Wednesday, May 27, 2009

Review: 'Politikus, Badut dan Sebuah Cermin’


Marsli N.O adalah seorang penulis kontemporari yang sangat prolifik. Bagi yang sering mengikuti karya-karya beliau, tentu akan faham bagaimana gaya suaranya dilepaskan. Sering lantang, sinis dan tajam. Sesekali macam penampar laju tak tertanggung hinggap ke muka. Tetapi kadang-kadang ada juga unsur-unsur lucu bila membacanya. Selamba dan terus terang betul tulisan-tulisan beliau. Itulah yang unik tentang karya-karya beliau.

Kumpulan cerpen ‘Politikus, Badut dan Sebuah Cermin’ (PBSC) adalah buah tangan Marsli N.O yang terbaharu. Aku terima Isnin lalu. Dan sudah membacanya sekali lalu. Seperti biasa membaca cerpen yang ditangani oleh seorang penyair, ayat-ayatnya seakan-akan puisi juga (walaupun gaya itu tidak sepekat kumpulan-kumpulan cerpen yang lepas). Itu juga salah satu stail atau ‘sound’ yang aku pikir Marsli N.O sudah jumpa dan sukar di tiru.

Namun yang ketara bagi aku, Marsli N.O seakan-akan telah terkeluar sedikit dari aliran yang beliau anuti selama ini iaitu absurdisme. Kalau kita ke belakang dan meneliti cerpen-cerpen beliau di dalam kumpulan cerpen ‘Demi’, ‘Biduan’, ‘Penipu’ dan ‘Menanti Buraq’ perbezaan amat ketara dengan PBSC. Cerpen-cerpen di dalam kumpulan cerpen beliau yang terdahulu amat aneh, abstrak, kacau dan sering mengejutkan. Aku ingat lagi bagaimana aku terdiam seketika selepas membaca cerpen ‘Daging’ yang terdapat di dalam kumpulan cerpen ‘Demi”.

Ya. Macam aku tulis tadi. PBSC mungkin sudah terlajak ke aliran Pascamodenisme (?). Kebanyakan setiap cerpen di pecah-pecahkan kepada beberapa bahagian. Latar juga kadang-kadang tiada. Begitu juga permulaan dan penamat. Watak-watak pula tidak dinamakan kecuali beberapa nama seperti hantu yang mengaku bernama Mat, Semaun, Semek dan lain-lain. Oh, ya lagi satu. Kalau dulu tajuk cerpen beliau pendek-pendek dan selalu satu perkataan sahaja. Entah kenapa sekarang panjang-panjang!

Tapi apa yang lebih penting, PBSC bukan sekadar sebuah karya fikitif semata-mata. PBSC muncul pada waktu yang sangat tepat di mana suasana politik negara sangat kacau dan karut marut. PBSC barang sudah tentu bukan keresahan isi hati pengarang sahaja, tetapi mewakili seluruh rakyat yang bencikan sandiwara politikus yang bukan-bukan.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku yang menarik ini bolehlah ke blog Marsli N.O. Ada info lebih lanjut tentang buku-buku beliau. Bagi yang berminat untuk menjadi penulis, boleh tanya beliau – macamana beliau boleh hasilkan ‘sound’ yang aneh-aneh dalam tulisan beliau. Kalau beliau gitaris, aku pikir beliau macam Tom Morello (RATM/Audioslave).


P/S: Gua juga suka tulisan-tulisan Pipiyapong. Kalau Marsli N.O macam Tom Morello, gua rasa Pipiyapong macam Flea RHCP. Amacam? Ha Ha

3 comments:

Don Balon said...

Min..
Tom Morello ke?
Betul jugek..line gitu..
kala line keh Andreas Kisser atau Dimebag Darrell mungkin menepati..

Flea??? kahkah.. koi setuju..
cuma kala zaman klasik sket koi bagi Angus Young la..kuikui

Rajuna said...

dan gua rasa
gua tak ubah seperti kugiran Anal Cunt (sebenarnya dorang ni nak musik ke tak? cuba tengok kat youtube. aku macam nak penampar sorang2)!!


ha ha ha

Rahimin Idris said...

tom morello memang aneh bagi aku. gila main gitar guna siku. haha
flea memang kelakar tapi bassline dia peh, best!

rajuna,
hahahaha anal cunt tu dah musnahkan reputasi slipknot! hahaha