Thursday, November 19, 2009

Aku dan Sang Lalat

Aku cuba melelapkan mata. Memang aku perlukan tidur setelah seharian bekerja meneroka tanah haram di hujung negeriku. Pergi mampus, haram atau halal. Aku cuma mahu hidup. Bukankah dunia ini lebih banyak yang lebih jahat berbanding itu? Aku cuma tak mahu bayar cukai. Ya. Aku juga mahu mewah macam penjilat kelas atasan. Hidup mewah. Mati peduli apa.

PAP!

Celaka punya lalat. Aku berjaya menangkap seekor lalat yang hinggap di hujung hidung di saat-saat aku sangat hampir ke garis lena. Kemarahanku tiba-tiba mencanak demi melihat rupa lalat yang amat menyakitkan hati itu. Tidak tahukah ia, aku sangat kepenatan?

“Mampus kau kali ini, lalat haram jadah!” kata aku dalam hati.

“Nanti dulu, nanti dulu manusia yang baik budi,” tiba-tiba lalat berkata. Ah, lalat apakah ini? Bermanis kata di depan aku, sedang tadi entah najis mana yang telah dihinggapinya.

“Ah. Aku peduli apa. Aku beci kau. Benci, tapi rasa nak bunuh!”

“Baiklah kalau itu keinginanmu. Kau boleh bunuh aku, tapi dengan satu syarat,” kata lalat yang boleh berkata-kata itu dengan muka kesedihan.

“Apa syarat? Apa syarat?” tanyaku pula dua kali.

“Kau lepaskanlah aku dulu. Aku ingin rasakan nikmat kebebasan sebelum mati."

Ah, macam-macam pula lalat ini. Kau yang mengganggu aku, kau pula yang bikin syarat macam-macam. Kau pikir aku bodoh? “Baiklah, aku setuju,” ujarku sambil tersengih.

Setelah mencabut kedua-dua kepak lalat itu, aku letakkan ia di lantai.

“Bebaslah kau wahai lalat yang nakal. Aku nak berehat pun tak senang. Aku pun tak berminat lagi hendak membunuhmu yang sudah tak berguna itu!” herdikku dengan sinis sekali.

Kulihat sang lalat terkesot-kesot melarikan diri dari beberapa ekor semut yang mula terhidu bau habuannya.

Lalu aku tertidur dengan aman sekali. Mimpi menjadi manusia yang sungguh manusia.

10 comments:

jo said...

oiii rahimin...seksa binatang!!
dosa wooo....

Mimie.Candy Cane said...

hahahaah..x cukup kejam tu.instead of buang sayap dia tu,baik ko cucuk mate dia kasi buta,pastu ko bagi dia terbang ke mane2..heheeh

kejam nye aku..

hanie said...

br pagi td ko kata ko manis2 mcm labu..
ni ape hal ko seksa lalat plk nih?
kejam oiii~

Pok Li said...

Teringat pantun lama yang lucah, terbang lalat, terbang lalat hinggap di kaki, .........

Hanisham Ab Halim said...

Adoiii rodong,
Kejam wehh aok... Koi nok report ngan WWF ni. hehhehe

Rahimin Idris said...

pok li,
hahaha habiskan la pokli.

Redz da Tsar said...

Huih.. Mabuk ke sampai bleh dengo lalat bercakap... haha

Hashim Zabidi said...

Kalau lalat hijau terbang malam begini,
tandanya esok ada orang nak pergi
hati-hati ya Min

mazru said...

balerr aok weh..baik aok penyek kan je..hehehhe

Don Balon said...

Lalat itu berjuta kali lebih mulia dari pemimpin-pemimpin yang mencuri harta negara..
walau digelar lalat taik..
hakikatnya itu rezki..

psst min..lepas ni kala aok jumpa toknan..aok cabut tangan dia dua-dua beloh weh...kuikui

koi tetap tak pueh ati..
koi bayor cukai tanah, last2 toknan guna buat bayor saman dia..
gum punk!