Siapa cakap kosong tu tak ada apa-apa?
Siapa cakap kosong tu tak bernilai?
Tadi aku terpikir, kalaulah belakang sebulan gaji aku tu, sebelum titik perpulahan, tiba-tiba bertambah angka kosong sebanyak tiga digit…
….alangkah seronoknya. Rasa nak mandi hujan!
Siapa cakap kosong tu tak bernilai?
Tadi aku terpikir, kalaulah belakang sebulan gaji aku tu, sebelum titik perpulahan, tiba-tiba bertambah angka kosong sebanyak tiga digit…
….alangkah seronoknya. Rasa nak mandi hujan!
Kosong - Dewa
Aku rasa: Menulis kadang-kadang seperti menyerlahkan kebodohan. Membaca lebih seronok. Hidup membaca, hidup bahagia!
36 comments:
setuju. sangat setuju
menulis menyerlahkan kebodohan
lantas. kenapa menulis?
tapi lebih elok berkongsi bukan?
aku plak hari2 pk kalo2 no kosong kat blkg gaji bulanan aku bertambah2. haha...
Baca 10 tulis satu. takla nampak bodoh sangat.
kalau semua orang nak membaca..sapa yang nak tulis..fikirkan..hehehe
ye,
saya setuju dengan pandangan Encik Blind
Cakap kosong lagi berguna dari x leh bercakap langsung..Allah kurniakan mulut untuk bercakap..guna sebaik mungkin.
Erkk..skema sgt ke ayat aku nih??
Aku pulak takut dapat markah kosong...muahahahaha
Ape2 pun sahutlah seruan kerajaan "Membaca Amalan Mulia"
kekekekekeke
salah satu lagu fav aku!!
itu tanda mcm ko dapat kerja baru aje bunyinya..
Perghh..masterpiece dari dewa. Dan paling aku suka. Baru nak selit kat entri playlist.Haha.
Menulis memerlukan talent yg tinggi. Mmg sumer org bole menulis, tapi tak sumer org dapat mencetuskan sesuatu idea... Kalau org tu mmg pandai menulis, dia boleh di kategorikan sebagai genius! Sbb tu para penulis disanjung tinggi!
Rahimin,
aku tak caya menulis tu menunjukkan kebodohan...
aku tak nak tambah kosong kat belakang gaji aku...aku nak tambah 999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999 sampai laaa infiniti ha ha ha ha aku tamak aku kaya ha ha hah ah
bab menulis menyerlahkan kebodohan sendiri aku agak setuju ngan awok sbb bila koi baca tulisan org dan bandingkan dengan apa yang koi tulis macam langit dab bumi he h ehe he
lu ni layan band hujan ke layan band dewa?
kosong itu indah bro.. tak caya?
lu main bola pat belas jam tanpa henti.
pastu lu layan air kosong.amacam?
pehh..kalo bertambah2 kosong dlm gaji anda,molek lah jikalau dibuat kenduri-kendara..
pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh pembaca blog kepada penulis blog.
sekian.
xD
bes betul dapat gaji macam tu. uhu~
Banyak membaca bagus... tapi kalau tiada output (penulisan dsb) macam gaji bulan2 masuk, tak keluar2. Tak berbelanja langsung. Sampai bila gaji nak bertimbung...mata yang melihat pun gerammm jerk!
takyah byk2 kosong selepas titik perpuluhan tu..1 pun dah cukup..jgn tamak2 tuhan marah..
jgn memain ngan no kosong..sensitip....aku penah kena halau ngan lecture aku pasal aku antar assigment kertas kosong...10 helai...
ko grand brilliant douh..
kosong dan aku kadang2 sgt sinonim..
kepada qaseh,
aku setuju mmg ko kedengaran agak skema kebelakangan nih..hahahahaha
Kepada Ojie:
Apesal aku jadi gini ek??ahhh..tidak...jgn jadik skema!
Boleh membahayakan kesihatan..
lu dpt bonus akhir tahun apa?
bukak meja weh!
haha~
pergh!!aku sangat setuju tu bai.bayangkan kalau gaji aku skg tambah enam belas kosong kat blakang dia.huhu kayo pakcik!hehe
tapi sifat kita suka berkongsi.apa yang pernah kita,tak puas hati lalu kita ingin tulis dengan cara lain pula.
heh,serius.
tapi tulisan kamu bagus min.
:)
hehehe, banyak membaca
Sdr. Rahimin,
Seorang penulis tidak boleh ada dalam kamus mereka "bosan", yang seharusnya ada ialah "mesti". (Bak kata Dato' Maria Menado dalam Dewan Bahasa Disember 2008).
Kosong? Boleh dikatakan banyak benda dalam dunia ini berbentuk "o" atau dalam penomboran Melayu dikenal sebagai kosong.
