Tuesday, July 13, 2010

Cerita-ceriti: Belanda Minta Tanah

Petang itu indah. Awan cerah macam di skrin TV cerita orang bercinta. Kampung Melayu Bahari pun bahagia sekali. Tok Penghulu Mat Jagung kelihatannya sedang berehat-rehat di atas pangkin di bawah pohon jambu air yang rendang gara-gara sudah lebih 25 tahun usianya. Sambil-sambil itu beliau pun feeling-feeling makan jambu air colek dengan kuah rojak Mak Bee. Musim jambu air ketika itu. Tengah-tengah meleleh itu, tiba-tiba…

“Assalamualaikum Tok Penghulu!” satu suara memberi salam dengan kuat, seolah-olah orang lain semuanya pekak.

“Wa’alaikumsalam. Hah, Jabar Jabulani. Tak boleh tengok aku senang sikit? Ada apa ni? Siapa yang kau bawak ni? Pelik semacam saja. Pengedar dadah ke, atau geng MLM? Aku tak mahu layan semua tu, kau tak ingat?” tanya betubi-tubi Tok Penghulu Mat Jagung sambil menjilat kuah rojak Mak Bee dalam mangkuk kerana khuatir di pau oleh tetamu-tetamu beliau.

“Oh, ini orang Belanda. Mereka datang sini sebab nak beli tanah,” terang Jabar Jabulani sambil halkumnya berdegap-degup kerana kecur air liur yang keterlaluan demi melihat colek jambu yang Tok Penghulu Mat Jagung sedang nikmati itu. Kali ini suaranya dibikin merendah agar nampak lebih bersopan kerana mengharapkan Tok Penghulu Mat Jagung menmpelawanya makan colek sekali.

“Orang Belanda? Beli tanah? Mereka boleh cakap Melayu ke? Nak juga aku sembang dengan orang Belanda ni. Barulah antarabangsa sikit,” Tok Penghulu Mat Jagung menyuarakan hajat yang terpendam di kalbunya.

“Oh, boleh tuan. Saya boleh cakap Melayu. Saya suka orang Melayu dan Kampung Melayu Bahari yang hebat ini!” tiba-tiba Kapten Van de Vannete bersuara dengan nada bodek yang sungguh sopan.

“Wah, bagusnya!” Tok Penghulu Mat Jagung bersuara sepenuh kagum yang amat sangat hingga memasang kuda-kuda di atas pangkin. Kemudian Tok Penghulu Mat Jagung tertunjuk skill silat pulut hampir dua minit. Hingga begitu sekali beliau kerana bangga bukan main dapat sembang dengan orang Belanda.

Semua yang ada di situ bertepuk tangan tanda seokongan tidak terperi kepada Tok Penghulu Mat Jagung, kecuali anak jirannya yang sedang menjemur kain di ampai tidak jauh dari situ. Itu pun kerana mata kanak-kanak itu rabun. Kanak-kanak itu menyangka kelibat Tok Penghulu Mat Jagung itu pokok pisang yang sedang di tebang oleh pencuri. Kanak-kanak itu terus lari lintang pukang.

Dipendekkan segala kisah.

“Kalau ikutkan kami tak mahu jual tanah. Kampong Melayu Bahari kami ini kecil saja. Haih..” kata Tok Penghulu Mat Jagung sambil mengeluh. “Tapi kenapa kau beria-ria sangat nak beli tanah kami?”

“Oh, kami nak beli sikit saja. Kami sanggup beli dengan setempayan emas,” kata Kapten Van de Vannete sambil mengarahkan anak buahnya mengeluarkan setempayan emas.

Mata Tok Penghulu Mat Jagung yang bulat menjadi empat segi mendengar tawaran Kapten Van de Vannete. Banyak tuuuuu, kata Tok Penghulu Mat Jagung dalam hati.

“Dan saya tambah lagi satu tempayan sebagai hadiah kepada Tok Penghulu Mat Jagung yang baik hati dan hensem macam Deddy Dores ini!” kata Kapten Van de Vannete penuh semangat memuji.

Kali ini rasa teruja Tok Penghulu Mat Jagung tidak mampu dikawal lagi. Kuah rojak Mak Bee di dalam mangkuk di telangkupkan ke kepalanya sendiri. Jabar Jabulani menepuk dahi kerana melepas mahu pekena jambu air colek kuah rojak Mak Bee. Ada juga terdetik dalam hatinya mahu makan jambu air sambil menjilat-jilat kepala Tok Penghulu Mat Jagung yang berlumuran kuah rojak itu. Tapi niat itu dibatalkan kerana anak dara Tok Penghulu Mat Jagung menelek dari tingkap.

