jenis mangkuk hayun.

Dalam Felda tempat aku tinggal ni ada macam-macam umat manusia. Perangai tentulah berza-beza. Ada yang baik, baik sangat. Sampai buruh Lombok Felda tu, macam anak sendiri la dilayannya. Betul. Aku tak tipu. Tak ada siapa kacau Lombok-Lombok ni walaupun orang di Indon tu bukan main garang lagi, macam babun nak ganyang Malaysia. Kalau yang jahat, memang jahat la. Malas nak cerita.

Tapi yang paling aku benci sekarang yang spesis bawa motor tersengih-sengih sambil SMS. Ada pulak tu bawak motor perlahan saja, tapi remp (perah) minyak tak henti-henti sepanjang jalan. Ada yang naik motor ramai-ramai penuh satu jalan dalam kadar kelajuan 20km/j. Macam laknat. Tapi yang paling celaka sekali yang bawak laju dalam kampung sambil pandang ekzos atau pandang belakang.

Pukul 10:40 pagi tadi mak aku call, satu biji motor langgar kereta adik aku dekat satu selekoh panjang. Langgar depan-depan pulak tu. Kalau pikir memang tak logic boleh langgar. Rupanya dia bawak motor pandang belakang masa nak ambil lap hingga tersasar laluan, kata saksi. Adik aku siap boleh brek dan berhenti sikit punya lama tengok dia datang, budak tu dah dekat baru paling muka. Apa ke bahlol nya bawak motor macam tu?

Teruk juga kereta adik aku. Bumper percah, bonet kemek, tangki air bocor, cermin depan pecah. Tapi ada insurans. Budak tu pun teruk juga. Kepala pecah, menggelitik-gelitik lagi masa aku sampai. Hidung berdarah. Alhamdulillah hidup lagi. tak tahu la ada insurans ke tak ada. Itu la, jalan kampung, bawak laju-laju, pandang belakang, siapa suruh? Kepala penuh ke?

Dalam keadaan macam tu aku tak minat nak salah menyalah. Kalau adik aku mintak ganti rugi pun, aku tahu mak bapak budak tu entah nak bayar entah tidak. Budak tu lagi la tak mampu nak bayar, agaknya. Jadi ke hulu ke hilir aku menolong adik aku buat report tadi. Untuk claim insurans. Dah setel semua. Duduk satu kampung. Apa-apa hal cerita baik-baik, walaupun kering tekak aku hari ni.

Mak aku dan adik aku cool saja tadi. Tapi entah kenapa aku pun boleh cool juga. Aku ni kadang-kadang mudah juga naik angin kalau lapar. Kena pulak budak spesis tak sihat macam tu. Kokak-kokak maki hamun keluar juga. Tapi semacam ada suatu bisikan halus suruh aku bertenang dan bersabar; kerana kebaikan jugalah yang perlu kita junjung.

Ah, aneh betul perangai aku hari ni. Jangan-jangan malam tadi aku bertemu Lailatulqadar kot? Dan hati suci aku kini disinari cahaya Ramadan.


p/s: kalau jumpa Lailatulqadar mintak Ferrari 1000 bijik sedap juga…

10 comments:

IZR. said...

hahaahahaa.ferrari tu nak mintak dgn sape?

Nerzhul said...

agoknye nafsu marah aok dah kene block ngan cahaya ramadhan.

Rahimin Idris said...

Iznie,
Hahaha. Mintak kat Allah laa. Siapa tau Dia bagi aku jadi tauke kereta mewah...

Hanisham Ab Halim said...

koi nok sebiji wehhhhh.... hahhahaha

Rahimin Idris said...

nerzhul,
kahkahkah koi letih sangat tadi, nok menampor pun malas!

Rahimin Idris said...

echam,
boleh je. tapi aok kena bayor bulan2 laa. gantung utang sebulan je tow truck mari. kahkahkah

Nizam Awang Brahim said...

Alhamdulillah.Teruskan sampei lepas Ramadan..

poyotito said...

peh. mantap aok min..!! mantap..!!
Ini yang koi jadi nak usul nama aok jadi penghulu ni.

Err..Ferrari tu ada lebih lagi dok?

Fadh Rahman said...

klau dpt nnti, mintok sebijik jd laa

jo said...

takkan mintak 1 wish je rahimin. sejak bila pulak aok jadi tak tamak orangnya ni?