Tuesday, July 29, 2008

Advencer Pengakap Muda: Akela, kami buat habis baik!!!

Walaupun masa darjah enam baju aku dah ada tulis ‘Van Halen’ tapi berpengakap tetap aku pandang hebat. Bila komandan jerit, “tepuk pengakap!”. Aku cepat-cepat tepuk laju-laju. Singa laut pun tak laju macam aku tepuk. Bangga gila bila budak-budak Bulan Sabit pandang dua tiga macam. Dengki bukan main-main la tu.
Berpengakap kalau tak ikut perkhemahanan baik tak payah. Memang seronok. Rasa macam askar nak pergi bunuh komunis pun ada dalam sanubari. Kembang-kembang hidung pikul beg. Mujur senapang tak dibekalkan. Kalau tak, sepanjang jalan dari rumah la aku merangkak macam askar mengendap musuh hingga ke tapak perkhemahan. Biar semua orang tabik sambil meleleh air mata sebab kagum yang amat.
Tapi tak boleh aku lupa masa bila ikut serta Jamboree Pengakap di Kem Mahkota Bandar Jengka. Ia untuk budak-budak darjah lima dan enam sahaja. Perkhemahan ni memang besar.
Waktu tu semua badan pengakap sekolah di seluruh Jengka akan berhimpun di situ. Malah seluruh Pahang yang menerima jemputan turut serta. Aku tak tahu berapa sekolah yang dijemput, tapi memang ramai dan meriah masa tu. Seratus khemah ada barangkali.
Kena menebas dulu. Betul-betul hutan simpan masa tu. Tak macam sekarang ada tapak khemah. Dengan duri rotan, anak kayu dan kayu mati rasa macam nak buka kampung pula. Siap buat khemah, buat gajet lebih kurang, tungku dapur dan lubang sampah dah lega. Oh, ya menara peninjau. Kena ada tu. Senang nak teropong awek.
Mandi lebih kurang di sungai berhampiran. Aku tak pandai berenang. Mandi sungai bawa gayung. Kawan-kawan boo. Malu kena gelak dengan awek. Binawe betul. Lantak la.
Balik khemah Bogok dan Panjang masak. Sebab mereka mengaku pandai. Masak sardin saja. Malam mula-mula. Aku masak air. Makan banyak juga kami. Memang tak sedap langsung masakan Bogok dan Panjang. Lagi sedap air yang aku masak bila buat kopi. Tapi lega la juga bila dah kenyang. Rehat dulu. Lepas Isyak ada aktiviti.
Aduh, tiba-tiba perut pula rasa semacam. Entah apa hal la malam tu nasib aku. Siang-siang tak nak berak. Orang lain tak pula. Memang nak kena la gamaknya. Aku lari-lari pergi tandas. Gampang betul. Tandas tak cukup. Perkhemahan sikit punya besar ada sepuluh saja tandas? Lima lelaki lima perempuan. Semua penuh. Apa kejadah. Tak guna betul. Nak lari ke sungai jauh juga dari khemah. Aku takut. Gelap gila hutan tu.
Mujur la otak genius aku teringatkan tandas pasar malam lama di Bandar Jengka tu. Jauh juga. Tapi cerah la dari ke sungai tu. Aku lari-lari anak terkepit-kepit. Memang ngeri gila babi masa tu. Kalau masuk olimpik memang menang la. Sebab pelari-pelari lain semua pitam terkejut tengok skill larian aku.
Sampai sana memang sepi. Orang tak berniaga malam tu. Lampu pun samar-samar saja. Aku dah agak. Memang orang tak pergi situ. Sebab jauh juga dari tapak khemah. Lima ratus meter ada rasanya. Ada empat tandas awam di situ. Aku dah senang hati sikit. Takut-takut ada juga dalam jiwa. Maklumlah, zaman tu zaman hantu kum-kum.
Aku tuju tandas pertama. Tuii!! Macam laknat. Tak selera aku. Tandas kedua pintu pula tak ada. Tandas ke tiga tersumbat. Aku dah tertekan. Tandas ke empat kalau tak boleh pakai lagi aku nekad dah. Memang aku panjat. Aku berak juga atas atap tandas tu sebagai tanda protes. Elok aku buka saja, “arghhhhh!!!!”
Satu suara menjerit. Punya la kuat. Aku pula punya la terkejut. Menjerit sama. Jantung memang rasa dah melompat sampai ke otak. Aku ingat pontianak mula-mula. Tak kan pontianak berak dalam jamban juga. Entah budak perempuan mana aku tak tahu la sebab tak berapa cerah. Aku kaget sekejap.
Dah tak fikir apa lagi dah masa tu. Darah semua tuju otak. Aku pusing dan pecut tuju khemah. Takut juga kena tuduh mencabul. Hantu tak la takut sangat dah. Tak jadi nak berak. Perut sakit sebab gelak pula. Kawan-kawan tanya macam-macam. Aku cerita la. Semua gelak. Babi Junaidi ajak aku cari balik dan tunjuk awek tu. Dia tanya cantik tak? Aku cakap mana aku kenal. Tak nampak muka pun. Gila babi. Awek tu punya la pemalu. Dia sanggup angkat kain, cepat-cepat tutup dia punya muka sambil jerit!

