Tuesday, July 20, 2010

Lelaki Tua Misteri Yang Banyak Tanya di Sebuah Pasaraya

Suatu hari di hari Sabtu. Aku ke Bandar. Bukan apa-apa. Sebenarnya aku mahu membeli beberapa barangan dapur untuk keperluan harian. Mahal atau murah kena beli juga barangan dapur ini. Apa gila hendak ganti bawang dengan lalang kalau goreng ikan bilis?

Tapi itulah. Malaysia. Kamu tahulah. Kita sebenarnya masih negara membangun yang rakyatnya bertungkus lumus mahu keluar dari lingkaran kesusahan. Memang kemiskinan itu masih berleluasa di mana-mana. Tetapi Malaysia bukan baru. Pedulilah kalau ada orang hendak dakwa Negara kita masih belum merdeka atau apa. Tetapi lebih 50 tahun penjajah pulang, rakyat Negara ini masih begini mendukacitakan. Anak-anak kecil menjual kalender di stesen minyak dan pintu bank. Bangla pula pakai kemeja dan seluar sleek tinggi atas paras pusat. Salah siapa?

Sewaktu aku memilih ikan bilis di sebuah pasaraya dengan perasaan kacau bilau sebab harganya makin hari makin mahal. Tiba-tiba angina bertiup dingin. Aku pandang ke atas. Rupanya aircond pasaraya.

“Beli apa nak?” tiba-tiba seseorang bertanya.

Aku menoleh ke sisi kanan. Dari arah datangnya suara itu. Suaranya seperti lelaki.

Ya. Memang tepat. Seorang lelaki tua. Berjanggut putih hingga ke dada dan berjubah lusuh. Entah bila munculnya aku pun langsung tidak perasan. Tampaknya saling tidak tumpah seperti Latif Borgiba.

“Mahu pilih ikan bilis. Mahu beli,”jawabku mendatar dalam nada kehairan-hairanan. Tidak nampakkah apa yang sedang aku buat?

“Suka makan ikan biliskah?” soalan kedua terloncat dari mulutnya yang mengukir senyum misteri.

Aku angguk. Tanda mengiyakannya. Perasaan maas menjawab membuak-buak dalam dada. Dan lelaki tua itu masih tersenyum misteri mengalahkan misteri Puaka Lubuk Yu.

“Mahal ikan bilis sekarang ‘kan?” lelaki tua itu masih dengan tanya.

“Ya,” jawabku septah.

“Kenapa mahal?” itulah solan seterusnya.

“Mana saya tahu,” aku jawab acuh tak acuh dengan harapan orang tua itu jemu dan berlalu ke tempat lain. Atau sakit perut mahu terkincit tiba-tiba.

“Kenapa tak tahu?” soalnya lagi. Rasa hendak makan nasi sambil lari setempat mula muncul gara-gara geram.

“Yang pakcik sibuk-sibuk tanya ni apa hal? Pakcik ni Oprah Winfrey ke?” giliran aku pua bertanya.

“Kenapa, tak boleh tanya?” lelaki tua itu hanya menjawab tanyaku juga dengan tanya.

“Ahhhh, malaslah layan. Kalau pakcik nak Tanya sangat, pakcik pergi saja la ke formspring saya!”

“Formspring tu apa? Formspring siapa”

Formspring saya la. Tanya puas-puas kat situ!” kata aku sambil cepat-cepat pergi timbang ikan bilis dan meninggalkan pakcik misteri itu yang baru terkial-kial mahu memilih ikan bilis sambil dipiat telinga oleh bininya yang telah pun selesai memilih sayur kobis tidak jauh dari situ.

Beberapa pelanggan yang melihat penarikan telinga lelaki misteri itu menjuih-juihkan bibir tanda mengumpat.

14 comments:

Guru said...

lucu lah pulak

terbaru dari saya : boleh buat menantu

Rahimin Idris said...

a kl citizen,

selalu juga pergi blog awak. tapi selalu susah nak tinggal komen blogspot hampeh ni..

TQ.

Anonymous said...

ooo...citer formspring...giler angker!

Ahmad Belia said...

aku rasa nak terajang mu ni mie...

Redz da Tsar said...

Ceh...

Ingatkan mende... Promote formspring plak...

Anonymous said...

hahahaha, formspring nasib baik pakcik tu tak ingat tilanspring

ddjfr said...

nak promote formspring rupanya.
nanti aku tnya banyak2 mcm pakcik tu baru kau tau...

Nerzhul said...

kalau tanye kat formspring tu aok boleh jawab ke nape harga ikan bilis mahal?

Hashim Zabidi said...

Lelaki tua yg mistri itu masih milik orang lain lagi rupanya...

Nizam Awang Brahim said...

Kala koi pun mungkin tanye soalan yang same.haha...formspring tu ape..

jo said...

biasalah orang malaysia. asal nampak pelik sikit, mulalah mulut menjuih dan mengumpat.

Don Balon said...

Ni mesti Rey Misterio ni kuikui

Misya Idris said...

promote formspring kekeke

k.e.r.i. said...

choy!
citer bukan main haram, nak bagitahu aok ada formspring je rupanya.