ROMLAH: THE UNTOLD STORIES (R:TUS)
Aku terima buku ini 3 minggu lepas. Terdapat 19 cerpen hasilan 18 orang penulis. Kesemua cerpen adalah kesinambangunan dari kumpulan cerpen K-8 yang terjual habis pada 2007. Aku tak pernah baca K-8. Malah tak tahu apa itu K-8 sehinggalah aku tanya Pipiyapong suatu hari dan dia suruh aku ke blog soljah.
Maka aku yang bercadang nak hantar cerpen ke sayembara R:TUS ni batalkan niat. Idea sudah ada. Aku bayangkan Romlah bertukar jadi kaktus yang disepak seorang malaun dan terhumban ke dalam longkang. Kemudia menjelma jadi mentibang yang seksi untuk balas dendam. Tentu lebih seksi, mentibang yang hanya bersepender dan bercoli merah menyala. Tapi idea tinggal idea.
OK, lupakan K-8 kerana tanpa membacanya pun anda dapat menikmati kisah-kisah yang ada dalam kumpulan cerpen ini dengan rasa yang menyeronokkan juga.
Aku malas hendak analisis semua cerpen yang ada dalam R:TUS. Aku tak reti sangat analisis-analisis ni. Kita borak-borak biasa sudah la kan. Kalau anda nak tahu lebih lanjut, sila ke blog soljah lah. Kalau nak dapatkan R:TUS, cuba godek-godek blog mereka.
Tapi dalam banyak-banyak cerpen, aku paling suka ‘Kenapa Terlalu Serius?’ (selepas ini dikenali sebagai KTS?) hasil tulisan Kumprinx. Penulis/blogger ini memang berbakat. Tanpa menafikan kehebatan penulis-penulis lain, aku menganggap KTS? paling menarik. Tapi ini pandangan peribadi aku dan penulis-penulis lain usahlah berkecil hati.
KTS? bergerak dalam tempo yang pantas dan penuh kejutan. Kumprinx memang bijak mempermainkan pembaca. Walaupun plotnya disusun secara kronologi, tapi selalu ada kejutan. Ayat pendek-pendek dan lincah dari satu baris ke satu baris. Gambaran suasana di dalam KTS? Juga memang jelas dan mampu membina imaginasi seketul-seketul macam imej 3D.
Cerpen di buka dengan ayat yang mengejutkan: “Kata orang, mayat yang mati secara mengejut, rohnya ‘lambat dibawa pergi’.” Entah mana Kumprinx kutip ayat ni, aku pun tak pernah tahu.
Diikuti dengan Kate bunuh diri menghempap kereta Romlah, Kumprinx mengejutkan pembaca dengan dialog bawah sedar antara roh Kate dengan Romlah. Betul-betul macam berdialog. Sedikit aneh masa mula-mula aku baca. Sempat aku tersengih!
Romlah mula menyumpah; semua penghuni K-8 akan jilat darah Kate. Semua orang gelak, kutu mula tuduh Ramlah gila. Budak-budak pun ejek-ejek.
Bila Rokiah Anas (Zakiah Anas?) si pengacara 991 (999?) datang semua orang tertumpu untuk masuk TV dan lupa tentang mayat Kate dan Romlah yang mengamuk sakan. Sedar-sedar mayat Kate dan Romlah sudah lenyap. Tidak pasti pula aku samada Kumprinx menulis secara sedar atau bawah sedar tentang hal ini. Tetapi ia mengingatkan aku bahawa begitulah masyarakat Negara kita hari ini. Ingat lagikah kes Nurin dan Sharlinie? Dari setiap ‘akar umbi’ terhiling-hiling nak buat kenyataan dan nampak hero di media. Bila kes sejuk, semua diam. Dan kita semua juga makin melupa.
Selepas mayat Kate hilang, berlaku pula masalah air. Sekali lagi Rokiah Anas datang sekaligus mengheret wakil rakyat turun padang untuk mendengar masalah penduduk K-8 yang telah 3 hari minum air mayat Kate!
Nanti dulu. Kejutan Kumprinx tak berakhir di situ. Kalau nak tahu lagi bagaimana kesudahannya, dapatkanlah R:TUS. Tak kiralah nak rompak ke, nak beli ke, nak culik ke, pandai-pandailah. Aku memang dah tak nak kasi siapa-siapa pinjam buku-buku aku. Banyak buku-buku aku yang dah hilang.

Siapa-siapa minat Pipiyapong, Sinagana, Tok Rimau, Bayan dan lain-lain, boleh beli R:TUS ni. Jangan malu-malu.
Notakakibangku: Aku tak ada kepentingan apa-apa dengan Kumprinx bila ulas cerpen dia ni. Cuma kebetulan kami saudara. Macam dengan kalian juga. Saudara seISLAM!

UPDATED: Kumprinx seolah-olah bertanya 'kenapa terlalu serius?' seolah-olah mengajak kita jangan serius. Tapi di akhir cerpen 'kenapa terlalu serius?' menjadikan kes Romlah memang terlalu serius! Tak faham? Lantak kalian la!
P/S: Selamat Hari Raya Iduladha!!!
16 comments:
baru je nak buat ayat meminjam buku. huhu!
macam berjanji pulak kita min post n3 pasal Romlah.
tapi aku minat bahruddin bekri. hahahahaha..... aku rasa nak tariiikkkkk je hidung dia nih.
;p
aku bc ulasan ko dah mcm aku bc cite KTS tu. haha... cume ending x tau...
nnt aku check it daud...
farhana,
nak sewa? seposen seminit!
tasikmerah,
ha'ah la kak. malam tadi saya tulis.
nak nenen, nak nenen hahaha
sultan,
kalau ada fulus, beli je. takde pinjam kat soljah!
KOD tu mmg bijok...
Errrr.... mentibang tu menda? Mentibang pakai coli merah? APAKAH?
saya nak buku itu boleh.
kat mana nak dapat kan?
saya mahu.
berapa harganya.
sila beritahu cepat.
saya mahu!
tak mo buat romlah versi kamu pulak ke min?
jom beli..
gua pon ada pasang angan nk beli sebijik.
macam menangkap saja cerit lam tuh
baik baca sin chan .haha
emmmm~
best nih.
Apek terror,
Betul.
Kikure,
Mentibang tu banyak kaki. Hahaha
Yan,
Sila ke soljah. Ada lagi kot.
Life,
Saya sedang edit cerpen2 saya. Ada 10 buah dah tu. ingat nak bukukan. Nak beli? Hehe
Azli,
Orait.
Darabdua,
Try la weh.
Bibir,
Haha dua2 bes apa.
Erina,
Cuba la baca.
buku kau bila lagi?
zairi,
buku aku dalam proses le ni.
aku memang minat sangat2 baca blog mamat kumpryx nih.selalu sgt dia kenakan pembacanya.mcmana nak dapat buku ni?sila kasi info, berminat gak beli
Post a Comment