20 comments:

man_helang said...

salam bro...

huargh...har har har...aku blom abis baca dah glak gile...ko klau wat lawak time aku minum maunya tersembur isi perot aku...BTW tahniah...ko memang ade bakat menulis...

ZulDeanz said...

Aku tabik kat awek tu... sebab merani dia berak sorang-sorang

ijan said...

isk... kalo aku, sbb dah tkejot n takot sgt mmg trus lembik kaki aku...

kire tercegat je la aku dpn pintu tu. hahaha...

zubeid said...

wahahaha..
tp..aku simpati kt bdk pompuan tu

Denanz ... said...

wahahahaha
wahahahhaa
wahahahaha.

yoshz said...

Aku dah agak dah ko mmg mat skodeng. Mmg sahih teori yg nenek aku bacakan dulu, "Dahla isap rokok, rambut panjang, bawak motor laju²; mesti budak jahat ni"

Tapi sori la bro, aku dulu kadet bersatu, mmg ada pegang senapang.
Kitorang pumping pakai penumbuk atas tar. Apa barang masuk pengakap...

Kikuri-hime said...

Walaa wei!!! Tologlaaa.. perut aku da pecah ni!!! Kesian dak popmuan tu. Mesti trauma sampi la ni... hantu kum-kum wargh!!!!

Ojie said...

hahaha..
ko pun nak masuk bg la salam dulu..
ketuk2 la apa yg patut..
kalo aku jd perempuan itu, mau aku mengalami tekanan perasaan..
hua hua hua..

bro, aku dh lama nk tanya..apa tujuan ko sbnrnya letak gambar OKU kat bawah ni? adakah untuk mengajar kami untuk lebih mengenal huruf? hahaha..

Rahimin Idris said...

man helang,
hahaha aku tak pandai buat lawak. pendiam dan pemalu. menulis boleh la sikit-sikit. e, malu la nak ngaku haha

zuldeanz,
aik, kat aku tak tabik ka bro? berani juga apa! haha

sultan,
hah, kau memang opportunist!

zubeid,
woi, kat aku tak simpati ke?

denanz,
wahahaha woi, bawa mengucap!

yoshz,
woi, kau jangan macam-macam! tapi aku redho dan tak perlu bermubahalah. hahaha
kadet bersatu? cis, kami buat jerangkap samar je. layak pakai parang menebas dengan cangkul je, serang cara gerila je. apa la sangat! gelakkan kadet bersatu haha

kikuri-hime,
ko pernah jumpa ke hantu kum-kum? jajan jenama kam-kam? hahaha

ojie,
dah senyap sunyi. mana aku tau. masuk jamban mana boleh bagi salam. lupa nak cakap "hola"!
gambar oku tu. saja letak. maksud dia "orang keluar universiti".

dzul said...

hahaha..tp sian gak kt budak tu, mungkin dia pn terdesak mcm ko.
Jmbori Bdr Pusat aku tak pegi, sek aku antar bdk drjah 6..
Gelanngi 2 dan sk bdr jrt ada tp masa aku drjah 6.
zaman tu pengakap mmg aktif..merata buat jambori.

hehe..zaman hantu kum kum

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

ah aok..trick je kan..?
memang lu follow itu makwe sejak dari tapak berkhemoh tu kan? ah macam keh tak tahu..

Rahimin Idris said...

dzul,
camp site tu dah tak bagus. dah cuci orang ambil balak.
hantu kum-kum? hahaha

pipi,
cheh, hek aok la!

Wardrobe kita said...

Bro, aku da tobat x nk lagi baca blog ko dalam opis...x pasai2 aku da kena warning sama bos aku tadi sbb aku buat gelak gaya gaban terkejut...hampeh btl...x leh tahan doo..ape pon mmg mcm2kan kenangan masa zaman perkemahan kecik2 dulu...

Redz da Tsar said...

Salam Bro..
Keh memang respek ah care deme tulih citer... Keh gelok sorang-sorang td... Kenegatifan aku dari 75% jadi 20%... Heheh... Memang best kalo ko buat citer...
Dengan ini keh mengisytiharkan, keh menjadi pembaca tetap blog deme.. Heheh

Rahimin Idris said...

qaseh,
ah, bos ko tu dengki! baca kat rumah la. tak pun tunggu dia tak ada!

redz,
terima kasih. baca la. kome tak maroh!

Rajuna said...

pengakap?
gua kene buang sebab pakai kasut pallas jazz merah

nasib baik tak bertabur awek tu haha

S.YanaZ said...

Uikkk...
angkat kain tutup muka...

*Sungguh pemalu aweks itu*

Rahimin Idris said...

rajuna,
woi, tak de warna lain ke? hahaha entah-entah bertabur dah awek tu hahaha

s.yanaz,
mujur tak tutup muka aku haha

♥~ir@~♥ said...

muehehehe,,,gelak guling² tak hengat aku,,,

membaca entri ko nih membuat hari ku lebih ceria

Rahimin Idris said...

ira,
oit, dah sihat ke guling2 tu? haha