Friday, September 3, 2010

Dari Kaver Depan ke Kaver Belakang...

"Dengan perjuangan kita dilahirkan. Didalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita merangkak, kita angsur tegak dan dan kita jatuh, lalu kita tegak dan jatuh lagi. Kemudian tegak terus untuk pergi ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke dalam perjuangan batin kita sendiri, menegakkan. Selama hidup kita kerjakan sedemikian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa. Berapa pun dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan. Panggilan yang tidak dapat ditakkhirkan walau satu satu saat dan tak dapat ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa.

Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup akhirat. Demikianlah kita menempuh hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati.

Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang hanyalah lantaran dorongan hawa nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya penuh dengan Iman dan baik sangka kepada Tuhan. Itulah Falsafah Hidup."




p/s: Ini bukan aku tulis. Ini blurb dari sebuah buku bertajuk ‘Falsafah Hidup’, salah satu karya Prof. Dr. Hamka yang berjaya aku beli. Aku mana reti nak tulis power-power macam beliau Pakai kopiah pun jarang-jarang. Memondok pun tak pernah…






Ini kaver depan dia. Aku snap guna henpon aje. Kalau nak baca beli laa ye. Beli kasut 'legend' sepasang tiap-tiap kali raya boleh, beli buku macam ni tak kan nak berkira sangat...

3 comments:

Ahmad Belia said...

lu nak kearah tabligh gua tgk nii...

Rahimin Idris said...

ah, apahal ntah semua entri hari ni semua macam serius. tapi gua tak serius pun. kahkahkah!

Ahmad Belia said...

mi, gua rasa malam ni malam lailatulqadar..sebab tu semua orang serius ni...