Friday, April 10, 2009

Tahun-tahun Yang Di Nanti Perempuan Simpanan


Aku terima buku ini ketika berada dalam mood orang Jepun. Betul. Tak bohong.

Aku sedang berhempas pulas mengunyah novel Fumiko Enchi, ‘Tahun-tahun Yang Di Nanti/ The Waiting Years (TTYDN/TWY)’. ‘Perempuan Simpanan (PS)’ memang terlalu mudah dimamah.

TTYDN memang agak berat. Sebab ada 316 helai muka surat berbanding PS hanya 102 muka surat. Ha Ha.

Tapi memang ada persamaan juga. Sedikit. Kedua-dua buku dihasil oleh penulis-penulis wanita. Dan kulit buku-buku tersebut juga berwarna pink.

TTYDN memang berkisah tentang Tomo, seorang isteri yang berdepan perempuan-perempuan simpanan suaminya. Tetapi PS tidak pula begitu jika kita kembali menjeling tajuknya. Ermmm, ironi bukan?

Maaf. Bukan niat aku mahu membanding. Fumiko Enchi dan penulis-penulis PS datang dari dua zaman yang dijarakkan waktu yang sangat jauh. 100 tahun lebih!

Baiklah. Kalau kamu mahu PS juga. Cuba ke Sindiket Sol-Jah.

Oh, ya. Aku dapat PS ini dari Alina. Moga kau dan geng dapat jadi macam Fumiko Enchi yang luar biasa itu suatu masa kelak, babe.

Bai!

14 comments:

Ahmad Belia said...

mi, kau nak baca cerpen matinya seorang yang berhormat tak? kalau nak aku boleh kasi baca.

Rahimin Idris said...

ammoshan,

ada ke? siapa tulis? send kat aku.

AzMaslenda said...

sy jugak tak paham, kenapa ye ada jugak yang nak jadi PS.

hanie said...

haihh..
masih sabar menanti PS smp ke mail box..
huhuhuhuhu

kuIna said...

PS... budaya org jahil

hzrh said...

Perempuan Simpanan..
ayah terkejut bila saya 'up' kan tajuk buku yg nk dibeli..
tp diluluskan!
tgh tggu PS smpai!
C:

~Cinta Cukulet~ said...

teringin nak baca PS tapu tak bleh beli online..kalau lah ada kat kedai buku kan best huhuhu

tasekM said...

aku sejam dah khatam PS. hehehehe...


.

Fadh Rahman said...

aku blum berkesempatan untuk menatap kulit luar apatahh lagi membacanya he he he

Layla Haq said...

TTYDN, boleh diperolehi di mana? Macam menarik.

sinaganaga said...

Kalau baca All About Gragong - tak sampai 5 minit dah fin! Ha ha.

hegira said...

terima kasih bandingkan PS dengan TYTTTY. hehe.

oh aku sendiri pun tak baca lagi PS. (sebab dah kelabu mata masa edit.)

Nuruddin Abu Bakar said...

Nih buku yg anak mat nor jual tu eh?

TelingaBulat said...

camne nk beli PS ni....cover da laa cupcake..nyummy!