“Berapa banyak hendak beli dan apa pula tujuannya?” tanya Tok Penghulu Mat Jagung dengan serius tiba-tiba.

“Oh, sedikit sahaja. Tepi-tepi laut atau hujung-hujung hutan pun tak apa. Hanya sebesar kulit lembu sahaja kami mahu beli. Untuk dibuat kajian tanah pertanian. Saja suka-suka. Tapi nanti hasilnya untuk kampong Tok Penghulu Mat Jagung juga,” ujar Kapten Van de Vannete sambil mengukir senyum paling bermakna.

“Laaa, awat tak habaq awai-awai. Kalau lagu tu buleh saja!” kata Tok Penghulu Mat Jagung yang tiba-tiba terbercakap loghat Kedah, pada hal orang Melaka.

“Kalau macam tu, esok saya datang bersama-sama perjanjian,’ kata Kapten Van de Vannete.

Tok Penghulu Mat Jagung hanya mengangguk-angukkan kepala hangguknya sahaja.

Maka esoknya termeterailah perjanjian penjualan tanah sebesar kulit lembu di Kampung Melayu di antara Tok Penghulu Mat Jagung dengan Kapten Van de Vannete. Sesiapa yang melanggar perjanjian, akan di dakwa di mahkamah dunia. Namun Tok Penghulu Mat Jagung tidak kisah semua itu. Beliau hanya membayangkan dua biji tempayan emas sambil tersengih-sengih. Apa sangatlah tanah pinggir pantai yang sebesar kulit lembu.

Akan tetapi sengihan Tok Penghulu Mat Jagung itu tidaklah lama. Tidak sampai sehari, beliau diarah membayar sewa tanah kepada Kompeni Belanda oleh Kapten Van de Vannete. Ini kerana seluruh Kampung Melayu Baharu itu telah dibeli oleh kompeni Belanda.

Memanglah Kapten Van de Vannete mahu membeli tanah di Kampung Melayu Bahari hanya sebesar kulit lembu sahaja. Tetapi kulit lembu itu dihiris halus-halus, malah sehalus rambut, kemudia ia dilingkung ke seluruh sempadan kampung . Kampung Melayu Bahari hanya terjual dengan dua tempayan emas sahaja. Dan emas itu hanya cukup untuk sewa tanah dua bulan sahaja. Kemudia Tok Penghulu Mat Jagung dan anak-anak buahnya semua kena halau kerana percaya kepada ‘Belanda minta tanah’!



15 comments:

Don Balon said...

kuikui..
ayat hensem machanc Deddy Dores yanc koi tak tahan tu kuikui....

Liliyuli said...

paling malang ialah si Jabar Jabulani. dah la tak dapat makan jambu air colek dgn kuah rojak Mak Bee..pastu kena halau pula oleh org belanda..hahaha

zulfadzly. said...

hahahahaha..terbaeeekkk lah min!!

nama2 watak mmg best!!

Rajuna said...

ada pendapat yang mengatakan bahawa orang yang datang deal tu sebenarnya bukan seorang negotiator tapi sebenarnya seorang pelawak yang pandai ambil hati2 pembesar pada ketika itu. sejarah2 macam ni tak ada cerita dalam buku teks. malu lah kot..

Guru said...

suka baca entri ini...
terbayang colek yang meleleh di kepala tok penghulu

terbaru dari saya : makan pil

Nerzhul said...

skarang tergolek atas tanah. hahaa

Norziati Mohd Rosman said...

Oh, akhirnya saya faham maksud di sebalik bidalan ini. Kiranya betullah perumpamaan Belanda minta tanah tu wujud sejak dari penjajahan Belanda. Lama juga usia bidalan ni.

Belanda menjajah Indonesia (menerusi VOC) pada 1611, maka bidalan Belanda minta tanah setakat hari ini sudah berusia 399 tahun. Nampaknya kita boleh agak yang bidalan, perumpaman, peribahasa, simpulan bahasa kita berusia lingkungan 400 tahun.

jo said...

tak pernah pun jumpa cerita ni dalam buku sejarah sekolah dulu. kalau tak, dah tentu la aku tak kena baling duster akibat ketiduran.


tapi, kenapa Van de Vanette? hahahahaha....

Redz da Tsar said...

Kah3x... Celake punye Belanda..

Hok tok penghulu pun bengong jugok...

Hehe

Redz da Tsar said...

Jabar Jabulani dapat komisyen tak?

Nizam Awang Brahim said...

Name pun penjajoh.Lembut gigi dari lidoh

Anonymous said...

heheheh

deus X machina said...

sekarang gerombolan minta tanah
heh

Hanisham Ab Halim said...

Yeahhhh.. gerombolan UMNGOK plak yang belasah tanah skang ni...

Anonymous said...

kuah rojak mak bee memang legend!!