Menulis juga boleh merawat kebodohan.
menulis sebenarnya membaca. lu jangan tak tahu pulak? kang berterabur tulis..
ya..kenapa hanya ada kempen membaca? tak ada kempen menuliskah? atau pun aku seorang yg terlepas pandang..
wooo.....baik boss......
kosong tu bagus. kdg2 aku lagi dpt menulis bila pikiran aku 'kosong'.. kamu jgn berenti menulis. menulis tu bagus utk mengosongkan pikiran kamu yg bercelaru...
Kau tulis aku baca...amacam? hehehehe
Yanhashim,
Aik. Kenapa setuju? Tapi banyak tulisan yang aku jumpa di blog bukan-bukan.
Sultan,
Woi, aku pun nak macam tu. hahaha
Yoshz,
Ah, A Samad Said cakap macam tu juga dulu. Baca satu novel macam boleh tulis 10 novel, tapi tulis satu novel terpaksa baca lebih 10 novel.” Tapi pernah jumpa sekali beliau dulu, dia tanya, “ Rahimin, kamu sekarang di mana?” laaa, aku kan ada depan dia. Tapi aku jawab juga, “Saya tinggal dia Jerantut”. dia tanya lagi, “kamu kerja apa?”. “Cinstruction. Pembinaan.” “Oooo…dia angguk-angguk.”
Mrblind,
Menulis tak susah. Mengarang tak mudah. Betul tak?
Farah,
Ah, ko sokmo gitu! Hahaha
Qaseh,
Ah, ko sokmo skima skang. Macam pakar motivasi!
Umie,
La, teruknya ko. Hahaha
Miezi,
Aku pun. Hehe
Azli,
Hahaha mana ada!
Facet,
Selit je. Bes giler main guna gitar tong!
Kikure,
Memang betul. Banyak beza penulis dengan pengarang ni. Idola aku memang shanon..
Kalau kita silap tulis, kita hanya membentangkan kebodohan. Lihat sahaja filsuf barat yang banyak silapnya.
Fadh,
Itu la maksud aku. Bahaya silap tulis ni. Kadang2 kita rasa kita betul. Tapi sesat!
Zairi,
Aku music wise. Yang sedap2 aku layan.
John doe,
Lu nak mampos? Baik makan nasik!
Thiisnotme,
Woi, bila la aku buat pesanan ni?
Farhana,
Belanja aku ek? Kerabu perut lembu bes gak ni. Haha
Rozlan,
Tulisan Chiril tak banyak. beliau mati muda. Tapi impaknya? Berotot, kental dan penuh berontak. Tapi kalau dia panjang umur, mungkin tulisan beliau yang terkemudian sudah lemah. Barangkali.
Che sue,
Eleh, kena dapat kat ko, lupa dunia!
Oyett,
Hek eleh, patut ko kena drop je terus kalau cam tu! hahaha
Rajuna,
Ah, ko superb bai. Aku jeles. Siak!
Ojie,
Ah, nama ko bermula dari O. memang kosong. J dan I, berdiri tunggal dan kurus. Memang macam kekosongan. E mengesahkannya lagi. Empty! Hahaha
Darabdua,
Hahaha cilakak. Memang tak ada bonus tahun ni. Boss beli BMW 2 bijik! Shit!
Sukabebel,
Hahaha mesti ko malas nak kerja dah. Kerja setahun dah la!
SUXX,
Apa yang kita tulis kadang2 hanya emosi. Bukan pemikiran. Itu kerugian. Dan selalu aku terfikir begitu.
Tasikmerah,
La, ye ke? Jom makan ikan pari bakar nak? Udang celup tepung segala bagai. Akak belanja! Hahahaha
Aku memang lucu la! Saya suka. Hahahaha
Pari2,
Iqraq.
Puan ritah yang dihormati,
Kehidupan memang bergerak dengan ‘kebosanan’. ‘Kebosanan’ itu semacam pemangkin untuk kita mencari dan memulakan pembaharuan. Menggerakkan kretiviti. Sampai sekarang saya tertanya-tanya, macamana The Beatles boleh hasilkan lagu-lagu yang bagus macam tu!
Kosong bukan permulaan sebab nombor pun macam (tapi bukan tuhan) Tuhan, tak ada mula dan tak ada akhirnya. Kosong istimewa, sebab terletak di antara negative dan positif.
Pokli,
Menghidupkan pemikiran juga.
Pipiyapong,
Menulis kena mengeja juga weh!
Dzul,
Dulu aku selalu suruh kau menulis!
Apek terror,
Bagus!
Hartini,
Aku tak pernah berhenti menulis. Dari dulu lagi. Terima kasih beb.
Hanim,
Eleh, ko tulis pun aku baca! hahaha
Aku mengaku apa yg aku tulis sebenarnya refleksi apa yg aku baca.
Post a Comment