Monday, December 28, 2009

Nasional Geografi: Episod Kepercayaan Orang Arab Jahiliah

Masa sekolah dulu aku ada Ustazah nama Shafinah Yaakob. Beliau ajar tamadun Islam sekali dengan yang agama-agama la. OK dia mengajar. Tapi yang aku perasan, budak-budak kelas aku tu bukan hendak bertanya sangat. Tak tahulah sama dah cerdik atau memang tak tahu nak tanya apa. Kadang-kadang kasihan juga cikgu-cikgu aku tertunggu-tunggu soalan.

Pada suatu hari yang gemilang itu, Ustazah ajar mengenai masyarakat Arab Jahiliah. Pepalih la Arab Jahiliah ni. Rujuk la mana-mana kalau nak tahu. Aku pikir semua orang pun tahu. Jahiliah diorang ni bukan dari segi teknologi. Tapi dari aspek agama dan akidah la. Macam masyarakat moden kita hari ni la juga. Dah pandai bunuh anak. Lagi dahsyat sebab tak kira jantina. Masyarakat jahiliah dulu bunuh yang perempuan saja. Apa ke bangang? Bila Islam datang baru wanita terbela. Apa bangkai nak feminisme lagi?

Selain itu, masyarakat Arab jahiliah juga percaya sangat ke tanda-tanda alam ni. Contohnya kalau nak keluar rumah, ada burung terbang menghala ke kiri. Alamatnya ada marabahaya la di tengah jalan, kononnya. Kalau kebetulan nak pergi berak ke sungai, tak jadilah gamaknya. Sama juga masyarakat Melayu jahiliah, dengar ada biawak melintas pun pusing belakang. Tak jadi pergi menyabung ayam atau gig tahun baru.

Selain itu kata Ustazah aku tu, ada juga pantang larang yang boleh dijelaskan dengan kaedah saintifik. Contohnya; setiap kali mahu berjalan jauh, orang Arab Jahiliah akan menghembus hidungnya. Kalau sebelah kiri tersumbat, mereka akan membatalkan perjalanan. Kalau sebelah kanan, kira OK lagi la. Kalau dua-dua OK lagi bagus. Kalau dua-dua tersumbat, nak mampus la agaknya. Sebenarnya kata Ustazah aku, sistem pernafasan tu, kalau sebelah kiri ia melibatkan jantung. Kurang elok berjalan jauh-jauh dan lebih bagus berehat saja. Katanyalah. Aku pun bukan tahu sangat.

“Ada soalan?” tanya Ustazah di hujung waktu kelas. Semua diam. “Kamu semua ni kalau mintak menyoal, semua diam, dah pandai sangat ke?” ustazah memperli dengan nada kecewa.

“Saya ustazah!” aku memberanikan diri sambil mengangkat tangan. Semoga mej para rockers pada hari itu menaik di mata pihak sekolah. Dengan soalan itu juga aku harap Ustazah aku tu tak terasa macam budak-budak kelas aku nak suruh dia blah sangat dah.

“Ye, Rahimin, apa soalannya?”

“Macamana kalau masa orang Arab jahiliah tu nak keluar rumah, dia nampak punya la banyak burung kelam kabut depan rumah dia. Ada ke kanan, ada ke kiri, ada ke atas, ada ke bawah. Bersimpang siur la burung tu terbang. Macamana ustazah?” tanya aku dengan penuh intelek.

Entah kenapa, Ustazah Shafinah tak jawab pun soalan aku tu. Dia menggeleng-gelengkan kepala sambil macam nak senyum, tapi tak senyum. Dan terus kemas-kemas mahu keluar kelas.
Notakepalalutut: Lepas aku jumpa ular sawa ni dekat kebun sawit yang baru aku tanam tu tadi, aku terus blah. Bukan sebab aku ada kepercayaan macam orang Arab Jahiliah atau takut, cuma tiba-tiba saja aku rasa macam nak minum air Sunquick!

16 comments:

Rahimin Idris said...

1st!

jo said...

eleh..sebab nak minum air sunquick ke sebab nak terkencing?

jo said...

alamak..lambat sikit..

Rahimin Idris said...

jo,
dah tengahari, balik le. minum2. kencing dekat kebun pun boleh. bikin baja daaaaa....

Rahimin Idris said...

hahaha ko punya stamina dah down la skang jo.. hahaha

Hanisham Ab Halim said...

Gumpunkkk ahhhh.. dia pulok no 1.. cheh... Koi tau nape aok balik.. Sebab aok takut dok...

Fadh Rahman said...

mmg nk kena stakat dahi aok nie min...bg laa org lain "1st' plok...

koi selalu mengambarkan dlm bentuk bergurau..."klau jumpa ular masa koi jalan ngan aok...koi bunuh aok dulu...baru koi bunuh ular te" kata2 itu hanya gurauan dengan rodong2 baik...hahaha

hanie said...

ceh..dan2 tu la nk minum sunquick segala..
padahal..debor jgk kan....

:P

Redz da Tsar said...

Itu bukan dah kire adat Min kalu nampok Ulor Sawa kena balik... itu keselamatan... haha...

kalo keh nampok Ulor tengah lepak kat kebun pun keh balik juge, takpun tunggu sampai die blah...

kalo ade kat umah, hurm, siap la die...

terrarosa said...

mak oiii... besarnya ular tu...
entah - entah dia pun baru minum sunQuick sebab tu perot kembong

keh keh keh...

Ismail Othman said...

sedak sedak

Hashim Zabidi said...

Selagi perkataan jahiliah itu ada dalam kamus, selagi itulah contoh ibaratnya tidak luput dari berlaku.

Tapi apapun, kesian kat cik ustazah tu. dia tak sedia teks dan terlepas pandang sorang budak cerdik dlm kelasnya.

Relevan said...

Kwn pengomen yang terakhir utk pagi ini..

k.e.r.i. said...

lain kali aok tangkap la gambor besor-besor sikit.
baru lah tak kecewa koi kena tag.

*beli SLR lah weh*

Rajuna said...

ala min.
masyarakat sekarang pun tak banyak beza je dengan orang arab jahiliyah. at the end, we knw that mmg manusia ada tendensi utk membunuh, berpuak, etc. setended manusia.-kadang2 dah macam binatang!

haidan said...

leh lak nak minum sunquick time2 gitu...
tak betoliah,cet...
ape pun...
slamat tahun baru....