Monday, July 28, 2008

Politik Ganja: Lama Juga Adik Terpedaya...

Bodoh dibelit cerdik. Kecil dimakan besar. Lurus diketuk bengkok. Lemah di dipijak kuat. Berwaspadalah. Ilmu, amal dan iman juga penyelamat hidup. Sebab itu arwah ayah suruh aku selalu belajar. Bukankah proses belajar itu tak pernah selesai. Belajar bukan setakat baca buku saja. Bukan setakat masuk universiti sudah kira intelektual sangat dah. Aku rasa ada ramai professor yang tak reti pun buat gajet pengakap. Overhaul enjin lori lagi la tak tau agaknya. Cakap dalam TV memang sedap sangat.
Dulu kami susah. Aku bukan mahu bicara itu semua sangat. Takdir tuhan. Kemiskinan bukan kekurangan. Ia proses mengumpul kekuatan. Maka kami adik beradik pernah makan goreng ikan bilis campur lobak masin. Kadang-kadang taruk dalam bubur nasi pun sedap sungguh. Terima kasih kelaparan. Terima kasih kemiskinan. Terima kasih Tuhan. Jangan salah sangka. Aku bukan perli Tuhan. Selalu juga telur goreng mata kerbau. Ikan kembung mata merah kerap juga. Sesekali daging. Kadang-kadang ayam. Bila ayam rasa sangat istimewa. Macam ada tetamu nak datang rumah. Euforia satu hari. Macam lepas salam dengan Herman Tino.
Adik paling suka. Aku suka juga tapi merana. Peha mesti adik chup. KFC memang betul punya pundek. Buat iklan tayang peha saja. Tayang la kepala dengan balung-balung tu sekali. Biar adik minat makan balung ayam. Padahnya aku susah nak merasa makan paha ayam masa kecil. Kasihan. Arwah ayah tentu sedih. Maafkan kami ayah. Kami bangga denganmu walaupun waktu itu ayah cuma mampu beli separuh ekor ayam kadang-kadang. Kami bangga sebab kami bertiga tak jadi penagih dadah!
Aku beralah. Jadi anak tengah memang susah. Kadang-kadang mak potong tiga juga. Selalunya tak. Adik tayang-tayang KFC dia. Tak apa. Aku kalau dah ajar kau, makan tahun la bernanah. Tolong jangan minta ampun adik. Tiada maaf bagimu. Aku kongsi dada dengan abang. Lagi banyak daging. Adik bukan tau. Biar lantak dia makan KFC gulai lemak kuning dia tu. Tak apa. Lepas ni kau tau la.
Beberapa hari kemudian. Bersila makan bersama-sama keluarga amat membahagiakan. Ada pula lauk telur mata kerbau. Sungguh sampai hari ni aku tak pernah jemu pada telur mata kerbau. Memang tak gaya rupa mata kerbau langsung telur tu. Entah siapa punya bangang bagi nama macam tu tak tahu la. Harap-harap bukan saudara mara aku.
“Duan, ko tau tak? Cikgu Harizan cakap yang kuning telur tu nama dia embrio. Dalam buku teks pun ada cerita. Itulah asal anak ayam. Yang putih tu makanan anak ayam tu masa duduk dalam kulit telur. Kau makan anak ayam la tu. Tak geli ke?” aku tanya adik tiba-tiba. Mak dah panah jelingan maut ke muka aku. Kena marah la apa lagi.
Adik dah mula tak makan telur ayam. Berbulan-bulan. Lama juga. Barulah adik makan telur ayam. Itu pun bahagian putih telur. Adik makan makanan anak ayam saja. Ha. Ha. Dia korek kuning telur dan taruk tepi. Apa lagi. Aku punya la tu. Kadang-kadang kongsi sama abang. Padan muka. Seingat aku dah tingkatan satu baru adik makan kuning telur semula. Sedap dia cakap. Kemaruk la tu. Kurang lebih tujuh tahun dia kena tipu dengan aku. Buat la macamana pun, kalau kuning telur adik buang. Siapa surun adik berlagak tayang-tayang KFC gulai kuning? Ha. Ha.
“Duan, kuning telur tu anak ayam la. Apahal ko makan?”
“Kepala hotok awok!”
Mak aku gelak saja. Adik dah bebas dari tipu daya. Ha. Ha.

