Thursday, July 31, 2008

Dua Berita Kematian

Setiap hari akan ada saja daun-daun yang jadi luntur warnanya. Akan ada saja yang gugur dari tangkainya. Pohon-pohon yang terungkai akarnya dan rebah meski sekian lama terus cuba mencecah matahari. Setiap saat kita bagai kapal bergerak menempuh lautan waktu menuju ke sana. Muaranya yang tak lain tak bukan tempat kita bakal berhimpun nanti.
Saban saat juga kita berlumba mengejar entah apa. Kemahsyuran, kemewahan harta benda, kekuasaan dan entah apa lagi yang membikin segalanya menjadi kekelamkabutan. Setiap saat begitulah manusia. Begitulah kita. Begitulah aku. Berkejaran untuk hidup dengan keinginan masing-masing. Dengan niat masing-masing. Berfikir bagaimana untuk hidup saban waktu. Kadang-kadang terlupa bertanya kepada diri untuk apa kita hidup?
Pagi ini aku terima dua berita pemergian insan yang baik semasa hayatnya. Pertama tadi pagi. Ibu kepada kawanku saudara Azli Ismail telah pun pergi menghadap Maha Pencipta. Kemudian sebentar tadi. Selepas membaca blog saudara Shamsudin Othman baru aku tahu SN S. Othman Kelantan bapa kepada penulis SM Zakir juga telah tiada lagi di dunia yang fana ini.
Takziah juga kepada seluruh ahli keluarga mereka yang terlibat menempuh ujian ini. Dan sebagai saudara seagama marilah kita sedekahkan AL-FATIHAH buat dua insan yang baik itu. Semoga setiap budi mereka jadi sinar peneman yang paling cerah. AL-FATIHAH.
P/S: Entri ini saya tulis secara spontan. Jika ada kekurangan harap maafkan.

6 comments:

Kikuri-hime said...

Innalilliah... semoga kedua roh mereka dicucuri rahmat. Amin...

Denanz ... said...

Al-Fatihah. Entri spontan ini dapat menjadi berita kpd bloger yg masih belum tahu.

Wardrobe kita said...

semoga mereka di cucuri rahmat-Nya..salam takziah buat keluarga Allayarham..

♥~ir@~♥ said...

Al-Fatihah untuk keluarga Allayarham,,

man_helang said...

alfatihah...buat mereka yg dah tiada...

S.YanaZ said...

Al-Fatihah.
Aku tau apa RASAnya kehilangan.