Proklamasi: Lepas baca artikel menyatakan dalam daging ayam ada DNA babi, aku dan adik dah lama tak makan ayam. Ayam kampung makan la.

14 comments:

ijan said...

peh... kuning telo dah bape taun aku blajo nk mkn. x bole gak.

last2 sampe skrg aku x mkn kuning telo...

Kikuri-hime said...

Klaka citer ko! Mase kecik pun aku suka mkn peha ayam. Aku panggil 'helicopter'. sampai la ni aku panggil peha ayam 'helicopter'. BTW, aku org malaysia yg dok malaysia. kikuri tu pseudonym aku jee...

dzul said...

Teringat duan yg selamba masa aku telepon dia satu mlm.

aku: duan, mi ada
duan: ada,dia tengah sibuk membaca
aku: baca apa?
duan: baca yaa siin..

Zakiyah said...

bg aku pule, makan ikan bilis itu adalah satu kemewahan.ikan pon susah nk dpt.bkn susah nk dpt.susah nak beli sbb mahal.hari2 asyik makan ayam sampai naik muak.bukan x bersyukur tp bertahun makan ayam jemu jugak. begitu lah hidup diperantauan.

.:Bersyukur dgn apa yg ada..

S.YanaZ said...

Bro mmg layak jadi mastermind 2 Hijau.
:))

Ojie said...

bro..
syabasss inpector sahab..
aku tabik spring sama citer ko nih..
dalam lawak ada sedih..
ada pengajaran..
tuh aku kata, ko kene buat buku..
sure aku jadi org pertama nk cop baca dulu..
hahaha..
tp ingat zaman2 kecik2 time susah, mmg sedih kan..
skrg nih kan dpt mkn ikan bilis ngn bubur je pn dah sgt sedap bg aku..
simple tuh lg best sbnrnya..
haha..

zubeid said...

dlm ayam ade dna babi.. hish
sejak ble plak ayam kawen ngan babi?? sejauh mane kahkebenaran itu..artikle mane ko bace huh?? pass kt aku bleh..macih

Rahimin Idris said...

sultan,
hahaha ko spesis adik aku dulu-dulu!

kikuri-hime,
aku ingat ko duduk jepun. nak suru kirim salam kat GTO!haha

dzul,
adik aku? dia memang suka buat lawak serius!

zaza,
dulu ayam mahal..duit pun tak ada..kalau dapat KFC betul-betul, rasa macam canggih sangat dah.

s.yanaz,
hahaha ko jangan cabar!

ojie,
aku sebelum ni penulis serius. sajak-sajak aku ada terbit di mingguan malaysia dan majalah tunas cipta. pernah menang HSKU dan hadiah tunas cipta. nanti aku cerita.
hidup memang perlu ujian. itu janji tuhan. tapi jangan mudah mengalah. harapan selalu ada.

zubeid,
cuba lu google..hehe

Denanz ... said...

bro,
tak rasa besalah ke tipu adik. 7 tawun wooo. haha.

yoshz said...

Euphoria satu hari salam herman tino? aku dulu dpt salam kuswadinata, satu sekolah kebangsaan aku kepoh.

anyway, dlm ayam byk estrogen. kalau makan byk sgt nanti ada terbit ciri2 keperempuanan. tu la psl tiap kali nampak handbag, aku ghairah semacam.haha.

Rahimin Idris said...

denanz,
ahhhh, lantak dia la hahaha

yoshz,
hahaha abg kusssss haha. aku dapat salam dengan herman tino sambil bawa bmx pinjam haha
woi, henbag je ke? serkup kepala tak ghairah? haha

man_helang said...

salam bro..

cite ko ade klas tersendri...ade msj yg dpt disampaikan...keep it up...

zubeid said...

cess..
ko nk mempedaya aku gak ke..
jgn mimpi.. aku xkn bg drumstik kfc kt ko..
(aku ingat btl2 ayam ade dna babi)

Rahimin Idris said...

man helang,
bijak ko. memang aku cerita pasal politik tu hahaha kalau terang-terang nanti kena pula. kira underground ni. sipi-sipi je bagi hint hahaha

zubeid,
betul la. cuba la cari. ikan keli ternak pun. punca dia makanan dalam palet tu. ada kebenarannya. ha, cepat gogel! berlari! hahaha